Wak Jos Ikan Bakar Muar, Sabak Awor

Minggu ni memang gila ikan bakar. Selepas ikan bakar Jalan Bellamy di belakang istana, kali ini jauh ke dalam di Sabak Awor. Sabak Awor ini terletaknya di Muar. Muar memang terkenal dengan beberapa tempat makan menarik seperti mee bandung, satay maharani, kopitiam dan lain-lain.

Medan ikan bakar ini mempunyai beberapa gerai yang menarik. Menurut sumber, yang paling menarik adalah Wak Jos Ikan Bakar Muar. Jadi kali ini jom terjah sini dulu untuk menikmati ikan bakarnya.

 

Wak Jos Ikan Bakar Muar

Apa yang menarik di sini?

  • Medan Ikan Bakar Sabak Awor di sini diuruskan oleh Majlis Perbandaran Muar.
  • Ada yang kata tempat medan ikan bakar Sabak Awor ini jauh lebih selesa berbanding Umbai? Betul ke? Anda yang pernah datang ke sini setuju?
  • Parking di sini juga tidak perlu bayar. Berdekatan medan ikan bakar ini adanya menara tinjau mengadap Sg Muar. Jadi, boleh jalan-jalan sebentar kalau bosan.

 

wak jos ikan bakar muar

wak jos ikan bakar muar

 

wak jos ikan bakar muar

Apabila disiasat tentang apa yang menarik untuk kedai Wak Jos Ikan Bakar Muar ini adalah :

-harganya sangat murah dan segar-segar

-ikan sikap masak stimnya sangat istimewa dan menarik

-sedap tetapi kena tunggu sedikit sebab ramai orang

Anda yang pernah datang ke sini ada pengalaman? Jika ada, janganlah kedekut untuk berkongsi. Jom review Wak Jos Ikan Bakar Muar ini.  🙂

 

 

Kredit gambar : Foursquare

Pendapat Anda?

Penaja

5 Comments

  1. aiman
  2. man ls

Add Comment