10 Restoran Nasi Arab Terbaik Seluruh Negara

Kebelakangan ini, hidangan dari Timur Tengah terutamanya nasi arab kian mendapat tempat di lidah penduduk Malaysia. Tidak kira di mana, restoran nasi arab sering dilihat penuh dengan pengunjung yang mahu menikmati nasi yang beraroma herba arab dan lauk pauk seperti ayam dan kambing yang amat lembut dan berperisa.

Mungkin kerana masakan arab ini tidak terlalu jauh bezanya dengan masakan Melayu dan India serta amat mengenyangkan.

Sentimen bahawa makanan timur tengah ini datang daripada negara-negara Islam membuatkan orang-orang Malaysia tidak ragu-ragu tentang status halalnya. Malah tulisan jawi arabnya juga mampu meraih perhatian kita bahawa makanan ini nampak begitu Islamik.

Selain daripada nasi arab, hidangan timur tengah juga meliputi pelbagai menu bermula daripada kebab sehinggalah kepada baklava. Malahan nasi arab itu sendiri terdiri daripada beberapa menu yang berbeza.

Senarai berikut akan memberi perhatian kepada restoran nasi arab yang boleh didapati diseluruh Malaysia dengan menjelajah ke setiap negeri bagi mencari nasi arab terbaik di negeri tersebut. Namun seperti biasa, senarai ini tidak berdasarkan “ranking”. 10 restoran nasi arab yang terbaik di seluruh negara.

 

 #1 Restoran Jannatul Hadramawt

No. 19, Jalan PJ3, Pekan Jitra 3, 06000 Jitra, Kedah Darulaman

Restoran ini dibuka lebih setahun yang lalu oleh seorang anak tempatan yang sudah biasa dengan menu arab. Menu di restoran ini secara dasarnya agak ringkas dengan hanya menyajikan masakan arab yang asas iaitu nasi mandy, kebab dan juga sandwich selain daripada beberapa jenis roti dengan nama arab.

 

Restoran Jannatul Hadramawt

 Sungguhpun demikian, mungkin kerana fokus yang diberikan terhadap menu-menu ini menjadikan nasi mandy di restoran ini antara yang terbaik. Dengan nasi yang memiliki aroma dan rasa herba dan rempah ala arab, ditambah pula dengan kambing atau ayam yang lembut dan segar menaikkan selera yang amat tinggi.

Walaupun daging kambing dan ayamnya nampak “plain”, namun rasanya amat sedap dan tidak kalah dengan hidangan di restoran nasi arab yang lebih terkemuka.

Harga dan khidmatnya tidaklah mengecewakan. Berpadanan dengan kedudukannya di Bandar Jitra, harga yang ditawarkan amat berpatutan.

 

 #2 Restoran Al-Araby

Tesco Extra Seberang Jaya

Jika dilihat secara fizikalnya, hiasan dalaman dan set restoran ini adalah amat indah dengan rekabentuk yang sesuai dengan jualan nasi arabnya. Melangkah masuk ke sini terasa seperti berada di tempat lain dengan penataan cahayanya yang hebat disertai muzik yang mengalunkan jiwa.

Hidangannya juga tidak tewas dengan elegan hiasannya kerana menu-menu yang ditawarkan amat menyelerakan terpulang kepada citarasa masing-masing. Di sini pelbagai menu masakan Timur Tengah boleh didapati. Nasi mandy, khabshah, hanith, shawarma dan beberapa menu lagi. Juga terdapat thanoush dan fattoush serta minuman yang amat hebat seperti laban, float dan sebagainya.

 

Restoran Al-Araby

Restoran Al-Araby

Restoran Al-Araby

Walaupun ada pendapat mengatakan rasa arabnya masih kurang (mugkin kerana air tangan Melayu), namun ia masih lagi menepati citarasa pelanggan yang ingin merasakan penangan menu arab. Harganya mungkin sedikit mahal pada taksiran sesetengah pihak namun dengan kualiti layanan serta makanannya, mungkin masih berbaloi untuk dicuba.

Kepada warga Pulau Pinang, jangan lupa untuk menjadikan restoran Al-Araby ini sebagai destinasi anda yang seterusnya. Kata oran, perlu dijadikan senarai wajib pergi kalau sudah tinggal di sekitar Pulau Pinang.

 

#3 Malika Saba Restaurant

No 43, Jalan Seri Ahmad Said , Greentown , 30450 Ipoh, Perak

Restoran ini adalah dibuka oleh seorang arab dan kebanyakan pekerjanya juga daripada Negara arab. Jadi tidak hairanlah jika makannnya memang terasa amat arab. Menu di sini menawarkan pelbagai pilihan nasi arab dan juga makanan arab yang lain. Nasi arab seperti madghout yang dihidangkan dalam kuantiti sekilo dan setengah kilo, juga khabshah, hanith dan mandy yang juga dihidangkan dalam pelbagai saiz.

Menu lain seperti kebab, zrbean dan juga mullawah juga boleh didapati di restoran ini. Antara yang menjadi kegemaran kebanyakan pelanggan di sini adalah hidangan kambingnya yang amat sedap. Isinya lembut dan seolah-olah cair di dalam mulut. Anda tidak akan sedar menghabiskan setengah kilogram madghout kambingnya.

 

Malika Saba Restaurant

 

Malika Saba Restaurant

 

Malika Saba Restaurant

 Harganya amat berpatutan sekali kerana ia dihidangkan dengan “big portion”. Minumannya juga sedap dengan minuman teh ala arab dengan susu asli dan bermacam-macam lagi. Sambil menikmati hidangan, anda juga akan dimanjakan dengan lagu berentak padang pasir. Makan di sini seolah-olah berada di Negara arab. Boleh baca tentang aktiviti Facebook mereka di sini.

 

#4 Restoran A.M Tarbush Kota Bharu

Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu Kelantan

Ingat Kelantan tidak mempunyai nasi arab dan sekadar nasi kerabu atau nasi dagang? Ceh, jangan pandang Kelantan sebelah mata sahaja. A.M Tarbush merupakan salah satu restoran makanan arab terbaik di Kelantan. Dimiliki oleh seorang warga Iran, makanannya amat cenderung lebih kepada masakan Parsi berbanding Arab. Namun masih lagi mampu memikat selera siapa sahaja yang pernah merasainya.

Seperti restoran nasi arab yang lain, pastinya hidangan terbaiknya adalah masakan kambing dan nasi yang dikatakan amat sedap. Ada pelanggan yang mengatakan boleh makan nasi tanpa lauk di restoran ini kerana ia amat berperisa dan beraroma.

Sememangnya menu nasinya menjadi saranan kerana menu yang lain kurang menyerlah walaupun macaroni bakarnya dianggap agak sedap dan berbaloi. Nasi beriyani adalah yang terbaik di sini malah dikatakan nasi beriyani terbaik di Kota Bharu.

 

A.M Tarbush Restaurant

A.M Tarbush Restaurant

Selain menu makanannya yang baik, minumannya juga amat baik dan menyegarkan dengan yogurt kurma dan beberapa lagi minuman hebat.

Harga dan khidmatnya juga boleh dikatakan berbaloi dan berpatutan.

 

#5 Restoran Nasi Arab Al Fateh

Tepi Istana, Jalan Sultan Mahmud, 24000 Kuala Terengganu

Jika anda melawat Terengganu, pastinya hidangan yang dicari adalah nasi dagang ataupun keropok lekor yang sememangnya sangat sinonim dengan negeri Terengganu. Namun tidak salah sekiranya sesekali mencuba hidangan ala Timur Tengah di Pantai Timur.

Nasi Arab Al Fateh

Restoran Nasi Arab Al Fateh tidak perlu diperkenalkan lagi kepada penduduk Kuala Terengganu kerana ini adalah restoran nasi arab terbaik di bandar ini. Sebut sahaja kedai Restoran Nasi Arab Al Fateh, ramai yang tahu tentangnya.

Menyajikan nasi arab yang amat sedap dengan herba dan rempah ratus asli arab, tidak hairanlah jika restoran ini menjadi pilihan penggemar nasi arab di sini.

Menu nasi arabnya juga pelbagai disamping hidangan sampingan serta minuman yang sememangnya biasa kita dapati di mana-mana restoran nasi arab. Masakan kambing dan ayamnya juga amat berperisa dan lembut serta berjus.

Menjadikan anda tidak akan sesekali jemu menikmati makanan di restoran ini. Malah ada pelanggan yang mengatakan nasi arab di sini jauh lebih baik daripada restoran yang masyhur di Shah Alam.

 

 

#6 Restoran Dallah Nasi Arab

Indian Town, Kuantan, Pahang

Menurut sebilangan penduduk Kuantan, nasi arab terbaik di bandar ini adalah di Restoran Dallah di Indian Town. Walaupun ada pendapat yang mengatakan makanan di sini lebih kepada masakan India Utara namun penampilan resipi ala arabnya amat terasa dan aromanya menyerlahkan ke”arab”an masakan di sini.

Jadi , apa kata anda cuba dan beri pendapat anda di bawahnanti. Bantu kami untuk mengenalpasti akan nasi arabnya.

Nasi mandy kambing dan hanith kambing adalah antara pilihan utama di sini dengan isi kambingnya dianggap mempunyai rasa yang amat sedap serta amat lembut hatta boleh dimakan tanpa gigi. Hidangan ayamnya juga sedap dan menyelerakan.

Restoran Dallah Nasi Arab

Restoran Dallah Nasi Arab

Restoran Dallah Nasi Arab

Selain nasi arabnya, roti di sini juga amat lembut dan menjadi salah satu menu yang kerap dipesan oleh pengunjungnya. Kata orang, jika anda mahukan nasi arab dengan rasa arab sebenar, di sinilah tempatnya. Rasanya adakah Perdana Menteri kita, Dato Seri Mohammad Najib pernah makan di Restoran Dallah Nasi Arab ini?

 

#7 Restoran Al Hanin

2, Jalan Idaman 3, Taman Larkin Idaman, 80350 Larkin, Johor, Malaysia

Restoran ini sehingga kini menyajikan hidangan arab terbaik di Johor Bahru malah ada yang menganggap yang terbaik di Johor.  Hidangan maqlubah dan mendynya adalah yang tersohor di restoran ini.

 

Restoran-Al-Hanin

Restoran-Al-Hanin

Restoran-Al-Hanin

Seperti nasi arab yang lain, pastinya hidangan kambing sering menjadi papan markah untuk menilai kekuatan sesebuah restoran nasi arab. Jika itu diambil kira, maka restoran ini lulus dengan cemerlang. Selain hidangan nasi, menu sampingan lain juga boleh dianggap “outstanding” dengan roti dan minuman yang sedap dan sangat “arab”.

Harga makanan di sini juga amat berpatutan mengambil kira “portion” yang besar untuk hidangannya. Akan tetapi servisnya dikatakan tidak begitu konsisten, kadangkala amat baik dan kadangkala begitu mengecewakan. Namun berpaksi kepada makanannya yag sedap, restoran ini pasti berbaloi untuk dikunjungi.

Cadangan pembaikkan mungkin perlu dibuat sedikit untuk terus maju dalam industri ini. Berdasarkan infomasi terkini daripada facebook Restoran Al Hanin yang terkini ( 6 March 2014) , mereka kini berpindah ke Pasir Gudang dan Taman Molek.

 

 #8 Restoran Dima

Lot 1846, No 2, Jalan Bukit Beruang Utama, 75450 Melaka

Restoran Dima di Bukit Beruang ini bukan saja antara yang terbaik di Melaka, tetapi boleh dianggap sebagai antara yang terbaik di Malaysia. Pelanggan di sini tidak sepakat untuk memilih satu menu terbaik. Ada yang memilih mendy, ada yang memilih khabshah, tidak kurang juga yang memilih haneeth. Pendek kata, pelbagai menu istimewa dan menarik untuk dipilih. Pening juga untuk memikirkannya.

 

Restoran Nasi Arab Dima Melaka

 

Restoran Nasi Arab Dima Melaka

 

Restoran Nasi Arab Dima Melaka

Pendek kata, semua menu di sini amat sedap dan menyelerakan. Samada kambing atau ayam, semuanya tidak langsung mengecewakan. Malahan menu sampingan seperti  basboosa dan zurbyan juga amat sedap untuk dicuba. Pengunjung di sini tidak perlu pening memilih menu kerana semuanya berbaloi untuk dimakan.

Hidangan pencuci mulut seperti kunafa juga mudah menjerat selera kita. Harganya juga tidak terlalu mahal dan amat berpatutan sesuai status makanan Timur Tengah.

Berbicara tentang makanan di sini tidak akan habis kerana semuanya amat menyelerakan. Anda pasti tidak akan menyesal berkunjung ke restoran ini walaupun pulang dengan poket kosong.

 

 #9 Nasi Arab Damsyik

No.1, Jalan Bourgainvilla 1 (Taman Bourgainvilla, Senawang), 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Ini Antara restoran nasi arab pilihan kami. Ianya Antara yang paling dekat dengan Kuala Lumpur. Jika anda ke Seremban dan mencari makanan nasi arab yang beraroma herba arab, maka nasi arab damsyik ini adalah pilihan terbaik dengan menu Timur Tengah yang tidak langsung mengecewakan.

Nasi mandy, khabshah dan hanith yang sememangnya popular ini begitu beraroma di restoran ini.

Ada pelanggan yang gemarkan hidangan kambing lazatnya, tidak kurang juga yang memilih masakan ayam sebagai pilihan utama. Ayam panggang ala arab di sini boleh dianggap yang terbaik dan berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Kambingnya juga enak dan sangat lembut. Sememangnya diketahui bahawa mana-mana restoran nasi arab sentiasa menghidangkan kambing yag amat sedap.

 

Nasi Arab Damsyik

 

Nasi Arab Damsyik

 

Nasi Arab Damsyik

 

Nasi Arab Damsyik

Kehebatan makanan di sini diperkuatkan lagi dengan minuman ala Syria yang membuatkan anda melantun-lantun. Teh arab dengan susu segar dan beberapa minuman yogurt mampu mengembalikan kesegaran dan amat santai jika dinikmati bersama rakan-rakan mahupun keluarga.

Anda boleh untuk pesan kebabnya. Tetapi bagi kami ianya kurang sedap berbanding nasi aranya. Antara semua, nasi arabnya paling berbaloi serta harganya turut murah. Boleh baca review pernah kami buat tentang Nasi Arab Damsyik di sini.

 

#10 Restoran Marhaba

Lot D1-G4-1, Level G4, Publika Solaris Dutamas, No. 1, Jalan Dutamas, Kuala Lumpur

Restoran Marhaba ini adalah sebuah restoran makanan arab yang menyediakan makanan asli Yemen. Slogan restoran ini adalah “Celebrate good life with great taste.” Semua chef  adalah chef dari restoran terkenal di Dubai dan bahan-bahan mentah termasuk berasnya juga di datangkan terus dari Yemen. Jadi tidak hairanlah mutu makanannya amat tinggi walaupun harganya agak mahal pada pandangan sebilangan orang.

Melihat hiasan dalamannya serta ruang makan yang pelbagai, menampakkan komitmen tinggi pemiliknya untuk memberikan bukan sahaja makanan yang bermutu tetapi juga servis yang terbaik demi kepuasan pelanggan. Hidangan “signature” restoran ini adalah mulawah iaitu roti arab besar yang rangup dan amat sedap walaupun dimakan begitu sahaja.

 

Restoran Marhaba

Restoran Marhaba

Kita tidak boleh lari daripada berbicara tentang nasi arab kerana nasi mandy di sini boleh dikatakan antara yang terbaik di Malaysia. Daging kambing berperisa dan ayamnya begitu mudah untuk menambat selera sesiapa sahaja tambahan lagi peminat makanan arab.

Minuman seperti lassi dan lain-lain juga amat sedap. Anda tidak akan tersedar anda memesan satu lagi minuman. Suasananya juga amat santai dan “convenience” untuk setiap generasi. Tidak dinafikan, restoran ini adalah antara yang terbaik di Malaysia.

Kata seorang sahabat, anda akan keluar dari restoran ini dengan pinggan dan poket yang kosong tetapi dengan perut dan hati yang penuh. Benarkah begitu? Anda perlu mencuba.

 

………………………………………………………………………………………………………………

 

Senarai di atas adalah senarai yang sengaja dipilih daripada segenap pelusuk negara ini untuk memberi keadilan kepada seluruh penduduk negara kita. Jelas fenomena dan minat terhadap nasi arab kini bukan lagi rahsia. Masih banyak restoran yang menghidangkan nasi arab terbaik, tetapi senarai ini sekadar memberikan garis panduan serta kayu ukur untuk mencari nasi arab terbaik di mana-mana sahaja di negara ini.

Jika anda ada beberapa restoran nasi arab yang terbaik ingin dikongsi jangan segan untuk menulis di bawah.

Beberapa restoran nasi arab tersohor seperti Restoran Saba, Restoran Al Edrus mahupun Arabian Mendy sengaja digugurkan daripada senarai ini untuk memberi laluan dan peluang kepada lebih banyak restoran yang sedang mencipta nama. Kalau asyik berkata atau bercerita tentang mereka, tentu anda boleh menjadi bosan jawapnya bukan?

Oleh itu, diharapkan senarai  ini memberikan inspirasi kepada semua penggemar-penggemar nasi arab di luar sana. Kalau anda berani atau ekstrem, bolehlah melawat restoran ini kesemuanya. 🙂

Jangan lupa untuk Share atau Like jika dapati artikel ini bermanfaat.

 

Kredit gambar Foursquare

 
 

Artikel Menarik Lain

Pendapat Anda?

Add Comment