Mencari tempat menarik di Melaka untuk makan? Jika anda ke Melaka, pasti tidak lengkap perjalanan anda tanpa asam pedas. Masakan yang amat terkenal di Melaka ini boleh dijumpai di banyak tempat.

 

Asam Pedas Claypot

 

Namun, ada satu restoran turut dikenali khusus dalam menyediakan asam pedas iaitu Asam Pedas Claypot.

Asam Pedas Claypot terletak di no 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, Melaka. Lokasinya berhampiran dengan Jonker Walk. Ia dibuka setiap hari bermula 6 petang sehingga 4 pagi kecuali pada hari Ahad di mana ia dibuka sehingga 12 tengah hari sahaja.

 

Pelbagai Jenis Ikan Pilihan

Ada pelbagai jenis ikan sesuai dimasak asam pedas. Setiap pelanggan mempunyai jenis ikan yang mereka minati. Oleh itum Asam Pedas Claypot menyediakan pelbagai pilihan asam pedas kepada pelanggan mereka. Ada asam pedas ikan pari, asam pedas ikan kembong, asam pedas ikan tenggiri, asam pedas ikan jenahak dan macam-macam lagi.

Asam pedas dimasak di dalam claypot yang mana dihidangkan kepada pelanggan dalam keadaan panas mendidih bersama-sama telur masin dan kubis.

 

Asam Pedas Claypot
Asam Pedas Claypot

Image via Foursquare

 

Komen pelanggan terhadap asam pedas mereka amat pelbagai. Ada yang memuji dan ada yang menunjukkan rasa kecewa. Ada pelanggan yang mengatakan bahawa ia merupakan lokasi asam pedas terbaik di Melaka atau di Malaysia dan berbaloi untuk dikunjungi semula.

Ada pula yang berpendapat asam pedas mereka kurang sedap seperti kurang bahan dan rasa, terlebih masak, serta ikan kurang segar. Sebagai sebuah restoran yang meletakkan asam pedas sebagai keistimewaan dan kelebihan mereka, pelanggan datang dengan harapan asam pedas bertaraf lima bintang.

Maka, dalam kepelbagaian pendapat, asam pedas di Asam Pedas Claypot hanya meraih tahap baik secara keseluruhan.

Selain asam pedas, ada juga masakan lain seperti ayam goreng, telur dadar, sambal belacan, roti john, otak-otak, sate, roti sardine, roti canai dan pelbagai jenis mi.

Rata-rata mengatakan bahawa layanan yang diberikan adalah baik. Selain mereka mengambil pesanan dengan cepat, pelanggan juga tidak perlu menunggu lama untuk menerima asam pedas mereka. Namun, sebaliknya jika jumlah pelanggan terlalu ramai. Ia akan mengambil lebih masa sebelum anda menerima pesanan anda.

Asam Pedas Claypot terletak di kawasan rumah kedai. Secara umumnya anda makan di luar restoran sebagaimana banyak restoran lain di Malaysia. Bagi sesetengah pelanggan suasananya agak kurang memberikan keselesaan. Ini kerana ia agak panas, pada satu-satu masa ada lalat dan nyamuk. Walaupun begitu, ia sekadar komen terpencil.

Hiasannya juga ringkas dan tidak banyak yang dikatakan tentang hiasan mereka. Boleh jadi mereka menumpukan perhatian kepada masakan mereka.

Parkir pula terletak di sekitar kawasan premis bagi mereka yang memandu kenderaan ke restoran ini. Oleh itu, pada waktu-waktu tertentu, ia agak mencabar untuk anda mencari tempat meletakkan kereta anda. Ini memaksa anda untuk berjalan kaki ke Asam Pedas Claypot.

 

Asam Pedas Melaka Sedap

Oleh kerana ia terletak di bandaraya bersejarah, maka pelanggannya juga ada yang datang dari luar negara selain semua kaum di Malaysia. Pelancong-pelancong asing juga turut memuji masakan asam pedas di Asam Pedas Claypot.

Mungkin ini suatu yang baru bagi mereka lalu mereka kagum dengan rasa masam dan pedas yang dikombinasikan dengan masin dari telur masin.

Selain itu, ia memberikan mereka pengalaman makan cara Malaysia dalam suasana Malaysia. Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana sesuai untuk seisi keluarga. Sila kunjungi laman Facebook mereka atau hubungi 012-6800790 untuk tempahan atau maklumat.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.