Nasi Lemak Sedap -Janggut

Nasi Lemak memang sesuai untuk sarapan. Memang banyak kedai yang menjual nasi lemak. Untuk kali ini kami ingin kongsikan Nasi Lemak Janggut. Kedai yang menjual nasi lemak sedap yang terletak di Pulau Pinang.

Kedai ini sebenarnya sudah berubah lokasi. Dahulu, ianya terletak di tempat lain. Cuma dalam 3-4 tahun dipindah ke lokasi yang besar. Berdekatan dengan Sek Keb Batu Maung. Betul-betul di depan sekolah. Memang ramai kalau datang makan di sini. Tetapi tidaklah seramai di Kuala Lumpur. Kalau sebut ramai, maksudnya untuk kedai ini adalah, ada sahaja pembeli setiap 5 minit. Boleh katakan adalah 20-30 pada waktu pagi setiap masa. Boleh dikatakan kedai ini di bawah radar tempat makan yang menarik. Kalaulah semua tahu. Aish.. 🙂

 

Nasi Lemak Janggut

Jalan Permatang Laut, Batu Maung, Penang 11960

 

Apa yang istimewa?

Nasi lemaknya-Terasa lemaknya

Sambal sotong-Memang sedap dan terangkat habis

nasi lemak janggut

 

nasi lemak janggut

 

nasi lemak janggut

 

nasi lemak janggut

 

Review kami?

  • Suasana? Seperti warung biasa. Selesa dan bersih
  • Kesedapan? Memang sedap untuk nasi lemak berlauk sotongnya. 9.5/10
  • Harga? Murah. Memang murah tidak percaya, ambil lauk yang banyak dan harganya kami pasti akan mengejutkan anda.

 

Pendapat Anda?

Penaja

2 Comments

  1. sygkuaini

Add Comment