, ,

Melantak Steak Hub Melaka : Kedai Makan Western Di Melaka TERBAIK

Melantak Steak Hub

Sesiapa di sini pernah makan Melantak Steak Hub Melaka? Jika tidak, mari kami kongsikan pandangan kami di sini.Tempat makan western di Melaka untuk dicuba.

Melantak Steak Hub

Kedai Makan Melantak Steak Hub dengar dikatakan antara tempat makan steak yang patut anda pergi jika ke Melaka. Sesuai untuk mereka yang gemar makan daging ala-ala western. Daging yang digunakan pula adalah datangnya daripada Australia dan semestinya halal.

Jangan risau jika anda tidak gemar makan daging. Di kedai makan ini tidak terhad kepada daging lembu sahaja. Anda juga boleh pilih lamb untuk lambchop, ataupun salmon, sotong untuk grill.

 

Maksud Melantak

Mungkin negeri Melaka mempunyai maksud tersendiri. Tetapi bagi kami, melantak bolehlah didefinisikan sebagai aktiviti makan dengan sepuas mungkin. Boleh kata hilangnya kesopanan ketika makan. Betul? Hehe.

 

Keunikkan Melantak Steak Hub Melaka

Banyak keunikkan untuk kedai makan steak ini. Di sini anda perlu memilih daging yang telah tersedia di dalam peti ais. Harga pun sudah tertera tulis berapa per/kg. Jadi anda tidak perlu risau tentang terlebih budget. Budget banyak, makanlah bahagaian-bahagain yang mahal. Jika hendak murah, pilihlah bahagaian yang murah.

 

Melantak Steak Hub

 

Melantak Steak Hub

Imej via Foursquare

 

Terdapat pilihan daging yang boleh anda pilih yang terdiri dariapda wagyu, grain fed, angus dan lain-lain. Semuanya terserah kepada anda. Tetapi berdasarkan review, ramai mencadangkan untuk mencuba daging wagyu. Tentang masakan pula, anda boleh memilih untuk daging dimasak secara welldone atau medium.

Bagaimana pula dengan harga makan steak di sini? Adakah ianya mahal? Ramai rata-rata bersetuju harganya sangat berpatutan dengan daging dan hidangan yang disediakan. Kalau nak yang lembut dan sedap, ambillah yang mahal. Rata-rata harga sekitar RM20-RM40 berdasarkan daging yang diambil.

 

Info Kedai

No. 12, Jalan KPKS 1, Kompleks Perniagaan Kota Syahbandar, 75200 Melaka, Malaysia
Kedai makan ini dibuka hampir setiap hari kecuali hari Isnin. Ianya beroperasi daripada pukul 12 tengah hari sehinggalah 12 tengah malam. Tetapi menjelang 8 malam, waktu puncak di kedai makan ini.

 

Kesimpulannya

Untuk orang Melaka, ataupun orang yang bercuti di Melaka, kedai makan ini bolehlah anda kunjungi jika ingin mencari tempat makan western yang menarik. Ianya mendapat pujian ramai tentang harga dan kesedapannya.

 

 

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Pendapat Anda?

Red Wok Bangi

Red Wok Bangi: Steamboat Bangi Yang Menarik

Restoran Rebung : Restoran Masakan Melayu Di KL