Resepi Sambal Goreng Sedap 100++ Ribu Perkongsian Facebook

Sambal goreng adalah masakan yang tampak senang dibuat. Tetapi persoalannnya di sini, adakah ianya sedap? Ha, di sini menjadi satu tanda tanya besar.

 

Sambal Goreng Ikan Bilis Sedap
Imej via Lyana Hisham

 

Artikel kali ini kami ingin kongsikan sambal goreng sedap yang boleh anda cuba. Ianya telah dikongsikan oleh Puan Lyana Hisham. Sehingga hari ini ketika artikel ini ditulis, resepi sambal goreng ini telah mendapat ratusan ribu perkongsian di Facebook.

Sambal goreng ini apabila siap bolehlah digunakan untuk apa sahaja. Untuk kami, ianya boleh dimakan dengan apa-apa yang bergoreng apabila memasak masakan yang tidak berkuah. Selain itu, ianya juga boleh digunakan sebagai penambah rasa pedas untuk makanan seperti bubur, mee goreng dan lain-lain.

Yang penting, memang banyak manfaat dapat digunakan apabila siap sambal goreng ini. Nah, kami kongsikan resepi dan perkongsian oleh Puan Lyana secara terus di Facebooknya.

 

Cara dan Tips sambal Goreng Sedap

Ramai berkenan pada sambal goreng ini kan. Okay lah, Yana share resepi so anda semua bolehlah try.

Sebenarnya ini Yana belajar daripada Ibu, resepi asal daripada arwah nenek Yana. Arwah nenek memang pandai masak, dulu kecil-kecil order apa sahaja semua dia buat. Rinduu tok mak, Al Fatihah.

Here’s the recipe, Yana list kan secara ringkas ya.

 

Bahan bahannya:

  • *Bawang besar saiz sederhana 2
  • *Cili hijau 6 & Cili Merah 4
  • *Cili Padi merah sikit (kalau nak pedas)
  • *Ikan bilis sikit
  • *Belacan sikit
  • Asam Jawa (agak agak 1/2 dari saiz telur ayam, perah dalam mangkuk, air dia toskan)

*Semua bahan bahan nih blend kering.

 

Cara caranya:

  • Ambil minyak dalam 1 senduk (memang kena lebih kalau tak sambal tak garing)
  • Tumis bahan bahan blend kering tadi sampai garing
  • Once dah garing, baru masukkan air asam
  • Perasakan dengan garam, then gula sikit
  • Hiriskan bawang and campur sekali dalam sambal lepas tu tutup api
  • Lebihan minyak pada sambal tadi pandai pandai la buang sendiri okyah

Siap dah! Selamat mencuba. Boleh try makan dengan bubur, dengan nasi biasa pun okay jer.

 

Resepi Menarik Lain Yang Viral & Perkongsian Ramai

Resepi Ayam Bakar

Resepi Dimsum Mudan

Resepi Kek Lapis Cheese

Resepi Donut Gebu

Resepi Kek Batik

Pendapat Anda?

Add Comment