Dynar Lekor : Kedai Keropok Lekor Terengganu TERBAIK

Keropok lekor adalah makanan yang sangat popualr di Pantai Timur. ianya bagaikan makan ruji untuk orang Terengganu dan Kelantan.

Kata orang, selain pelbagai makanan tempatan di Terengganu dan Kelantan, tidak sah atau lengkap perjalanan anda jika tidak singgah dan mencuba keropok lekor. Tetapi sebelum itu, keropok lekor Kelantan dan Terengganu ada bezanya.

 

Kedai Keropok BTB 2209 / Dynar Lekor

Lot 8292 Seberang Takir Darul Iman, Kampung Bukit Tok Beng, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

Kedai Keropok BTB 2209 ini merupakan antara kedai yang paling menjadi tumpuan pengunjung. Terletak di Bukit Tok Beng, Seberang Takir ianya cukup popular dari dahulu sehingga kini. Dulu dikenali dengan Keropok BTB, kini mula dikenali dengan Dynar Lekor.

Waktu operasi untuk kedai ini pula bermula daripada pukul 8pagi sehinggalah ke 8 malam. Ianya ditutup pada hari Jumaat dan dibuka pada setiap hari. Seperti mana makanan lain yang mengalami proses evolusi, keropok lekor Terengganu juga tidak dapat lari. Keropok lekor dengan edisi cheese boleh dipilih sebagai pilihan.

Dengar cerita, anda perlu beratur dan mengambil nombor giliran untuk membeli di sini. Tetapi itu hanya berlaku apabila orang ramai sahaja. Untuk makluman, kaunter untuk pembelian.

 

Sejarah Lekor BTB 2209/ Dynar Lekor

Kedai keropok lekor ini bermula dengan perniagaan kecil-kecilan tetapi kini syarikat perusahaan keropok lekor Bukit Tok Beng ini mula terkenal di seantero Malaysia. Sebut sahaja kedai keropok Bukit Tok Beng, pasti ramai yang mengenalinya.

Apa yang membuat ianya istimewa adalah kerana keenakan rasa keropoknya yang asli. Sejarah kedai dan perniagaan keropok ini diusahakan oleh dua beradik iaitu Haji Nazri Mohd Dagang dan juga adiknya Haji Nazir Mohd Dagang. Perusahaan ini menggunakan nama BTB2209 dan sentiasa berusaha bergabung tenaga dan memerah idea untuk menghasilkan keropok lekor rebus yang paling sedap di negeri Terengganu tersebut.

 

 Nama Lekor BTB 2209?

Tetapi kenapa nama BTB 2209 dipilih? Nama BTB tersebut diambil dari singkatan nama kampung tersebut iaitu kampung Bukit Tok Beng. Manakala pemilihan nombor 2209 pada nama kedai pula adalah sebagai tanda kenangan kepada arwah ayah mereka. Arwah ayah mereka sangat meminati nombor 2209 terutamanya pada nombor plat kenderaannya.

Amalan unik tersebut juga terus menerus diwarisi oleh anak-anak mereka. Kesannya, nombor 2209 ini telah digunakan pada nama kedai BTB2209. Mereka malah turut menggunakan nombor 2209 itu pada setiap nombor telefon.Wah sayang betul mereka pada arwah ayah.

 

Pelbagai Jenis Versi dan Perisa

Pada awalnya kedai ini hanya menghasilkan keropok jejari biasa sahaja. Tetapi tahun demi tahun berlalu, banyak inovasi rasa keropok telah dihasilkan. Pada tahun 2011, terhasilah keropok jejari keju. Pelbagai perisa turut diperkenalkan dalam tempoh mendatang. Hasilnya, pada tahun 2016, kedai Dynar Lekor ini mempunyai 8 jenis keropok kesemuanya.

Lekor BTB 2209

Lekor BTB 2209
Imej Foursquare

Antara produknya ialah keropok jejari biasa, keropok jejari keju, keropok cheese lava, keropok keju potong, keropok keju bawang, keropok lada hitam, keropok keju lada hitam dan juga keropok rebus vaccum.

 

Kesimpulan

Kesimpulannya, anda patut terjah ke kedai ini untuk merasai kesedapan keropok lekor ini. Mungkin anda mempunyai pilihan tersendiri tentang keropok lekor Terengganu yang sedap. Tetapi kami percaya, Lekor BTB2209 atau  Dynar Lekor ini adalah salah satunya.

Oh ya, keropok ini juga boleh dibeli online di sini. Klik Sini

Pendapat Anda?

Penaja

2 Comments

Add Comment