Jika berada Johor Bahru, Kacang Pool Haji Larkin Bomba merupakan salah satu tempat makan di JB patut anda sergah.Ianya terletak di Medan Selera Larkin. Medan selera ini beroperasi daripada 7pagi sehinggalah 1 pagi.
Tetapi dinasihatkan kepada peminat Kacang Pool untuk dapatkannya sebelum 9 malam. Kerana ianya mungkin telah tutup jika anda datang selepas itu.
Eh, sebelum itu, apakah itu Kacang Pool? Kacang Pool adalah makanan yang datan daripada Timur Tengah. Boleh dikatakan adanya pengaruh Arab di sini. Tetapi Kacang Pool yang ada di Malaysia sedikit berbeza.
Di Timur Tengah, ianya mungkin menggunakan telur rebus atau tiadanya telur. Tetapi di Johor, anda dapat lihat telur yang mengliurkan di dalam Kcang Pool ini. Walau bagaimanapun, ianya masih sama menggunakan kuah pekat.
Kuah ini adalah hasil daripada kacang sama seperti yang digunakan oleh masyarakat Timur Tengah.Kuah ini juga adalah gabungan dengan daging. Sedikit berbeza dengan versi yang ada di Timur Tengah di mana ianya adalah sayuran kebiasaannya.
Dari sudut roti pula, ianya berbeza dengan dengan versi Timur Tengah yang menggunakan roti seakan-akan roti nan. Berbeza dengan versi Singapura yang menggunakan roti French. Versi Johor menggunakan roti ‘toast’ yang biasa kita nampak.
Oh, mari terus ke isi utama artikel ini. Restoran yang ingin digosipkan adalah Kacang Pool Haji. Kami kongsikan 9 sebab kenapa anda perlu datang ke sini.
Menariknya, menu kacang pool di sini merupakan ilham dari tuan restoran sendiri. Bagi kami, menu ini juadah ringan yang boleh dimakan bila-bila masa, tidak kiralah sama ada petang, siang atau malam. Set lengkap kacang pool pula terdiri daripada roti bakar lembut, telur mata lembu, dan semangkuk kuah pekat kacang pool.
Cara makan juga mudah. Anda hanya perlu mencicah roti dengan telur mata lembu. Cicah dan gaul bersama-sama kacang pool. Untuk menambahlagi selerea, hirisan sedikit limau nipis dan makan bersama-sama hirisan bawang merah dan cili. Memang umh!
Nama Restoran: Kacang Pool Haji
Alamat: Gerai 3, Medan Selera Larkin, Susur 5, Jalan Tun Abdul Razak, Johor Baru (berdekatan balai bomba Larkin)
Peta: http://g.co/maps/9g63q
GPS: 1.485586,103.750205