Universiti Malaya (UM) antara salah satu universiti terbaik di Malaysia. Jika anda berpeluang menyambung pelajaran di UM, anda sememangnya bertuah kerana dapat belajar di universiti tertua ini.

Anda pastinya tercari – cari tempat makan yang sesuai dengan bajet di UM ini. Jom kita jelajah sekitar UM untuk meninjau di mana tempat yang sesuai untuk menjamu selera.

#1. UM Food Court Village

Terdapat begitu banyak pilihan makanan di UM Food Court Village ini. Ia terletak  di Susur Akrab, Universiti Malaya menjadi tumpuan para pelajar untuk menjamu selera.

Nan Cheese @ UM Food Court Village

Imej via foursquare

Gerai – gerai makanan di sini menjual pelbagai pilihan makanan yang terdiri dari masakan panas seperti nasi seafood mamak, maggi kari, nasi ayam Hainan, kueteow Taiping, nasi lemak, sizzling, takoyaki, aiskrim, roti canai, burger, yong taufu dan bermacam lagi.

Nasi Ayam Kukus @ UM Food Court Village

Imej via foursquare

Paling best nasi goreng seafoodnya memang sedap dan seafoodnya juga banyak dan murah. Nasi sizzling juga tidak terkecuali dengan sosnya yang pekat serta isi ayam dan cendawannya juga agak banyak.

Alamat : Susur Akrab, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 2.00 pagi setiap hari

#2. Restoran Amjal

Restoran Amjal ini terletak di luar pagar UM, namun tidaklah terlalu jauh. Menu tersedia dari pagi, tengahari dan malam menarik para pelajar menjamu selera di sini, terutamanya yang memiliki kenderaan.

Nasi Goreng USA @ Restoran Amjal

Imej via SyaukiRazali

Paling sedap makanan di sini adalah nasi lemak dengan sambalnya yang begitu sedap. Lauk pauk tengahari juga tidak mengecewakan dan banyak pilihan. Harga pun tidak terlalu mahal dan sangat berpatutan sesuai dengan poket pelajar.

Nasi Goreng Paprik @ Restoran Amjal

Imej via SyaukiRazali

Ada juga menu ala carte seperti bihun sup, bakso dan bermacam masakan panas turut disediakan.

Alamat : Jalan Pantai Baharu, Taman Bukit Pantai, 59100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#3. Makcik Café

Siapa tak kenal dengan Makcik Café ini, dia belum betul – betul pelajar UM katanya. Makcik Café sememangnya terkenal di kalangan pelajar terutamanya pelajar di Fakulti Undang – Undang.

Udang Cili @ Makcik Cafe

Imej via facebook

Saiz café yang agak luas dan besar memberi keselesaan kepada para pelanggan yang menjamu selera di sini. Café ini sering dipenuhi ramai terutamanya menjelang makan tengahari.

Ketam Sambal @ Makcik Cafe

Imej via facebook

Menu yang disediakan waktu tengahari sememangnya banyak dan murah. Ramai yang memilih untuk menjamu selera di sini kerana harganya yang sangat berpatutan dan menepati selera masing – masing. Pelbagai lauk pauk berasaskan ikan, ayam, daging, sayur, sambal, udang, sotong dan bermacam lagi.

Alamat : Fakulti Undang – Undang, University of Malaya, 50603, Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari kecuali Ahad tutup

#4. Glasshouse

Senibina café ini terdiri dari bahan kaca yang dijadikan sebagai dinding café. Maka sebab itulah ianya dinamakan sebagai Glasshouse.

Tart @ Glasshouse

Imej via zomato

Menyediakan pelbagai menu ringan dan ringkas seperti creampuff, kek, matcha, panini, egg tart, giant curry puff, baby burger, sandwich, salad, chicken grilled rice, minuman panas dan sejuk yang terdiri dari pelbagai jenis coffee, non-coffee, frizz dan juga frozie.

Kek Crepe @ Glasshouse

Imej via zomato

Café ini sangat sesuai untuk orang ramai bersantai sambil menjamu selera.

Alamat : Jalan Elmu off Jalan Universiti, Universiti Malaya, 59100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat kecuali Sabtu dan Ahad tutup

#5. UMEC Foodbox

UMEC Foodbox memang popular di UM ini. Begitu banyak makanan yang sedap serta dapat memenuhi selera pelajar.

Nasi Ayam @ UMEC Foodbox

Imej via facebook

Anda boleh mencuba nasi ayam, nasi ayam penyet, nasi Arab, nasi goreng Cina, laksa, kebab pita, chicken wrap, pizza, lasagna, spaghetti, shepherd’s pie, waffle, sandwich, Samyang dan nasi ayam blackpepper.

Pizza @ UMEC Foodbox

Imej via facebook

Anda juga boleh mendapatkan kudapan ringan seperti kerepek bawang, opak kari, jeruk mangga asam boi, fruit cup, cheese cake dan milkshake.

Alamat : 302, Lingkungan Budi, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat dan dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Sabtu dan Ahad

#6. Wahid Food Café

ABC di sini memang terbaik, sehinggakan ada pelajar dari kolej lain sanggup datang mendapatkan ABC di sini. Begitu juga dengan burger yang dijual di café ini, biarpun ia sekadar burger biasa, namun campuran sos yang digunakan membuatkan rasanya menjadi istimewa.

Nasi Campur @ Wahid's Food Cafe

Imej via foursquare

Lauk pauk tengahari juga agak banyak membolehkan para pelajar menjamu selera dengan harga yang berpatutan. Terdapat juga masakan panas pada sebelah petang dan malam. Ramai juga pelajar yang menikmati snek ringan di kafe ini.

ABC @ Wahid's Food Cafe

Imej via foursquare

Alamat : Kolej Kediaman 7, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#7. Pokok Cafe

Apa yang lagi best ialah, kafe ini menyediakan pelbagai hidangan barat dan Asia seperti chili padi pesto with poached egg and beef bacon dan juga nasi lemak platter!

Brunch @ Pokok Cafe

Imej via facebook

Kedudukan lokasinya yang unik membuatkan Pokok Café ini menjadi perhatian ramai. Ia bertempat di sebuah rumah kaca yang memiliki gaya minimalistic serta menarik untuk dijadikan port bergambar.

Laksa Nyonya @ Pokok Cafe

Imej via facebook

Menu yang unik gabungan menu Asia dan juga hidangan barat membuat ramai terpikat untuk menjamu selera di sini. Anda boleh mencuba nasi lemak ayam goreng, seafood aglio olio, cake slice, signature chili padi pesto, rosemary grilled chicken whole leg,  fries, coffee, fruit juice, laksa Nyonya, burger, kopi dan pelbagai desert lain.

Alamat: MAHSA Avenue, Block B, Jalan Elmu, off, Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari

#8. Sandbox Cafe & Co

Pastinya anda tertawan dengan suasana di Sandbox Café & Co ini. Kebanyakan pelajar suka lepak dan berkumpul di sini sambil menjamu selera. Malah, menjadi tumpuan para pensyarah dan orang ramai juga.

Spaghetti @ Sandbox Cafe & Co.

Imej via facebook

Café ini menyediakan gourmet coffee yang begitu segar aromanya. Pelbagai jenis kopi boleh anda nikmati di sini tanpa ragu.

Japanese Curry Chicken Rice @ Sandbox Cafe & Co.

Imej via facebook

Bagi yang ingin menjamu selera, apa kata anda cuba hidangan yang menarik seperti nasi ayam mentega, spaghetti, nasi ayam grilled, fish fillet, chicken chop, garlic bread, mash potatoes, beef steak patty, aglio olio serta desert aiskrim dan brownies yang begitu umphh rasanya.

Alamat : Kompleks Inkubator Inovasi UM, Level 2 Unit 6A, Lingkungan Budi, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari kecuali Ahad tutup. Sabtu ditutup pada jam 3.00 petang.

#9. He & She Coffee

He & She Coffee ini dibuka seawal jam 8.30 pagi menyediakan pelbagai jenis menu termasuklah hidangan utama dan juga makanan sampingan. Air kopi yang terdapat di sini ada pelbagai yang menarik dan yang paling best adalah latte, mocha dan juga black coffee.

Croissant Egg Yolk @ He and She Coffee

Imej via facebook

Anda boleh mencuba spaghetti Bolognese, spaghetti meatball, mushroom soup and garlic bread, butter chicken rice, makanan ringan seperti donut, pizza, matcha croissant, matcha muffin,  matcha cake, pastry, bomboloni, air minuman fizzy monto series yang terdiri dari green apple, cucumber, mint , blood orange serta brown sugar meteor milk crème brulee.

Waffle @ He and She Coffee

Imej via facebook

Alamat : Lingkaran Budi, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.30 pagi hingga 10.30 malam setiap hari

#10. Grafa Café

Grafa Café menyediakan pelbagai menu makanan barat yang sememangnya menjadi pujaan ramai. Anda boleh menikmati pelbagai hidangan yang enak di sini seawal jam 11.00 pagi.

Mix Combo @ Grafa

Imej via facebook

Menu adalah terdiri dari spaghetti, meatball, grilled chicken, mushroom soup  serta masakan panas lain seperti nasi goreng, nasi goreng ayam, roti bakar, rendang ayam, potongan kek sebagai pencuci mulut serta kopi panas yang mampu menaikkan mood seharian anda.

Variety Menu @ Grafa

Imej via facebook

Alamat : 6, Lorong Universiti B, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari

#11. CRG UM (Chicken Rice Guy)

Gerai ini diuruskan oleh dua jejaka tampan yang menyediakan hidangan nasi ayam yang begitu popular. Nasinya yang lembut serta ayamnya yang enak menjadi sebutan ramai.

Wantan Noodle @ CRG UM

Imej via facebook

Selain nasi ayam, CRG ini juga menyajikan nasi itik panggang yang halal untuk para pelanggannya. Malah, ia turut menyajikan mee wantan ayam yang sangat sesuai dengan bajet pelajar untuk menjamu selera.

Roast Duck @ CRG UM

Imej via facebook

Alamat : Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 7.00 malalm setiap hari

#12. Tuuu… Dia Pak Tam

Restoran Tuuu… Dia Pak Tam bukanlah satu nama yang baru. Ia begitu popular dan telah memulakan operasinya di bandar Selayang, seterusnya membuka membuka beberapa cawangan lain termasuklah di Pusat Perubatan Universiti Malaya ini.

Imej via paktam

Menyediakan pelbagai jenis menu untuk dinikmati sejak awal pagi hingga malam, membolehkan para pelajar serta orang ramai menjamu selera di sini. Selain nasi lemak, menu lain seperti roti bakar, roti kukus, mee kari nyonya, rojak pasembor, sup gearbox, pelbagai jenis kari, kari kepala ikan, sotong, udang, kuetiaw sup dan kuih muih sering menjadi pilihan.

Imej via paktam

Ruang makan yang agak besar membolehkan orang ramai menjamu selera di sini dengan mudah dan selesa. Perkhidmatan yang disediakan begitu pantas serta layanan yang cukup memuaskan.

Alamat : Pusat Perubatan Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#13. Kafeteria KK4 UM

Kafe ini terletak di Kolej Kediaman Keempat (Bestari) dan dibuka mulai jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari. Ia sering menjadi tumpuan para pelajar terutamanya menjelang malam hari iaitu selepas waktu Maghrib.

Imej via JeanneCheah

Kafe ini menyediakan masakan panas tempatan serta ala Thai. Pelajar gemar menjamu selera di sini kerana harganya yang sangat berpatutan dan mudah diakses.

Imej via AmirIskandar

Antara menu yang sering menjadi pilihan adalah nasi goreng, maggi tomyam, nasi goreng ayam cincang, mee goreng, bihun sup dan bermacam lagi.

Alamat : Kolej Kediaman Keempat (Bestari) Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#14. Rumah University

Banyak yang anda boleh dapati di Rumah University ini. Nasi kerabu boleh anda nikmati sebagai sarapan pagi, memang sedap nasi kerabunya.

Imej via foursquare

Roti canai serta mee goreng, nasi goreng, nasi lemak serta kuih muih pastinya memberi anda kenikmatan sewaktu menikmatinya. Jangan lupa mencuba donut, cakoi yang dibuat panas – panas. Terasa doh yang lembut dan enak.

Imej via foursquare

Menu lain yang anda boleh nikmati adalah chicken grill, chicken chop, nasi campur, spaghetti, kueteow goreng, tomyam, kerang rebus, murtabak dan nasi sizzling.

Alamat : Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#15. Cafe KUAZ

Roti di Café KUAZ ini begitu lembut dan dibuat segar setiap hari. Bubur nasi ayam dan dagingnya memang terbaik, begitu cukup sedap rasanya.

Mee Goreng Mamak @ Cafe KUAZ

Imej via foursquare

Anda boleh mencuba pizzanya yang juga lembut rotinya dengan topping yang penuh. Makanan barat lain seperti chicken chop, mashed potato, meatball, spaghetti, meatball, nasi ayam penyet, mee goreng mamak, nasi ayam dan juga menu berasaskan sup.

Nan Cheese @ Cafe KUAZ

Imej via foursquare

Alamat : Kolej Ungku Aziz, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#16. Bangi Kopitiam

Seperti mana restoran lain, Bangi Kopitiam turut menyajikan pelbagai  menu menarik. Boleh sahaja bersarapan di Bangi Kopitiam  dengan menu yang menepati selera anda.

Mee Sup @ Bangi Kopitiam

Imej via foursquare

Anda boleh memilih roti bakar, nasi lemak, mee kari, nasi lemak rendang, chicken chop, mee goreng, mee wantan, kopi panas, air coklat, popiah goreng, Ipoh hor fun dan bermacam lagi.

Nasi Lemak @ Bangi Kopitiam

Imej via foursquare

Alamat : Fakulti Undang – Undang Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#17. Business & Accountancy Cafe

Kalau anda sedang mencari mee wantan yang sedap, cubalah datang ke café yang terletak di Fakulti Perniagaan dan Akauntan. Mee wantan di sini memang terbaik, lembut dan sangat sesuai dinikmati pada bila – bila masa sahaja.

Sizzling Mee @ Business n Accountancy Cafe

Imej via foursquare

Anda boleh mencuba juga salad ayam, nasi ayam, ayam panggang, nasi campur serta roti canai yang lembut.

Wantan @ Business n Accountancy Cafe

Imej via foursquare

Alamat : Faculty of Business & Accountancy, University of Malaya 50603 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari

#18. Kafe Sains UM

Kafe ini menjadi tumpuan pada waktu tengahari kerana menyediakan lauk pauk yang banyak serta sedap. Harga pula sangat berpatutan.

Mee Wantan @Kafe Sains UM

Imej via foursquare

Anda boleh juga menikmati makanan barat yang sedap dan murah seperti chicken chop, meatball, spaghetti, mee wantan, masakan panas lain dan bermacam lagi.

Mee Goreng @ Kafe Sains UM

Imej via foursquare

Alamat : Fakulti Sains (Lingkungan Budi) 50603 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari

#19. MediCafe @ Fakulti Perubatan Universiti Malaya

Setiap hari café di Fakulti Perubatan ini dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Ia menjadi tumpuan para pelajar perubatan di fakulti ini kerana tidak perlu keluar jauh untuk menjadmu selera.

Nasi Goreng USA @ MediCafe

Imej via foursquare

Terdapat nasi campur, nasi ayam, serta masakan panas. Air yang menarik untuk anda nikmati adalah teh 3 layer yang begitu terkenal. Pada sebelah petang, anda boleh mendapatkan keropok lekor panas – panas di sini serta cucur udang bersama sos pencicah yang pedas.

Roti Canai @ MediCafe

Imej via foursquare

Alamat : Universiti Malaya (Jalan Universiti), 59100 Lembah Pantai, Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#20. Aroma Café

Aroma Cafe ini terletak di kawasan kamus UM. Menyediakan pelbagai hidangan tempatan secara buffet dan juga ala carte.

Chicken Chop @ Aroma Cafe

Imej via Dahlan

Kawasan meletakkan kereta di sini adalah percuma serta luas. Turut menyediakan kemudahan kolam renang dan taman permainan kanak – kanak di kawasan berhampiran.

Mee Hailam @ Aroma Cafe

Imej via NazirJay

Set hidangan buffet disediakan pada waktu tengahari. Pelbagai lauk pauk menarik boleh anda nikmati seperti asam pedas, kari ikan, ayam, ikan goreng sambal, gulai daging salai dan bermacam lagi. Sekiranya ingin hidangan ala carte anda boleh juga mencuba mee hailam, mee wantan, chicken chop, nasi kerabu serta potongan kek sebagai pemanis mulut.

Alamat : University of Malaya Club House, 59100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

Kesimpulan

Memang banyak sebenarnya tempat makan yang menarik serta harga berpatutan di sekitar Universiti Malaya ini. Biarpun anda seorang pelajar, makanan yang terdapat di sekitar UM ini boleh dinikmati kerana harganya sangat sesuai dengan status seorang pelajar.

Jangan lupa share kan artikel ini di laman sosial anda supaya semua orang dapat menikmatinya juga.

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.