Mencari tempat makan best di Putrajaya? Sememangnya Putrajaya tempat makan best dan menarik untuk dikunjungi. Dari gerai biasa sehinggalah restoran yang gah namanya akan kami kongsikan dalam artikel ini.
Sekadar info, setakat ini kami senaraikan 35 kedai makan Putrajaya. Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Jadi, teruskan membaca!
Satu-satunya kafe yang menawarkan pengalaman unik dan best semestinya Ekues Kabin Café. Buat mereka yang tidak tahu, Ekues Cabin Café terletak di persekitaran kandang kuda. Kafe ini berkonsepkan ruang terbuka dimana pengunjung akan makan di luar kafe yang dikelilingi pokok yang rendang.
Apa menu menarik di sini? Semestinya nasi lemak telur bungkus, roti pratha yang dicicah bersama kari ayam, French toasted with beef strip dan pelbagai menu lain menanti anda.
Lepas makan jangan lepaskan peluang untuk menunggang kuda dengan bayaran RM 10 hingga RM 15 sahaja. Jika bawa anak-anak pasti mereka lebih seronok. Setiap sudut di kafe ini memang istagrammable!
Lokasi: Taman Ekuestrian, Jalan Kandang Kuda, Presint 5, 62000 Putrajaya
Waktu operasi: Selasa-Jumaat (9.00 am-7.00 pm) | Sabtu & Ahad (8.00 am-7.00 pm)
Antara tempat makan di Putrajaya yang terkenal dan berbaloi untuk dikunjungi adalah Smoked Kingdom by dondaniyal. Jika anda mencari tempat makan yang menghidangkan makanan barat yang pelbagai dan sedap, ini tempatnya!
Crispy Chicken Burger, Waffle Chocolate, Meatball and Pomodoro, Mac & Cheese dan Pesto Pasta antara menu yang perlu anda cuba. Bawa sekali bersama anak-anak kerana restoran ini turut menyediakan menu khas buat mereka. Tak cukup dengan itu, bagi mereka yang mempunyai tekak dengan selera tempatan, jangan lupa cuba Set Asam Pedas Melaka.
Alamat: B1-G-1 Presint 8 Ayer 8, Putrajaya
Waktu operasi: Setiap hari (12.00 pm-10.30 pm)
Teringin nak makan makanan Chinese seperti dumpling, mee sup dan sebagainya di Putrajaya tetapi tak tahu nak cari restoran yang halal? Datang saja ke That’s Dumpling yang merupakan restoran milik Chinese Muslim yang menghidangkan aneka menu Chinese yang sedap belaka.
Menu utama semestinya dumpling atau ladu. Dua jenis ladu yang boleh dicuba samaada Dry Dumpling mahupun Fried Dumpling. Bukan itu sahaja, empat pilihan sup ditawarkan untuk dimakan bersama ladu iaitu Thin Soup, Hot Sour Soup, Seaweed and Egg Soup dan Egg with Tomato Soup.
Menu lain yang perlu anda cuba adalah Rice with Braised Beef & Potato, Spicy Fried Chicken & Potato dan Rice with Blackpaper Chicken Chop.
Alamat: No 67GA, Ground Floor, Jln Diplomatik, Presint 15, 62050 Putrajaya
Waktu operasi: Setiap hari (10.30 am-10.39 pm)
Zara Barn Thai merupakan pilihan tempat makan yang tepat buat mereka yang mengidamkan makanan asli Thai. Terletak di Presint 4, mereka menghidangkan pelbagai jenis sarapan, menu makan tengah hari serta makan malam.
Jika anda datang untuk bersarapan, anda perlu cuba Chicken with Dried Chilli bersama Crashew Nuts dipadankan dengan Hot Thai Milk Tea. Untuk menu tengahhari pula, kombinasi Nasi Goreng Tom Yum Ayam bersama Ayam Pandan dan air Iced Thai Milk Tea sangat padu! Untuk makan malam pula, tidak sah jika tidak merasai Hotpot Tom Yum Ayam yang dimakan bersama nasi panas, kerabu mangga dan tumis kangkung.
Alamat: No 13, Jalan P4W, Galeria Pjh, Presint 4, Putrajaya
Waktu operasi: Setiap hari (11.00 am-10.00 pm)
Berada di aras bawah IOI City Mall, jika sudah penat membeli-belah apa kata anda singgah makan di Maison Villa. Hidangan yang disediakan memang unik kerana mereka menyajikan menu moden dari kawasan Mediterranean seperti di Itali, Sepanyol, Perancis, Croatia dan Greece.
Antara menu yang anda perlu cuba adalah We-Wheel-Rock You Parmesan Pasta dan Have You Ever Seen The Nasi Banjir with Ayam Kunyit. Untuk dessert dan minuman yang pasti membuat anda terpukau adalah Boney-M(oo), Yuzu Orange, Cucumber Lemonade dan Because Of You Falafel.
Alamat: GE-201, Ground Floor, AI Fresco, IOI City Mall, Putrajaya
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-10.00 pm)
Selain di Cyberjaya dan Shah Alam, 10 Gram juga mempunyai cawangan di Presint 8, Putrajaya. Seperti kafenya yang lain, konsep kafe di sini juga cantik dan instagrammable.
Menu di sini adalah menu tempatan dan pelbagai menu barat. Nasi Lemak Classic, Ground Beef Cheese Fries, Spring Greens With Grilled Chicken Cube dan Beef Patty Burger.
Alamat: No. A1-G-1 Block A1 Floor, G Ayer@8, Phase 8c1, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-11.00 pm)
Port nasi kandar terbaik semestinya di LC Line Clear yang terletak di Presint 15. Restoran ini memang terkenal di kalangan penggemar nasi kandar yang tinggal di Putrajaya. Makan nasi kandar bersama kuah kari yang pekat dan berlaukkan ayam goreng bawang lebih mantap.
Bukan nasi kandar sahaja yang surr, malah mee goreng sotong dan naan cheese juga menu wajib yang perlu dicuba jika ke sini.
Alamat: 14 & 16, Jalan Perak P15, Presint Diplomatik, Putrajaya
Waktu operasi: Setiap hari (7.00 am-2.00 am)
Pernah lihat video tular mengenai Lamb Flip Challenge yang pernah tular? Trend ini bermula di Suki-Ya dimana daging yang dikepit dengan chopstick lalu diputar sehingga menggulung pada chopstick tersebut. Makanan ini menjadi kegemaran ramai sehingga sekarang.
Jika makan di Suki-Ya anda perlu tahu bahawa harganya berlainan untuk makan tengah hari bermula 11.00 pagi hingga 5.00 petang, makan malam bermula 5.00 petang hingga 10.00 malam serta hari minggu dan hujung minggu. Terdapat enam jenis sup pilihan iaitu Shabu Shabu, Kimuchi, Sukiyaki, Mala Miso, Miso dan Tomato.
Alamat: Ioi City Mall, L2-38 & 39, Level 2, Ioi City Mall, Lebuh Irc, Ioi Resort City, 62502 Putrajaya
Waktu operasi: Setiap hari (11.30 am-9.30 pm)
Kedai steamboat yang terkenal dengan keenakan menu di Putrajaya semestinya Pappa Steamboat and Grill yang terletak di Presint 15. Jika anda mahu makan di sini, anda digalakkan membuat tempahan dahulu terutama sewaktu hujung minggu kerana kedai ini sering dipenuhi pengunjung.
Steamboat di sini mempunyai dua pilihan sup iaitu Plain Soup dan tom yum. Harga yang ditawarkan memang berbaloi dengan pelbagai bahan dan menu tambahan yang disediakan.
Alamat: W.P, 2, Jalan Diplomatik 2/1, Presint 15, 62050 Putrajaya
Waktu operasi: Selasa-Ahad (5.00 pm-11.00)
Pecinta makanan Sarawak yang berada di Presint 15, jangan lupa rasai keenakan makanan Sarawak seperti Laksa Sarawak, mee jawa dan Mee Kolok di sini. Rasanya memang asli dan sedap. Jika mahukan menu bernasi, apa kata cuba Nasi Kukus Ayam Dara.
Alamat: 4, Jalan Perak, Presint 15, 62050 Putrajaya
Waktu operasi: Setiap hari (9.00 am-10.00 pm)
Alamat: Jalan P8G, Presint 8, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 12 am
Kedai tomyam memang mudah didapati, terutamanya di kawasan bandar seperti Putrajaya. Namun, tak semuanya menyediakan tomyam yang menggunakan resepi Thai asli.
Jika anda peminat tegar tomyam, anda wajib singgah di restoran Thai Tomyam Kung Ayer ini. Rasa tomyam yang asli dan ‘kaw’ membuatkan ramai pelanggan ketagih dengannya.
Selain tomyam, masakan Thai lain seperti ayam gajus, telur dadar ala Thai dan sayur kangkung belacan juga turut disediakan. Alang-alang ke sini, pesan sahaja kesemua ini sekali!
Alamat: Jalan P16, Presint 16, 62150 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu operasi: 24 jam
Restoran Darussalam ini ada dua cawangan di Putrajaya, dan salah satunya ialah di Presint 16. Jika anda ingin ke restoran mamak yang bukan sahaja menyediakan makanan yang sedap, malah terjaga kebersihannya, sinilah tempatnya.
Antara menu yang wajib anda cuba ialah nasi kandar, roti canai, ayam tandoori, sup ayam dan kari kambing. WiFi juga turut disediakan, bolehlah anda makan sambil menyiapkan kerja. Jangan lupa teh tariknya juga!
Alamat: 44, Jalan Diplomatik 3/1, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis (11 am – 11:30 pm) manakala Jumaat – Ahad ( 11 am – 12 am)
Sukakan makanan Arab? Restoran Mr. Kabab & Biryani ini merupakan restoran makanan Arab yang paling terkenal di Putrajaya. Sebut sahaja namanya pada orang Putrajaya, pasti mereka pernah terdengar namanya.
Antara menu yang boleh anda cuba jika ke sini ialah kebab. Ada beberapa jenis kebab yang disediakan, namun beef kebab merupakan antara yang terlaris.
Kalau dah nama pun restoran makanan Arab, semestinya nasi mandy turut disediakan. Ada beberapa lauk yang boleh anda pilih. Kami sarankan anda cuba ayam atau kambing, dijamin sedap!
Alamat: Jalan Perak P15, Presint Diplomatik, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm
Anda pasti pernah terdengar nama restoran Nasi Lan Kedah jika anda pencinta nasi kandar, bukan? Beroperasi sejak 1982, restoran ini ada beberapa cawangan di negara kita, dan Putrajaya ialah salah satunya.
Nasi kandar merupakan menu utama yang disajikan di restoran ini. Lauk yang kerap dipilih ialah sambal sotong, ayam goreng, telur sotong dan ikan goreng. Sedap tak terhingga!
Alamat: Jalan P8e2/10, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi : 11 am – 11 pm
Gemarkan makanan Arab dan makanan Barat? Motto restoran ini juga jelas terpampang perkataan ‘Authentic’, jadi menu di sini juga asli resepinya, memang terbaik!
Menu-menu yang boleh anda cuba ialah kebab ayam dan nasi mandy. Untuk nasi mandy, kami cadangkan agar anda cuba nasi mandy kambing.
Isi dagingnya yang lembut dan juicy pasti akan bikin anda terpikat dengannya. Saiz hidangan juga besar, jadi kalau makan dalam keadaan perut kosong pun pasti akan kenyang!
Alamat: Presint 14, 62050 Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 5 pm – 12.30 am
Sukakan makanan laut? Walaupun ada banyak restoran yang menyediakan makanan laut sekitar Putrajaya, tak semua mampu menandingi Sofina Seafood setakat ini.
Restoran ini sentiasa ramai pelanggannya, jelas membuktikan yang ianya bukan calang-calang restoran makanan laut. Kesegaran makanan laut yang disediakan turut diakui ramai.
Anda juga boleh memilih cara masakan kegemaran anda. Siakap stim limau, kerang bakar, sotong goreng tepung dan tomyam merupakan menu yang anda patut cuba.
Alamat: Jalan P8c, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 11 pm
Jika anda berada sekitar Presint 8, antara tempat makan yang boleh anda singgah untuk menikmati pelbagai jenis genre makanan ialah Medan Selera Putra Kenari.
Imej via Foursquare
Medan selera ini mempunyai banyak gerai yang menawarkan pelbagai jenis hidangan. Antaranya ialah char kuey teow, ayam potong, nasi campur, nasi lemak dan roti canai. Sangat beraneka!
Alamat: Presint 2, 62100 Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 11 pm
Untuk sarapan atau makan petang, menu apa yang menjadi pilihan anda? Semestinya menu tempatan seperti nasi lemak, kuah-muih dan cucur menjadi pilihan, bukan?
Untuk itu, singgah sahaja di Umai Cafe untuk menikmati menu tempatan yang enak-enak. Antara yang wajib anda cuba ialah lempeng kelapa, nasi lemak dan cekodok pisang.
Alamat: 27, Jalan P8G1, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 2 am
Siapa sahaja yang tidak sukakan tomyam? Boleh dikatakan ramai orang Malaysia memang menggemari makanan Thai, terutamanya tomyam.
Untuk emnikmati sajian Thai yang asli dan enak, singgah sahaja menajmu selera di Medina Thai Tomyam.
Imej via Foursquare
Menu-menu yang boleh dipesan ialah sotong tiga rasa, siakap stim limau, udang masak paprik, daging masak gajus dan tomyam ayam. Lebih enak dinikmati beramai ramai!
Alamat: Jalan P8G, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajayat
Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 am – 10 pm
Ada yang sukakan hidangan shell out? Hidangan ini memang sangat terkenal di negara kita dan ianya boleh didapati di setiap negeri.
Di Putrajaya, antara restoran shell out yang boleh dituju ialah restoran Shell Out Putrajaya. Restoran ini memang popular sekitar sini dan sentiasa dibanjiri oleh ramai pelanggan.
Imej via Foursquare
Jenis makanan laut yang digunakan memang beraneka dan segar. Kuah untuk hidangan shell out juga turut dipuji pelanggannya. Sedap, kami berani jamin!
Alamat: Jalan Seluang P8/7, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 10 pm
Mengidamkan hidangan Cina yang berasal dari Xinjiang? Salah satu tempat makan di Putrajaya yang menyajikan hidangan tersebut ialah restoran Salam Noodles Bazaar 8 yang terletak di Presint 8.
Imej via Foursquare
Hidangan yang boleh anda cuba ialah mi tarik, kebab kambing, mi kari ayam dan mi sup kambing. Bukan sahaja asli resepinya, malah enak dan cocok dengan citarasa ramai.
Alamat: Jalan P9e, Presint 9, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 10 pm
Pelbagai menu makanan anda boleh makan di sini. Tempat yang menarik untuk bersarapan pagi dan menjadi tempat pilihan warga Putrajaya. Apa yang penting semuanya bergantung pada pilihan perut anda.
Apa yang unik di sini? Tentu sahaja kami ingin bercerita tentang Kacang Pool Larkin Johor. Ada juga yang mengatakan yang ianya seenak di Johor.
Jadi, tak perlu susah-susah ke Johor untuk mencuba menu-menu tersebut. Selain itu, lontong sambal sotong oleh Ahmad’s Corner juga ada di sini untuk dicuba.
Alamat: Presint 4, 62100 Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 10.30 am – 10.30 pm
Tempat makan ini juga boleh anda singgah- Padi House. Suasana yang santai dan rileks sangat sesuai untuk disinggah oleh keluarga. Sesuai untuk mereka yang menggemari Asian Cuisine.
Antara menu yang boleh dicuba ialah Padi Chicken Chop with Rice, Thai Style Crispy Chicken with Rice dan Vietnamese Chicken Chop with Rice. Nama menu pun sudah bikin terliur, bayangkan sendiri keenakkannya!
Pencuci mulut di sini juga turut mendapat pujian ramai. Kek coklat merupakan antara yang paling laris di sini. Lembut dan manis, memang mampu redakan stres!
Alamat: No.14, Jalan P8G, Presint 8, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari 7 am – 12 am
Melihat nama restoran ini sahaja pasti anda boleh teka makanan apa yang disediakan di sini – semestinya masakan Pantai Timur. Keaslian dan keenakkan menu di sini juga turut mendapat pujian ramai.
Nasi kerabu dan laksam merupakan antara menu terlaris di sini. Menu lain seperti nasi berlauk juga wajib anda cuba. Anda pasti akan menggemari ayam gorengnya yang rangup!
Alamat: Presint 5, 62000 Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 11:55 pm
Udang galah – mendengar namanya sahaja pasti sudah bikin anda kecur perut, bukan? Di Presint 5, restoran D’ Empangan Udang Galah ini memang sangat popular dengan menu tersebut.
Udang galah di sini bersaiz besar dan segar-segar. Cara masakan juga boleh anda pilih. Nak dibuat cucur udang pun tiada masalah, mereka boleh menyedikannya. Memang best!
Alamat: Jalan P8G, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 11 pm
Melihat namanya sahaja pasti anda sudah tahu menu apa yang terlaris di restoran ini, semestinya teh tarik! Teh tarik yang disediakan di sini bukan biasa-biasa tau!
Ianya bukan sahaja pekat, malah tidak terlampau manis. Memang sesuai dinikmati untuk sarapan atau minum petang, Menu lain seperti murtabak, nasi lemak dan kuey teow goreng juga disediakan.
Alamat: Ayer@8, A2-G-3A,, Jalan P8G, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 10.30 am – 11 pm
Jika anda sukakan makanan tempatan , lekaslah serbu Serabei Restaurant yang terletak di Presint 8 ini. Ada beraneka jenis menu tempatan yang akan anda jumpa.
Untuk sajian Pantai Timur, ada nasi kerabu, nasi dagang dan laksam. Kuih lompat tikam dan pisang goreng juga boleh didapati di sini, enak dinikmati untuk minum petang.
Selain itu, menu lain seperti soto ayam dan masakan panas seperti bihun goreng dan nasi goreng juga turut disediakan. Memang berbagai, anda pasti akan rambang mata!
Alamat: Unit No. 16 & 14, Jalan Diplomatik, Presint 15, 62050, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 11.30 pm
Satu lagi tempat makan di Putrajaya yang menarik yang boleh anda lawati ialah Restoran Mios Kitchen yang terletak di Presint 15.
Imej via Foursquare
Restoran ini menyajikan hidangan tempatan dan Barat. Menu-menu yang boleh anda nikmati ialah nasi goreng Lamb Chop, Lamb Shank, Nasi Ayam Penyet dan Nasi Bawal Goreng.
Alamat: Aras 1 Kafeteria Menara Usahawan, Lot 2J6, Lebuh Bestari, Presint 2, 62100 Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 am – 10 pm
Ingin menjamu selera di kedai Mamak sambil bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan? Lekaslah kunjungi restoran Ali Maju yang menawarkan pelbagai pilihan makanan ini.
Imej via Foursquare
Jenis hidangan yang disajikan memang kena dengan citarasa orang kita. Roti canai, roti telur, maggi goreng, nasi campur, mi rebus dan rojak merupakan antara menu terlaris. Jangan lupa cuba!
Alamat: No 1, Jalan Pinggiran Putra, Desa Pinggiran Putra, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 4.30 pm manakala Jumaat 8.30 am – 4.30 pm
Masakan kampung merupakan jenis hidangan yang kena dengan citarasa orang kita. Tambahan pula bila dinikmati semasa makan tengah hari, pasti lebih padu.
Imej via Foursquare
Salah satu restoran yang menyajikan masakan kampung di Putrajaya ialah Restoran A Hassan. Hidangan yang wajib anda pilih ialah ayam kampung mereka, memang berkualiti tinggi dan sedap.
Ulam-ulaman juga ada berbagai jenis, memang enak dinikmati bersama sambal belacan dan nasi putih panas-panas.
Alamat: Jalan Diplomatik 1, Presint Diplomatik, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 12 – 11 pm
Banyak juga restoran yang menyajikan makanan Barat di Putrajaya ini. Salah satunya ialah Restoran Gegey yang terletak di Presint Diplomatik.
Imej via Foursquare
Hidangan terlaris yang boleh anda nikmati ialah Western Platter. Ianya menyajikan hidangan Barat seperti pasta, chicken chop atau lamb chop, coleslaw dan kentang goreng dalam satu talam. Sos lada hitamnya memang mengancam!
Restoran Gegey ini mempunyai cawangan di Putrajaya dan Shah Alam, jadi singgah sahaja di mana-mana cawangan yang berdekatan dengan anda.
Alamat: 1, Jalan P9b1/2, Presint 9, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 2 am
Restoran Mamak memang sesuai dijadikan port bersantai atau lepak bersama rakan-rakan. Di Putrajaya, antara restoran Mamak yang terkenal ialah Restoran Selasih.
Imej via Foursquare
Nama menu yang disebut-sebut oleh pelanggannya ialah roti canai, memang enak dinikmati bersama kuah dhal yang menyelerakan. Servis yang ditawarkan juga cemerlang, memang terbaik!
Alamat: Jalan P8c, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 11 pm
Gerai ini terletak di Medan Selera di Presint 8. Sudah tentu nasi lemak merupakan menu yang istimewa di sini. Tempat makan di sini juga sememangnya menjadi pilihan ramai warga Putrajaya.
Kami sukakan sambalnya yang menarik. Sedap dan kami berikan 5 bintang untuk sambalnya. Lauk yang boleh anda pilih juga ada banyak. Ayam goreng merupakan antara lauk yang paling laku di sini.
Alamat: No.12, Jln Jati Bukit P11/25, Presint 11, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 11.30 pm
Daging yang dipanggang sememangnya boleh membangkitkan selera sesiapa sahaja. Ditambah pula dengan aromanya yang harum, pasti boleh bikin kecur air liur jika terhidu.
Untuk mencuba daging panggang yang enak, singgah sahaja di Tok Wan Grill Putrajaya. Kambing bakar merupakan menu yang kami syorkan untuk anda cuba. Enak tak terkata!
Alamat: No.3, Jalan Kesidang P18/11, Presint 18, 62150 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Sabtu, 12 – 8 pm
Ingin menjamu selera di kafe yang berkonsepkan tradisional? Singgah sahaja di Kafe Taman Ku yang terletak di Presint 18 ini.
Imej via Foursquare
Kafe ini menyajikan hidangan Barat dan tempatan yang sangat sedap. Anda boleh cuba nasi goreng Taman Ku yang memang digemari oleh ramai pelanggan tetapnya, memang menyelerakan.
Dari segi servis dan kebersihan, restoran ini memang patut dipuji. Pemilik dan pekerja di restoran ini dikatakan ramah dan kebersihan kafe juga memang terjaga. Pendek kata, 5 bintang untuk keseluruhannya!
Kami harap restoran atau kedai makan yang dikongsikan ini membantu sekurang-kurangnya memberikan gambaran kepada anda tempat makan menarik di Putrajaya. Anda ada tempat makan menarik yang lain? Jom kongsi pada kami dengan memberi komen di bawah. Bolehlah kami terjah ke restoran atau kedai makan yang dimaksudkan.
Artikel Menarik Lain