Ada yang gemarkan wantan mee dan sering memesannya jika ke restoran bertemakan Chinese? Apa kata anda cuba membuatnya kerana resepinya agak mudah. Buat resepi kegemaran sendiri dijamin halal dan pasti memuaskan kerana mengikut citarasa sendiri serta kuantiti yang diinginkan.
Jika ada yang tidak pernah dengar atau merasai mi wantan, pasti tertanya-tanya asala makanan ini dan apa sebenarnya mi wantan ini.Mi wantan sebenarnya makanan Kantonis yang cukup terkenal lebih-lebih lagi di negara Asia.
Mi wantan adalah set hidangan mi yang dihidangkan bersama sup panas atau sup dumpling, wantan, ayam bakar atau char siew, serta pak choy. Ada juga yang makan mi wantan bersama cili jeruk, chili oil dan bawang putih yang digoreng.
Resepi pertama mi wantan ini berlainan sedikit kerana mi yang dimakan kering. Jika anda suka makan mi wantan kering, ikuti resepi lengkap yang dikongsikan oleh Ezraa La di Facebook.
Bahan-bahan:
Cara-cara Memasak:
1. Panaskan minyak (minyak jangan terlalu banyak).
2. Masukkan bawang putih dan bawang merah.
3. Tumis sehingga sedikit perang lalu masukkan cendawan shitake dan tumis lagi sehingga naik bau.
4. Masukkan lobak putih lalu kacau sekejap dan tambahkan air.
5. Apabila sudah mendidih, masukkan perasa.
6. Letakkan daun sup atau daun bawang apabila hendak dihidangkan.
Bahan-bahan:
Note: Bahan tiada sukatan ye. Ikut banyak mana nak buat.
Cara memasak:
1. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
2. Ambil sekeping kulit wantan lalu letak isi bahan tadi dan bentukkan mengikut kreativiti masing-masing.
3. Apabila sudah siap dibentuk, barulah goreng dengan menggunakan api sederhana supaya isi dalamnya masak dan kulit wantan tidak hangus.
4. Kacau sentiasa semasa menggoreng. Apabila sudah siap digoreng, letak dalam bekas kedap udara untuk kekalkan kerangupan kulit wantan. Jangan terus simpan semasa panas, tunggu sejuk baru simpan.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Panaskan minyak sedikit sahaja untuk menumis bawang.
2. Apabila sudah agak perang, masukkan isi ayam atau daging cincang.
3. Masukkan sos tiram dan kicap pekat lalu kacau lagi.
4. Perasakan dengan serbuk perasa dan kacau lagi sehingga masak.
5. Apabila sudah keluar minyak, padamkan api dan bolehlah ditabur atau digaul dengan wantan mee nanti.
Cara-cara memasak:
1. Leraikan sehelai sehelai sayur sawi dan cuci bersih lalu toskan.
2. Panaskan air. Apabila sudah mendidih, masukkan sedikit minyak dan garam.
3. Masukkan sayur sawi. Celur sayur sekejap lebih kurang 10 saat. Jangan celur terlampau lama.
4. Rendam sayur tadi ke dalam bekas yang berisi air dan ketulan ais. Apabila mahu makan, barulah toskan. Tips ini supaya sayur nampak berkilat dan rangup.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Gaul isi ayam dengan kesemua bahan tadi.
2. Serbuk perasa boleh letak sedikit dahulu dan boleh rasa supaya tidak terlalu masin lalu perap semalaman.
3. Bakar suhu 200°c selama 35 minit.
4. Lebihan sos perapan, masak sehingga agak pekat dan salut di atas ayam yang siap dibakar.
5. Salut semasa masih panas. Apabila sudah sejuk, bolehlah dipotong.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Boleh banyakkan minyak ikut banyak mana nak buat.
2. Masukkan bawang putih dan gunakan api sederhana.
3. Bawang dah sedikit kekuningan dan jangan tunggu sehingga garing, masukkan terus chili flakes dan minyak bijan sedikit. Sentiasa gaul supaya tidak hangit.
4. Tambah secubit dua garam. Apabila chili flakes sudah nampak layu, padamkan api.
5. Tabur biji bijan dan gaul sebati.
6. Apabila sudah sejuk, simpan dalam balang kaca atau bekas.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Panaskan air dan apabila sudah mendidih, masukkan wantan mi.
2. Jangan terlalu lama celur mi. Angkat dan toskan guna penapis tepung agar jadi senang, lalukan pula bawah air biasa untuk buang kapur mi.
3. Dalam pinggan, ambil sedikit minyak gorengan bawang merah tadi. Masukkan dark soy sauce sedikit dan serbuk perasa.
4. Masukkan mi wantan dan gaulkan sebati.
Tips: Nak makan dengan cili potong atau jeruk pun boleh. Ikut selera masing-masing.
Resepi mi wantan yang dikongsikan oleh Muhamad Ismail Mohd Ali di Facebook ini disertakan bersama resepi sup sumpling. Mi wantan yang lengkap sup dumpling memberikan menu lengkap untuk set mi wantan. Ikuti resepi di bawah:
Bahan-bahan:
Cara-cara Penyediaan Dumpling:
1. Gaulkan kesemua bahan di atas sampai sebati.
2. Ambil kulit dumpling lalu letakkan isi yang digaul tadi. Kemudian lipat ikut bentuk normal dumpling (boleh tengok Youtube).
3. Letakkan sedikit air dikeliling kulit lalu lipatkan.
4. Anda boleh goreng, rebus atau kukus selama 6 minit.
Bahan-bahan:
Bahan Mee Kicap:
Bahan-bahan:
Cara memasak ayam goreng kicap:
1. Rebuskan ayam .
2. Perapkan ayam dengan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.
3. Masukkan minyak bijan lalu gaulkan.
4. Goreng ayam sehingga masak.
5. Apabila ayam sudah digoreng, potongkan seperti dalam gambar.
1. Celur mi wantan dengan air panas dan toskan dengan air sejuk semula.
2. Gaulkan mi dengan baki kicap goreng ayam (Jika tidak cukup, tambah kicap yang sama untuk perap ayam).
3. Ketepikan mi.
4. Hidangkan mi tadi bersama ayam, dumpling, cili jeruk, sayur sawi celur dan sup perambat.
5. Siap untuk dihidangkan.
Cik Puan Ain berkongsi resepi mi wantan yang diperbuat sepenuhnya oleh beliau. Wantan, Sup, Chili Oil, Garlic Oil dan lain-lain dibuat mengikut citarasa beliau. Jom tengok satu persatu bahan dan cara memasaknya.
Bahan-bahan:
Cara Memasak:
1. Rebus mi selama 2 hingga 3 minit. Kemudian lalukan bawah air paip sambil cerai-ceraikan mi tersebut. Tapis dan keringkan.
2. Sediakan sos tiram, kicap pekat dan minyak bijan.
3. Kemudian gaulkan bersama mi tadi.
Bahan-bahan:
Cara Memasak:
1. Panaskan ½ cawan minyak.
2. Masukkan 3 atau 4 ulas bawang putih yang telah dicincang.
3. Masak bawang hingga kekuningan.
4. Kemudian masukkan ke dalam bekas tahan panas lalu ketepikan.
Bahan-bahan:
Cara Memasak:
1. Letak chili flakes ke dalam bekas tahan panas.
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Masukkan rempah sekawan, bawang putih dan daun salam.
4. Masak hingga naik bau.
5. Tutup api dan biarkan selama 5 minit. Kemudian tapiskan minyak ke dalam bekas berisi chili flakes tadi.
6. Gaul rata dan tambahkan sedikit garam.
7. Siap.
Bahan-bahan:
Cara-Cara Memasak:
1. Campurkan kesemua bahan dan hingga rata.
2. Letak isi ke dalam wantan pastri lalu balutkan.
Bahan-Bahan:
Cara Memasak:
1. Didihkan air.
2. Masukkan minyak bawang putih beserta bawang sekali.
3. Masukkan halia, daun bawang, pati ayam, lada sulah dan minyak bijan.
4. Kemudian masukkan garam.
5. Masukkan separuh wantan yang telah dibuat. Goreng separuh lagi wantan yang tinggal.
Resepi wantan mee dari Aryanie Shafie ini pula mengikut kuantiti dan citarasa bagi ibu-ibu yang sedang berpantang. Jika ada isteri yang sedang berpantang, apa kata anda buatkan mereka wantan mee ini sebagai menu lain selain nasi. Kadangkala makan nasi sepanjang tempoh berpantang pasti membuatkan sesetengah ibu jemu. Jom cuba resepi paling mudah ini.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Sangai bawang putih.
2. Masukkan kicap pekat dan kicap cair.
3. Masukkan sedikit air dan tumis sekejap. Kemudian masukkan mee yang di celur (jaga sukatan kicap jangan terlalu banyak dan jangan tambah garam di dalam masakan anda. Hal ini kerana kerana mi wantan kicap ini sudah masin disebabkan oleh sos kicap)
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Cincang isi ayam dan campur sedikit lada.
2. Kemudian ambil kulit wantan dan masukkan isi ayam tadi dan balut.
3. Goreng atau rebus separuh wantan yang telah siap.
Cara membuat sup wantan:
1. Rebus air hingga mendidih.
2. Kemudian masukkan sedikit wantan yang telah di balut sehingga masak dan biarkan hingga mendidih.
Resepi wantan mee terakhir ini dikongsikan oleh Nurul Ainie Haris di laman Facebooknya. Sekiranya anda menggemari wantan mee yang berkuah, ikuti resepi ini yang sangat mudah untuk dimasak. Walaupun kelihatan simple, namun pasti membuatkan anda bertambah lebih-lebih lagi dimakan sewaktu panas.
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak didalam kuali atau periuk yang sederhana besar. Tumis bawang putih sehingga naik bau kemudian masukkan air.
2. Masukkan kiub pati ayam dengan cara memecahkan kiub ayam dengan tangan sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Kiub pati ayam juga boleh digantikan dengan menggunakan air rebusan ayam.
3. Jika sudah menggunakan air rebusan ayam, masukkannya selepas menumis bawang putih tadi.
4. Masukkan wonton dan rebus wantan sehinga masak (cara mengetahui wantan sudah masak dengan membelah sedikit bahagian perut wantan untuk melihat isi ayam atau udang sudah masak).
5. Masukkan lada sulah dan garam. Masukkan sayur dan biarkan sehingga sayur masak seperti yang anda inginkan.
Mudahkan resepi-resepi wantan mee di atas? Ada yang mudah, ada yang memerlukan sedikit usaha dan ada resepi unik yang diolah. Yang pasti, anda tidak akan menyesal mencubanya.
Sesekali cuba makanan bangsa lain pasti membuatkan kita jatuh cinta dan berselera terhadap makanan tersebut. Menu ini sangat sesuai untuk seisi keluarga. Apa tunggu lagi? Jom beli bahannya sekarang dan cubanya sendiri. Selamat mencuba!
Sukakan resepi masakan orang Cina? Jom cuba buat sendiri makanan orang Cina yang sedap belaka. Pasti tak rugi cuba resepi seperti: