Minggu ni memang gila ikan bakar. Selepas ikan bakar Jalan Bellamy di belakang istana, kali ini jauh ke dalam di Sabak Awor. Sabak Awor ini terletaknya di Muar. Muar memang terkenal dengan beberapa tempat makan menarik seperti mee bandung, satay maharani, kopitiam dan lain-lain.
Medan ikan bakar ini mempunyai beberapa gerai yang menarik. Menurut sumber, yang paling menarik adalah Wak Jos Ikan Bakar Muar. Jadi kali ini jom terjah sini dulu untuk menikmati ikan bakarnya.
Apa yang menarik di sini?
Apabila disiasat tentang apa yang menarik untuk kedai Wak Jos Ikan Bakar Muar ini adalah :
-harganya sangat murah dan segar-segar
-ikan sikap masak stimnya sangat istimewa dan menarik
-sedap tetapi kena tunggu sedikit sebab ramai orang
Anda yang pernah datang ke sini ada pengalaman? Jika ada, janganlah kedekut untuk berkongsi. Jom review Wak Jos Ikan Bakar Muar ini. 🙂
Kredit gambar : Foursquare