Lamb chop antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Sebab itu banyak restoran western food kini dibuka. Menu utama pastinya lamb chop. Ada sebuah restoran western food yang menghidangkan lamb chop di Sungai Petani. Restoran yang terletak di Cinta Sayang Business Centre baru saja dibuka. The Fat Lamb Sungai Petani.

The Fat Lamb menawarkan menu masakan Western yang lain daripada kebiasaan. Dengan membawa menu yang menjadi signature restoran ini, iaitu The Fat Lamb Pilah Rice with Lamb Shank.

the fat lamb sungai petani

Ia sangat menarik perhatian orang ramai terutama yang tinggal di kawasan Sungai Petani. Dengan lokasinya yang strategik memberi aura menarik pelanggan yang tinggal disekitarnya. .

Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan bermula dari RM19.90 hingga RM49.90 dijamin rasa ‘authentic western’ yang sangat sedap.

Kredit juga diberikan terhadap tahap kebersihan yang memuaskan, dekorasi yang simple, dan servis yang sangat bagus oleh pekerja restoran yang sangat ramah.

The Fat Lamb Sungai Petani “Open Kitchen Restaurant”

Mengamalkan konsep dapur terbuka, The Fat Lamb Sungai Petani merupakan “Open Kitchen Restaurant” pertama di Utara. Kiranya boleh tengok chef masak di depan kita.

The Fat Lamb mengetengahkan menu “Western” dan “Fusion”. Ini termasuk menu yang terkenal di TFL iaitu menu western berasaskan lamb juga menu “western” untuk kanak-kanak. Ia antara restoran western di Sungai Petani yang sesuai untuk keluarga.

the fat lamb

Daging kambing daripada Lamb Chop sangat menyelerakan. Penggemar kambing pasti hirup sampai ke tulang.

Bukan setakat lamb, hidangan berasaskan ayam juga dihidangkan di sini. Anda boleh mencuba Chicken Parmigiana. Isi ayam yang berjus bersama keju yang banyak membuat anda tidak menyesal makan di The Fat lamb.

Chicken Parmigiana

Tidak lengkap jika restoran western food tak menghidangkan spaghetti. Spaghetti The Fat Lamb turut berada di dalam list menu.

spaghetti

Ramai pengunjung puas hati menikmati western food di sini. Memang kenyang sebab portionnya agak banyak. Harganya juga berpatutan. Cubalah ke sini ya!

Hendak Ke Sini?

burger

THE FAT LAMB

Owned & Operated by

Labo Labo F&B Sdn. Bhd.

Sungai Petani Outlet

A63, The Carnival Business Centre, Jalan 3A Cinta Sayang Resort Homes, 08000 Sungai Petani, Kedah, MALAYSIA. (Behind Koperasi Tentera)

GPS

5.666327,100.529295

Waktu Perniagaan

Buka: 6:00PM–12:00AM

Tutup: Rabu

Hotline / Tempahan

013-555 6568

Email

[email protected]

Website

thefatlamb.my

Facebook

The Fat Lamb

Kredit Gambar: Facebook The Fat Lamb

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.