Nasi Arab Damsyik, Senawang Paroi Terbaik

Semua pasti suka makan nasi arab bukan? Nasi Arab antara trend yang menular di negara kita ini. Ianya mula terkenal sejak 2-3 tahun lalu. Sejak itu, kita dapat lihat pelbagai restoran mengenai Nasi Arab tumbuh. Memang banyak, hampir di setiap lokasi panas, pastinya adanya restoran yang menjual Nasi Arab.

Tetapi hari ini kami ingin kongsikan restoran Nasi Arab yang terbaik antara yang terbaik. Iaitu Nasi Arab Damsyik. Restoran Nasi Arab ini terletaknya di Senawang. Kira-kira 40-60 minit kalau perjalanan daripada Bangi ataupun Kuala Lumpur. Memang jauh. Kami pun malas sebenarnya pergi ke sana. Tetapi percaya cakap kami, ianya berbaloi.

 

Restoran Nasi Arab Damsyik Senawang

No. 1, Jalan Bourgainvilla 1 (Taman Bourgainvilla, Senawang), Seremban, Negeri Sembilan 70450

 

Kami pernah ke Restoran Nasi Arab, Senawang ini daripada Bangi semata-mata untuk makan sahaja. Walaupun banayak amsa terbuang, tetapi memang terbaik rasanya. Anda patut cuba. Apa yang patut anda cuba? Tentulah Nasi Arabnya. Jangan tanya lagi. Hehe. Mana yang lebih baik, kambing ataupun ayam? Kami cadangkan anda mengambil ayam. Kambingnya sedap, tetapi bagi kami ayamnya terbaik

Selain itu anda boleh juga membeli kebabnya. Memang sedap.Tetapi mahal sedikit kalau bandingkan dengan harga nasinya. Rasa, lebih baik ambil nasi sahaja. Kedai ini terletak di kawasan perumahan. Walau bagaimanapun, jangan risau. Anda boleh nampaknya dari tepi jalan lagi. Lagipun memang di tepi jalan besar.

 

nasi-arab-damsyik

Terletak di kawasan perumahan

 

nasi-arab-damsyik-2

Menu Nasi Arab Damsyik

 

nasi-arab-damsyik-3

Untuk makan 5 orang

 

Apa yang kami sukakan dengan Restoran Nasi Arab Damsyik Senawang ini adalah nasinya dan suasana yang disediakan. Nasinya memang sedap. Sedap sangat! Suasana pula menarik. Anda boleh duduk di dalam, ataupun makan sahaja di luar. Ikut keselesaan masing-masing.

nasi-arab-damsyik-4

Kebab yang mengliurkan

 

nasi-arab-damsyik-5

Set untuk seorang

 

nasi-arab-damsyik-6

Suasana dalam restoran. Duduk bersila

 

Tips yang lain, makanan yang diberikan sememangnya banyak. Jika dalam set beritahu untuk seorang, biasanya sesuai untuk 2 orang. Jika set beritahu sesuai untuk 3 orang, biasanya sesuai untuk makan 4 orang. Memang banyak. Hendak tambah sayur dan ‘sambalnya’ tiada dikenakan bayaran. Harga juga antara yang termurah berbanding tempat lain. Jangan risau ramai orang, kerana biasanya ada sahaja tempat kosong, InsyaAllah.

Restoran Nasi Arab ini adalah yang terbaik kami pernah makan setakat ini. 🙂

  • Harga? Murah
  • Sedap? 10/10
  • Suasana? Best sangat dan sesuai untuk bawa keluarga besar

 

 

Pendapat Anda?

Penaja

Add Comment