Kami pasti ramai dari kalangan pembaca di sini memang gemar dengan kafe hipster, bukan? Di zaman teknologi yang kian maju sebegini, tidak hairanlah kafe hipster sering sahaja dikunjungi ramai pelanggan, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Bukan sahaja terkenal dengan hidangan Barat yang mantap dan enak, dekorasi kafe hipster sememangnya yang unik dan memang menarik!

Bagi sesiapa yang berkunjung ke Kota Kinabalu, yang merupakan bandar dan destinasi pelancongan utama yang terletak Sabah, adakah anda tercari-cari kafe hipster mana yang cocok buat anda? Kami tahu kafe hipster mana anda patut serbu di KK!

Imej via Foursquare

Mula beroperasi pada tahun 2016 di Pusat Bandar Kota Kinabalu, boleh dikatakan kafe Woo! merupakan antara kafe berkonsepkan vintaj yang terkenal di Kota Kinabalu. Sering sahaja dipenuhi dengan pelanggan berbilang kaum dan bangsa, termasuk juga pelancong, apa yang istimewa di kafe Woo! ini ya?

Duck Breast Nasi Ulam

Imej via Instagram

Duck Breast Nasi Ulam, Enak dan Bukan Biasa-biasa

Menu di sini kebanyakan berasaskan masakan Barat dan Asia. Menu yang disediakan di sini termasuklah menu untuk sarapan, pasta & nasi, sup, salad dan banyak lagi! Antara menu yang menjadi kegemaran ramai di Woo! Kafe ialah masakan yang terdapat daging itik di dalamnya iaitu Duck Breast Multigrain Rice atau lebih dikenali dengan nama Duck Breast Nasi Ulam.

Dihidangkan bersama daging itik, nasi ulam, telur separuh masak, kacang panjang dan dibanjiri dengan sos ‘garlic hoisin’, kami berani jamin anda pasti ketagih dengan keenakannya! Daging itiknya berjus di luar namun tidak pula lembik. Hidangan ini sememangnya megenyangkan, namun masih boleh buat anda rasa macam nak tambah berpinggan-pinggan!

Menu Sarapan yang Berbagai dan Mengenyangkan

woo avocado toast

Imej via Foursquare

pumpkin toast @ woo

Imej via Foursquare

Untuk sarapan pula, hidangan istimewa ini pasti mendapat tempat yang istimewa di hati anda! Smashed Avocado Toast merupakan antara hidangan sarapan yang paling banyak dipesan di kafe Woo! Dihidangkan bersama roti ‘wholemeal’ yang rangup dan lembut, keju feta, ‘turkey ham’, telur separuh masak dan banyak lagi!

Anda juga boleh mencuba menu sarapan yang lain seperti Homemade Granola Bowl, Baked Pumpkin on Toast, Breakfast Lamb Stew dan lain-lain. Menu sarapan di sini semestinya dihidangkan dalam jumlah yang banyak, memang mengenyangkan dan memuaskan hati!

Pasta yang Berbagai Rasa

prawn aglio olio @ woo

Imej via Foursquare

Carbonara Woo

Imej via Instagram

Ada penggemar pasta di sini? Kami ada berita baik buat anda! Kafe Woo! ada menyediakan berbagai jenis pasta yang memang kena dengan tekak sesiapa pun. Anda teringin pasta yang berkrim namun tidak memuakkan? Anda boleh mencuba Carbonara Pasta atau Leak Cream Pasta. Anda teringin pasta yang pedas dan ‘kaw’? Anda boleh mencuba Spicy Tomato Seafood Linguine atau Spicy Korean Seafood Pasta! Wah, memang berbagai betul pasta di sini, bukan?

Banyak Lagi di Kafe Woo!

woo coffee

Imej via Foursquare

Bagi penggemar kopi yang tegar, variasi kopi yang disediakan di kafe Woo! ini pasti idak akan mengecewakan anda! Antara kopi yang dihidangkan termasuklah Americano, Piscolo Latte atau Mini Latte,Caffee Mocha, Capuccino dan banyak lagi!

Woo Drinks

Imej via Instagram

Minuman lain juga turut disediakan dan dibahagikan kepada kategori masing masing iaitu Chocolate, Matcha, Cold Brew Mocktail, Tea dan lain lain. Wah, bukan makanan sahaja yang beraneka di sini tau! Selain itu, anda juga boleh mencuba hidangan Sweet Treats di sini. Antara hidangannya ialah Hotcakes dan French Toast.

Jika anda menginginkan hidangan yang sihat namun tidak pula memualkan tekak, kami sarankan anda cuba hidangan berasaskan salad di sini! Antara salad yang disediakan termasuklah Miso Orange Salad, Watermelon Salad dan Beef Steak Salad! Makanan bersup juga dihidangkan di sini, seperti Mushroom Soup dan Roasted Tomato Soup with Asian Pesto. Sihat dan semestinya sedap!

woo cafe

Imej via Foursquare

Daya tarikan di kafe Woo! ini sememangnya banyak! Jika kami senaraikan satu persatu, memang tak akan habis. Dari makanannya ke minumannya dan ke interiornya, kafe Woo! ini sememangnya kafe yang mengujakan, sama seperti namanya. Apa lagi, jom serbu kafe Woo!

Penulis: Nurul Hani Muhamad Sabri

Nurul Hani Muhamad Sabri

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.