Bali antara destinasi pelancongan yang sering menjadi pilihan ramai kerana memiliki keunikan yang tersendiri. Bagi yang bakal bercuti di Bali untuk berbulan madu dan juga percutian santai, jangan gusar tentang tempat makan yang halal di Bali. Artikel ini akan mengupas, tempat – tempat makan halal, malah enak serta berbaloi dengan harganya. Mari kita lihat senarai tempat makan yang harus anda cuba ketika berada di Bali.

#1 Café De Dapoer

Nasi Campur Tamblingan

Imej via facebook

Restoran ini terletak di sebuah kampung pelancongan Sanur menampilkan konsep yang begitu unik. Dekorasinya cukup menarik kerana menggunakan pelbagai barangan antik yang sukar ditemui masa kini. Pelbagai menu istimewa boleh anda cuba seperti Nasi Campur Tamblingan, Sate Campur Kang Akhbar, Mee Bola Bakar Sanuran serta minuman yang menyegarkan seperti Virgin Strawberry Mojito, Green Teashake, Sarsapharilla Lemonade dan juga jus Healthy. Pisang goreng juga boleh anda cuba sebagai pencuci mulut. Restoran ini bertentangan dengan cafe Jimbar Lagenda serta menghadap lebuh raya Lake Tamblingan. Dibuka setiap hari mulai jam 6.30 pagi hingga jam 12.00 tengah malam.

Alamat : Jalan Danau Tamblingan 136 Denpasar, Bali, 80228 Indonesia

#2 Bale Udang Mang Engking

Nasi Campur

Imej via facebook

Restoran ini telah mula beroperasi sejak tahun 2009 menampilkan suasana Bali yang begitu mendamaikan. Hidangan utama di sini adalah berasaskan udang di mana pengunjung boleh menikmati hidangan udang segar dari kolam. Sambil bersantap anda ditemani dengan percikan air dari kolam diiringi muzik instrumental yang pastinya menenangkan. Bale Udang Mang Engking ini bukan sahaja sebuah restoran malah ia juga merupakan taman rekreasi sesuai untuk seisi keluarga. Jika datang ke Bali, anda boleh mencuba pelbagai hidangan menarik di sini yang berasaskan udang, sotong, ayam, itik, daging lembu serta sayuran yang dimasak dengan resepi asli masyarakat Bali. Bale Udang Mang Engking ini pernah memenangi anugerah“Bali Tourism Awards 2015-2016 in Bali’s Leading Thematic Restaurant”. Ia dibuka setiap hari mulai jam 11.00 pagi hingga jam 10.00 malam.

Alamat:  Jln. Nakula No.88 Sunset Road, Kuta 80361, Bali

#3 Warung KKN  

Nasi Tumpeng

Imej via facebook

Warung ini menyajikan pelbagai masakan asli tempatan masyarakat Bali sejak 17 tahun yang lalu. Mendapat sijil pengiktarafan dari Majlis Indonesia (MUI) membolehkan anda menikmati semua hidangan di sini tanpa ragu. Antara menu yang wajib anda cuba adalah Nasi Tumpeng yang sememangnya awesome lah !. Ia dibuka setiap hari mulai jam 11.00 pagi hingga jam 10.30 malam dan sering mendapat perhatian ramai.

Alamat: Jl Danau Buyan No.36 Sanur, Bali

 #4 Warung Nasi Pedas Ibu Andika

Nasi Campur

Imej via facebook

Nasi Pedas Ibu Andika ini menyajikan pelbagai makanan dan lauk pauk yang tersedia untuk para pelanggan yang datang. Anda boleh memilih sebarang lauk pauk yang ingin dinikmati bersama nasi putih. Warung ini popular dengan sambalnya yang pelbagai sungguh menyelerakan. Kepedasan sambal yang disajikan tiada tandingannya di sini. Warung ini dibuka 24 jam sehari pastinya memudahkan anda untuk menjamu selera di sini ketika lapar.

Alamat: Jalan Raya Tuban No.120C, Tuban, Bali

#5 Restoran Ayam Tulang Lunak Malioboro, Kuta

Nasi Ayam Tulang

Imej via thetravellingham

Pastinya anda tidak sabar untuk menjamu selera sebaik sahaja tiba di Bali, Indonesia ini. Jika sedang lapar, anda boleh singgah ke Restoran Ayam Tulang Lunak Malioboro, Kuta ini. Jaraknya dengan lapangan terbang cuma 15 minit pemanduan. Kedatangan anda ke restoran ini akan disambut dengan penyambut tetamu persis seorang bodyguard. Antara menu yang boleh anda nikmati di sini adalah Ayam Presto Cabai Merah yang membawa maksud pressure cooked chicken. Rasa hidangan ini cukup enak dengan isi ayam yang cukup lembut dan tulang ayam tersebut juga boleh dikunyah tanpa masalah. Harga adalah berpatutan dengan hidangan yang disajikan buat anda. Restoran ini dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

Alamat : Jalan Raya Kediri No. 50 I, Kuta, Bali 80361, Indonesia

#6 Warung Kampong Pedas, Nusa Dua

Warung Kampung Pedas

Imej via facebook

Bagi yang berada di sekitar Melasti Beach, pastikan anda mencuba hidangan di Warung Kampung Pedas yang berada di Nusa Dua. Jarak Nusa Dua ini dengan Melasti Beach cuma 20 minit sahaja. Warung ini menyajikan hidangan masakan tengahari yang menyelerakan. Ramai pelancong luar menjamu selera di sini. Pelbagai menu terhidang membuatkan anda sukar memilih yang mana satu menjadi pilihan. Rambang mata dibuatnya. Hidangan ayam bakar madu dan juga ayam kuah pedas adalah sangat disarankan. Rasanya yang superb, malahan juga pedas pasti membuka selera. Sambalnya juga enak tidak terperi. Warung ini dibuka setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari.

Alamat : Jl. Dharmawangsa No.18, Benoa, Kuta Sel., Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia

#7 Wong Solo Kuta

Wong Solo

Imej via facebook

Jika di Malaysia terdapat Wong Solo, di Indonesia sudah semestinya. Apa kata anda mencuba hidangan Wong Solo Kuta pula. Wong Solo Kuta ini agak besar dengan bangunan dua tingkatnya membuatkan ia selesa menerima kunjungan ramai. Restoran ini juga menyediakan surau untuk kegunaan para pelanggan. Pilihan menu juga agak banyak. Anda boleh mencuba Ayam Penyet bersama sambal yang sememangnya sedap. Harga makanan di sini juga agak murah berbanding di tempat lain. Sedap dan murah sudah tentu menjadi pilihan ramai. Setiap hari restoran ini dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 malam

Alamat : Jalan Raya Kuta No.87, Kuta, Kota Denpasar, Bali 80361, Indonesia

#8 Nasi Ayam Kedewatan Ibu Mangku

Nasi Ayam

Imej via facebook

Sejak tahun 1960-an lagi, restoran ini telah memulakan operasinya. Ia menawarkan hidangan berasaskan ayam sahaja buat santapan pelanggan. Namun, hidangan ayam ini disajikan dalam menu yang berbeza. Terdapat pelbagai jenis menu iaitu ayam cincang, ayam betutu, pepes urap ayam, sate lilit ayam dan banyak lagi. Setiap resepi hidangan menggunakan rempah ratus Bali bagi mengekalkan tradisi makanan yang disajikan. Pelanggan boleh memilih hidangan yang semestinya menyelerakan ini. Restoran ini dibuka mulai jam 8.30 pagi hinggan jam 7.00 malam dan semestinya menjadi tumpuan ramai setiap masa.

Alamat : Jl. Raya Kedewatan No. 18 Kedewatan Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali.

#9 Warung Pak Bagong

Ikan Tilapia

Imej via facebook

Kedatangan anda tidak akan lengkap sekiranya tidak menikmati hidangan ikan tilapia di Warung Pak Bagong ini. Ia menyediakan hidangan ikan tilapia yang diperap dengan pelbagai rempah ratus yang begitu menyelerakan. Ikannya yang dihidangkan juga tidak berbau hanyir atau berbau tanah. Pastinya anda dapat menikmatinya tanpa rasa mual.  

Alamat : Jl. LC Subak Aya Kabupaten Bangli, Bali

#Kesimpulan

Percutian ke Bali sudah pastinya menyeronokkan. Tambahan pula dapat mencuba serta menikmati hidangan masyarakat Indonesia di Bali yang ternyata cukup menyelerakan. Restoran yang disenaraikan ini sudah pasti dapat membantu anda membuat pilihan terbaik untuk menjamu selera.

Pastikan anda tidak melepaskan peluang mencuba makanan yang lazat di Bali, Indonesia.

Penulis: Itawrah

Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.