Anda mungkin telah membuat perancangan untuk bercuti ke Bandung. Selain memiliki tempat membeli belah yang murah, Bandung juga memiliki tempat makan yang sedap dan halal.
Kebanyakan makanan di Bandung terdiri dari masakan Sunda dan Padang yang boleh anda cuba. Restoran yang disenaraikan ini ternyata menyajikan makanan yang enak serta tidak mengecewakan.
Jom ketahui 13 tempat makan best di Bandung yang kena cuba bila ke sana.
Restoran ini sangat terkenal di sekitar Bandung. Nama restoran yang bunyinya seperti nama Inggeris sebenarnya diambil dari perkataan Sunda.
Kalau anda nak tahu menu apa yang istimewa di restoran ini, ia menyajikan lalapan serta sambal goreng sunda yang sungguh lazat. Sate dan ayam bakar memang mencuit perasaan. Restoran ini mempunyai gazebo dua tingkat untuk para tetamu menjamu selera.
Anda boleh memilih untuk makan di gazebo atau pun di dalam bangunan restoran. Adalah disarankan kepada anda untuk menjamu selera di gazebo kerana suasananya lebih menarik.
Ia dibuka setiap hari mulai jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam dari hari Inin hingga Ahad.
Alamat : Jalan Raya Lembang, No. 121 Lembang, Bandung Barat
Boemi Mitoha antara restoran yang turut menyajikan hidangan masakan Sunda di Bandung ini. Ia juga sering menjadi pilihan ramai pelancong muslim terutamanya dari Malaysia.
Restoran ini pada awalnya diuruskan oleh pemilik restoran iaitu Boemi Mitoha, yang kemudiannya diteruskan oleh menantunya. Hasrat pemilik restoran ini adalah supaya hidangan yang menggunakan resepi yang diwariskan turun temurun dapat dirasai oleh para pelanggan yang datang menjamu selera.
Pelanggan yang datang menjamu selera pastinya terpikat dengan menu yang dihidangkan terutama sekali ayam bakarnya. Anda juga boleh mencuba aiskrim durian ala minantu yang begitu mengliurkan. Ternyata semua begitu enak serta berbaloi singgah makan di sini.
Waktu operasi restoran ini bermula sekitar jam 10.00 pagi hingga jam 10.00 malam setiap hari Isnin hingga Ahad.
Alamat : Jalan Ciliwung, No 15, Cihapit, Bandung Wetan, Bandung
Kalau anda nak tahu, Restoran Sa Sederhana Masakan Padang antara restoran yang mempunyai banyak cawangan di sekitar Indonesia. Ia juga menjadi restoran kegemaran ramai termasuk pelanggan tempatan dan pelancong asing.
Konsep makan di restoran ini adalah setiap lauk – pauk akan diletakkan di dalam piring kecil. Anda akan hanya dikenakan bayaran sekiranya lauk dalam piring tersebut disentuh atau pun telah luak isinya.
Pastikan anda telah membuat pilihan untuk memilih lauk yang mana satu untuk dimakan, takut – takut kena bayar semua hidangan yang telah terusik. Adalah lebih baik anda menjamu selera di sini pada sebelah siang kerana lauk pauknya lebih segar berbanding pada waktu malam.
Ia dibuka setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Anda yang datang ke Bandung, boleh mencuba hidangan di sini awal pagi.
Alamat : Jalan W.R. Supratman, No. 41, Cihapit, Bandung
Sebaik sahaja anda tiba di lokasi ini, pastinya anda terkesima dengan landskap dan rekabentuk restoran ini. Ia kelihatan mendamaikan, pastinya anda dapat menjamu selera sambil menikmati pemandangan yang sungguh menenangkan.
Tambahan pula ia dikelilingi tumbuhan menghijau menjadi tarikan yang begitu mempesonakan. Lokasi restoran pula terletak berhampiran Lembang. Jadi, anda boleh datang menjamu selera di sini selepas melawat sekitar Lembang.
Setiap hari Isnin hingga Ahad ia dibuka mulai jam 11.00 pagi. Ia ditutup pada jam 11.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat. Manakala padi hari Sabtu dan Ahad ia ditutup pada jam 12.00 tengah malam.
Alamat : Villa Triniti, Jalan Sersan Bajuri, KM 4.7 Cihideung, Cigugur Girang, Parongpun, Bandung
Tidak jauh dari pusat membeli belah di Bandung, terdapat sebuah restoran yang boleh anda singgah untuk mengisi perut yang kelaparan. Restoran Sangkuriang memiliki taman permainan mini untuk kanak – kanak bermain.
Dekorasi restoran ini menggunakan ciri – ciri Bali yang begitu menekankan nilai – nilai kesenian. Restoran ini menyajikan sajian khas Indonesia dan juga sajian Thailand.
Anda boleh mencuba ayam menteganya yang begitu enak. Anak – anak kecil juga pasti menggemarinya kerana ianya tidak pedas. Sup ikan juga sesuai dijadikan pilihan anda.
Terdapat ikan bakar sizzling yang menggamit hati tambahan pula dimakan bersama sos yang disediakan. Udang goreng tepung juga tidak kurang hebatnya. Rangup betul !
Anda boleh menjamu selera pada waktu tengahari atau pun malam. Ia dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.
Alamat : Jl. Karangsari, No. 5, Bandung, Jawa Barat, Indonesia
Kedai Belacan ini mungkin boleh dimasukkan dalam senarai restoran yang boleh anda cuba jika melancong ke Bandung. Terdapat ruangan yang berpendingin udara yang begitu selesa untuk anda menjamu selera.
Sememangnya banyak menu yang boleh anda cuba di sini. Antaranya adalah pepes ikan yang menggunakan ikan segar. Boleh juga mencuba rusuk bakar sizzling nya yang cukup memuaskan hati. Sudah pasti sedap hingga menjilat jari.
Lodeh nya juga cukup menyelerakan dengan kuahnya yang pekat dan menawan. Setiap hari ia dibuka mulai 10.00 pagi hingga 11.00 malam.
Alamat : Jalan Halmahera No 4, Bandung 40115
Bagi anda yang agak kebosanan dengan hidangan masakan Indonesia setelah beberapa hari di Bandung, anda boleh mencuba hidangan barat di sini. Stone Café ini terletak atas bukit yang membolehkan anda menikmati pemandangan indah.
Café ini kelihatan begitu ringkas namun tidak mengecewakan dari segi hidangannya. Anda boleh memesan spaghetti, ribs, soft shell crab with rice, fish and chip dan banyak lagi.
Ia dibuka setiap hari mulai jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam.
Alamat : Dago, Coblong, Jalan Raya Ranca Kendal Luhur No.5, Ciburial, Cimenyan, Bandung, Jawa Barat 40198, Indonesia
Resto Karamba ini menyajikan pelbagai hidangan tradisional Indonesia. Antara yang boleh anda cuba adalah nasi timbel, sup sapi (daging lembu) bersama nasi putih, ayam bakar, nasi ayam penyet dan banyak lagi.
Sambal belacan yang disediakan di sini cukup enak rasanya. Ia sempurna dari segi rasa pedas dan masinnya. Pasti anda akan memesan sambal belacan tambahan kerana sambalnya begitu menyelerakan.
Anda juga kena mencuba nasi goreng petai yang terdapat di sini kerana bumbunya begitu terasa. Pastinya anda akan dapat merasai sendiri keenakannya.
Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam.
Alamat : Jl. Sultan Tirtayasa No.26 Bandung 40115
Perut yang lapar sudah tentu ingin diisi segera. Tidak mahu memandu jauh dari bandar tetapi masih ingin menikmati pemandangan sekitar Bandung, datanglah ke Sierra Cafe and Lounge. Ia terletak di kawasan pelancongan Tebing Keraton di Bukit Dago.
Tempat yang begitu sempurna dan indah untuk berhenti seketika sambil menikmati pemandangan panorama menarik. Kawasan luarannya yang luas dikelilingi oleh bandar Bandung, membolehkan anda menikmati makan tengah hari yang lazat sambil menikmati udara sejuk dari bukit. Jangan lepaskan peluang untuk mengambil beberapa gambar yang indah juga!
Antara hidangan yang terdapat di sini terdiri dari makanan Barat, hidangan Asia, dan juga makanan Indonesia tradisional. Anda boleh memilih dari US Sirloin Steak, Salmon Teriyaki Don hingga ke Ayam Betutu Bali.
Pencuci mulut yang menyelerakan patut anda cuba di sini. Brownie dan Ice Cream pastinya menyeronokkan hari anda. Harga makanan pula adalah sangat berpatutan dengan makanan yang dihidangkan pula begitu enak sekali.
Tidak hairanlah tempat ini menjadi tempat makan kegemaran setiap pelancong. Ia dibuka setiap hari mulai jam 10.00 malam hingga 11.00 malam.
Alamat: Jl. Bukit Pakar Timur 33, Ciburial
Menjamu selera di Lutung Kasarung pastinya memberi pengalaman berbeza buat anda. Ia terletak di taman rekreasi keluarga Dusun Bambu, Lutung Kasarung menawarkan pengalaman unik dengan restoran gantung yang terletak di tengah-tengah hutan!
Dari luar, anda dapat melihat bola gantung yang dihiasi dengan cabang dan daun, sehingga kelihatan seperti sarang burung. Struktur aneh ini sebenarnya adalah ruang makan untuk tetamu! Bahagian luar mungkin kelihatan sedikit kasar, tetapi jangan risau, bahagian dalamnya seperti sebuah restoran.
Lutung Kasarung menyajikan pelbagai hidangan, dari makanan Sunda hingga makanan tradisional dari daerah lain din Indonesia seperti Pempek Palembang (Sumatera Selatan). Sekiranya anda tidak mahu makanan yang berat, cubalah Tempe Mendoan (tempe goreng dihidang bersama kicap manis dan pedas). Ia adalah salah satu makanan ringan yang paling disukai di Indonesia.
Terdapat mee kocok, nasi ayam, pempek dan banyak lagi menu Indonesia di sini. Pada hari Isnin hingga Jumaat ia dibuka mulai jam 10.00 pagi namun pada hujung minggu ia dibuka lebih awal iaitu mulai jam 9.00 pagi.
Alamat: Jalan Kolonel Masturi KM 11 Cisarua, Bandung Barat
Selain Lutung Kasarung, terdapat sebuah lagi restoran yang terdapat berhampiran taman rekreasi keluarga Dusun Bambu ini. Ia dikenali dengan nama restoran Purbasari Saung.
Ia menawarkan pengalaman bersantap yang berbeza dengan gaya ‘lesehan’ mereka. Lesehan adalah adat tradisional untuk makan di atas lantai tanpa kerusi. Ia juga dikenali sebagai sebahagian daripada budaya Indonesia.
Sesetengah makanan lebih baik menikmati cara lesehan, terutamanya hidangan Sunda. Secara tradisinya, hidangan Sunda terkenal dengan kesederhanaan mereka dan banyak ‘lalapan’ (sayuran mentah dimakan dengan sambal).
Makanan Sunda yang paling sederhana namun popular di sini ialah nasi timbel, iaitu nasi putih biasa yang dilipat dalam daun pisang dan disajikan dengan ayam goreng, ikan, tofu, tempe, dan tentu saja lalapan dan sambal. Restoran ini merupakan pondok kayu yang terapung di tasik kecil.
Setiap pondok mempunyai teres sendiri yang menghadap ke tasik yang memberikan pemandangan indah untuk waktu makan tengah hari! Pastinya menyeronokkan makan di sini.
Paling awal restoran ini dibuka mulai jam 9.00 pagi iaitu menjelang hujung minggu. Namun pada hari – hari biasa ia dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Alamat: Jalan Kolonel Masturi KM 11 Cisarua, Bandung Barat
Bandung sememangnya memiliki kecantikan yang tersendiri. Ia turut dikenali dengan nama Paris van Java. Orofi Cafe ini terletak di atas bukit di Santorini.
Kafe ini membolehkan pemandangan sekitar Bandung dilihat dari atas bukit. Pada hari yang cerah, anda juga dapat melihat keindahan gunung sebagai latar belakang bandar. Konsep terbuka di kafe membuat ruang makan disinari cahaya matahari di siang hari.
Orofi Cafe menyajikan hidangan barat seperti pasta dan pizza. Paling menarik adalah Pizza Beak Crunchy yang menggunakan kerepek kentang sebagai topping. Kelainan ini membuatkan pizza disini begitu digemari ramai.
Setiap hari ia dibuka mulai jam 11.30 pagi hingga 11.00 malam.
Alamat: Jl. Lembah Pakar Timur 99, Dago Pakar, Ciburial
Jika anda melawat ladang teh di Lembang, jangan lepaskan peluang menjamu selera di Dulang Resot & Resto ini. Ia terletak di tengah – tengah ladang teh tersebut. Ladang teh merupakan identiti semulajadi di Lembang.
Kedudukan restoran yang menghadap ladang teh, menyajikan anda pemandangan hijau yang begitu indah. Tambahan pula udaranya sejuk dan juga segar. Restoran ini menyajikan hidangan Sunda.
Terdapat lalapan, sambal, dan pelbagai jenis lauk pauk bergoreng yang boleh anda pesan di sini. Hidangan barat juga turut disajikan. Anda juga boleh mencuba Sate Maranggi, iaitu sate daging tradisional.
Ia diasinkan dalam soya manis dan sos kelapa, kemudian dipanggang menggunakan api arang. Sangat sedap dimakan bersama nasi dan acar, dan pastinya memenuhi selera makan anda.
Dulang Resort & Resto ini dibuka 24 jam sehari dan anda boleh datang pada bila – bila masa sahaja.
Alamat: Pagerwangi, Lembang
Untuk menikmati hidangan yang enak, pastinya ada tegar untuk sampai ke puncak bukit. Cocorico Cafe & Bistro ini terletak di puncak bukit menawarkan pemandangan indah sekitar Bandung. Kafe tiga tingkat ini terkenal dengan taman mini di atas bumbung di tingkat tiga.
Cocorico memberikan pemandangan Bandung yang sempurna pada waktu siang atau malam dengan suasana yang berangin. Setiap tingkat memberikan suasana yang berbeza. Bangunan kafe direka bentuk dengan cara yang membolehkan para tetamu mempunyai banyak tempat tontonan.
Selain taman di atas bumbung, tingkat kedua juga merupakan tempat popular untuk melihat pemandangan atau menikmati udara sejuk. Bukan sahaja terdapat pemandangan indah, menu hidangan di sini juga cukup menakjubkan.
Cocorico menyediakan makanan ringan seperti Cireng (kek nasi goreng yang lazat). Hidangan utama di sini adalah Beef Ribs Soup, jus yang menyegarkan serta smoothies untuk menghilangkan dahaga anda.
Waktu operasi Cocorico adalah mulai jam 11.00 pagi hingga 12.00 malam.
Alamat: Jalan Bukit Pakar Timur 29, Ciburial
Inilah sahaja restoran halal yang dapat disenaraikan. Anda pastinya sudah tidak sabar untuk berkunjung ke Bandung yang dipenuhi dengan tempat menarik serta tempat membeli belah yang murah. Trip percutian anda pastinya lebih mudah dengan adanya senarai restoran halal yang boleh dikunjungi ini.