Melaka sememangnya terkenal dengan asam pedasnya. Sehingga ada pernah seorang menteri pernah ingin menjadikan ianya ‘trademark’ untuk negeri Melaka. Ada beberapa restoran asam pedas yang menarik di sini. Salah satunya adalah asam pedas di Restoran Asam Pedas Selera Kampung.
Restoran Asam Pedas Selera Kampung
No. G2, Jalan PM3, Mahkota Square, Bandar Hilir
Malacca
+60 6-288 1799
Apa kelebihan Restoran Asam Pedas Selera Kampung ini? Ianya diasaskan oleh Saharudin Mohd Nor. Anak peneroka berusia 38 tahun ini seorang berbakat menggoda selera pelanggan dengan masakan asam pedas yang menjadi kegilaan ramai warga kota Melaka Bandaraya Bersejarah. Owh!
Restoran ini menyediakan resipi asli asam pedas istimewa kepala ikan jenahak yang boleh dinikmati dengan hidangan nasi panas dan 10 jenis ulam-ulaman. Ikan lain juga disediakan mengikut pilihan dan cita rasa pelanggan.
Jika anda datang ke sini, anda boleh melakukan 2 perkara dalam satu masa. Pertama mencuba masakan asam pedas di restoran ini, kedua pula berjalan-jalan sekitar bandar Melaka yang bersejarah ini. Kata orang, membaling batu, tetapi dapatnya 2 ekor burung. Hehe.Restoran ini sentiasa dipenuhi orang. Menu yang wajib dicuba di sini adalah daging salainya.
Ianya merupakan pilihan ramai orang. Memang terbaik! Tetapi ada yang cakap, harganya sedikit mahal. Jadi kalau tuan punya restoran ini membaca mungkin perkara ini boleh difikirkan. Apa-apapun secara keseluruhan, memang antara restoran asam pedas yang sedap.
Jom terjah Restoran Asam Pedas Selera Kampung