Sarapan pagi adalah suatu perkara asas yang perlu diambil. Terutamanya kanak-kanak. memujuk kanak-kanak untuk mengambil sarapan adalah bukan sesuatu yang mudah. Kami kongsikan 8 sarapan yang ‘awesome’ untuk kanak-kanak yang boleh anda cuba.

Sarapan yang ditonjolkan memang menyelerakan. Rasanya bukan sahaja kanak-kanak akan menyukainya, anda juga pasti akan terliur melihatnya. Kami sangat sukakan sarapan yang menggunakan mentega kacang. Anda pula bagaimana?

 

8 Sarapan Pagi Yang Sungguh Awesome

 

1. Roti Mentega Kacang

Ianya amat menyelerakan. Anda cuma memerlukan roti jenis pratha dan kemudiannya disapukan dengan mentega. Untuk menarik, letakkan sedikit pisang dan butiran coklat. Anda juga boleh menggunakan roti canai jika anda mahu.

Roti kacang

 

2.Mango & Berry Swirl

Sarapan ini pasti akan membuatkan anak anda mahukannya setiap hari! Perisa mangga dan strawberi yang digunakan memang sesuai.

Mango swirl

 

3. English muffin +Telur + Cheddar+ Epal

Tidak sukar membuat sarapan pagi jenis ini. Hanya perlukan epal yang dihiris dan kemudiannya disapukan dengan telur. Cheese jenis cheddar digunakan dan diletakkan di atas. Kemudiannnya, apa yang diperlukan adalah  dipanaskan atau dibakar untuk seketika.

English muffin cheddar

 

4. Mentega Almond + Pisang

Ini sememangnya pilihan kami. Bukan kanak-kanak sahaja akan menyukainya, malah anda turut akan mengidamkannya.Hanya perlukan pisang, mentega almond dan sedikit kekacang.

mentega pisang

 

5. Bubur Bijiran

Bubur bijiran ini juga menarik untuk dicuba. Gandum ini dimasak ala-ala bubur dengan menggunakan ‘slow cooker’.

bubur bijiran

 

6. Aiskrim Pisang

Ini salah satu sarapan pagi yang menarik dan ‘awesome’ yang senang dicuba. Nampak seperti aiskrim yang mengalir tetapi sebenarnya pisang sahaja.

Bijiran pisang

 

7. Roti Bendera

Jika anak anda sukakan imaginasi, sarapan pagi ini mungkin boleh dicuba. Ianya dibuat seolah-olah nampak seperti bendera. Untuk menarik, cubalah buat bendera Malaysia. Jem, pisang dan lain-lain boleh digunakan untuk membuatnya.

Roti bendera

 

8. Aiskrim Buah

Kami akui aiskrim ini sedikit sukar untuk dibuat, tetapi apabila siap pasti akan menyebabkan anak anda senyum keriangan. Aiskrim buah-buahan ini boleh sahaja digunakan dengan pelbagai jenis buah.

Aiskrim buah-buahan

Anda sukakan yang mana? Jangan lupa share jika ianya bermanfaat.

Gambar

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.