Laksa Pokok Janggus Kampung Perlis Balik Pulau Laksa Penang Ter’Umphh’

Di Pulau Pinang, jika anda mencari laksa yang istimewa, maka inilah tempatnya. Tempat yang dimaksudkan adalah Laksa Pokok Jangus Kampung Perlis. Jangan pening kepala ya, ianya bukan terletak di Perlis, tetapi di Balik Pulau, Pulau Pinang.

 

Laksa Pokok Janggus Balik Pulau

 

ABC Laksa Janggus Balik PulauLaksa Pokok Janggus Balik Pulau

Antara menu wajib ambil disini tentulah laksa. Tetapi sekadar maklumat, tiada kaitan penggunaan janggus dalam laksa ini. Selain itu, menu yang wajib ambil adlah ABCnya. Boleh katkan inilah kombinasi wajib anda ambil apabila anda disini.

Laksa ini dipuji ramai antara laksa yang tersedap. Anda boleh cuba makan di sini untuk membuktikannya.

 

Ketika ditanya mengenai resipi kuah Laksa Janggus, Kak Timah menyatakan bahawa ia langsung tidak berkaitan dengan buah janggus, sebaliknya, resipi kuah laksa beliau pada asalnya adalah daripada ibunya.

“Sejak kecil, saya minat memasak. Apabila Mak masak, saya tengok dan dari situ saya ubahsuai sendiri resipi sedia ada,’’ katanya kepada Buletin Mutiara (BM) sambil menjelaskan bahawa nama restorannya adalah berasal dari pokok-pokok janggus yang banyak terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Dengan bantuan seramai enam pekerja tetap, selain Laksa Janggus, antara sajian yang turut disediakan adalah keow teow thing, pisang serta ubi goreng dan ais batu campur (ABC).

Sumber:buletinmutiara

Waktu Operasi

Ianya dibuka hampir setiap hari kecuali hari Rabu. Waktu operasinya pula daripada pukul 3.30 petang sehinggalah 8.00 malam.

Imej:Foursquare

Pendapat Anda?

Penaja

Add Comment