Berjalan dan bercuti di negeri Melaka memang menarik kerana terdapat begitu banyak tempat yang boleh dilawati. Malah, Melaka yang terkenal dengan bandaraya bersejarah ini juga mempunyai pelbagai menu menarik untuk dicuba.

Melaka yang sememangnya terkenal dengan makanan laut segar pastinya ibarat syurga buat para penggemar seafood. Kalau begitu, apa kata datang ke kawasan Umbai dan dapatkan makanan yang best – best di sini.

#1. Medan Ikan Bakar Pernu – Umbai

Medai Ikan Bakar Pernu ini mempunyai beberapa gerai makan yang berbeza. Anda boleh memilih gerai makanan mengikut selera masing – masing.

Ketam Telur Masin Medan Ikan Bakar Pernu

Imej via facebook

Rata – rata menu makanan di sini hampir sama dengan harga yang begitu berpatutan. Anda boleh mencuba udang oat mentega, sotong celup tepung, ketam telur masin, sambal udang dan ketam.

Kupang Asam Pedas Medan Ikan Bakar Pernu

Imej via facebook

Selain itu, nasi lemak bungkus turut disediakan di atas meja dan juga otak – otak sebagai hidangan sampingan. Pastikan anda datang ke sini antara jam 5.00 petang hingga 7.00 malam kerana pada ketika ini pelanggan belum ramai dan masa menunggu tidak lama. Elakkan juga daripada datang pada musim cuti sekolah.

Alamat : Taman Paya Dalam, Jalan Medan Ikan Bakar Umbai-Pernu Pengkalan Pernu, 75460 Melaka
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.30 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#2. Ikan Bakar Klasik Terapung Umbai Baru

Jika ingin makan di Restoran Ikan Bakar Klasik Terapung Umbai Baru ini, waze sahaja lokasinya, pasti jumpa. Kelihatan restoran ini seperti membuatkan pelanggan tertarik untuk mencuba makanan di sini.

Lobster Ikan Bakar Klasik Terapung Umbai

Imej via facebook

Anda mesti cuba beberapa menu yang begitu menarik seperti kupang masak halia, ikan jenahak 3 rasa, tomyam seafood, ketam masak cili, sotong goreng tepung, udang mentega dan bermacam lagi. Penyediaan hidangan juga agak pantas.

Ikan Bakar Ikan Bakar Klasik Terapung Umbai

Imej via facebook

Ruang solat dan tandas yang bersih membuatkan ramai pelanggan gemar datang ke sini untuk menjamu selera.

Alamat : Umbai, 75460 Melaka
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#3. Umbai Grill Fish Seafood

Restoran Umbai Grill Fish ini menyediakan ruang makan yang selesa. Malah, ia boleh membuatkan sekitar 100 pelanggan pada satu – satu masa.

Sotong Petai Umbai Grill Fish

Imej via facebook

Jom tengok apa menu yang menarik di sini. Kebanyakan pelanggan sangat menggemari sotong celup tepungnya yang rangup. Udang goreng menteganya juga memang mengliurkan. Saiz hidangan juga tidak mengecewakan kerana ianya agak besar dan puas hati.

Pepahat Umbai Grill Fish

Imej via facebook

Makanan lautnya juga segar – segar hinggakan anda boleh rasai sendiri kemanisan serta kesegaran lauk pauk yang dihidangkan. Harganya sangat berpatutan dengan hidangan yang disediakan.

Alamat : Jalan Pernu 10, Kampung Pernu, 75460 Melaka
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 1.00 pagi setiap hari

#4. Cendol Sawit Melaka

Cendol Sawit Melaka yang terletak di tepi jalan, mengundang ramai peminat yang tersendiri. Ia diusahakan oleh seorang anak muda lepasan graduan yang menggunakan resepi turun temurun keluarga yang pernah mengusahakan perniagaan ini.

Cendol @Cendol Sawit Melaka

Imej via facebook

Menggunakan santan sawit memberi rasa lemak yang berbeza berbanding santan kelapa. Selain rasanya yang lebih sedap, santan sawit memiliki kelebihannya yang tersendiri. Jika anda ingin merasai keenakan cendol sawit di Melakaa, boleh datang ke gerai Cendol Sawit Melaka ini.

Mee Kari @Cendol Sawit Melaka

Imej via facebook

Ia menyediakan beberapa jenis cendol seperti cendol biasa, cendol kacang merah, cendol jagung, cendol pulut, cendol special, cendol buah kabong dan juga cendol special dan buah kabong. Harga cendol di sini bermula dari RM 2.50 sahaja. Makanan lain seperti pau cendawan, mee kari dan juga beberapa jenis makanan lain turut dijual untuk santapan pelanggan.

Alamat : KM 12 Kampung Pernu, 75460 Melaka
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.30 pagi hingga 6.00 petang setiap hari

#5. Roti John Pernu

Roti John Pernu ini memang popular, malah ia turut dikenali oleh masyarakat dari luar Melaka. Sebut sahaja roti John Pernu, pasti ramai mengenalinya.

Roti John @Roti John Pernu

Imej via facebook

Jika anda belum pernah merasai roti John yang dipenuhi dengan daging atau ayam kisar, silalah datang ke sini dan rasai keenakan roti John Pernu ini. Rempah yang digunakan untuk menghasilkan roti John ini juga berbeza.

Roti John @Roti John Pernu

Imej via facebook

Limpahan sos serta mayonis di dalam roti John ini menambahkan lagi keenakannya. Selain roti John, terdapat juga burger dan hotdog turut dijual di sini.

Alamat : KM 11, Jalan Pernu 6, Kampung Pernu, 75460, Melaka
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari kecuali Rabu tutup

#6. Asam Pedas Misswara

Negeri Melaka dan asam pedas memang tak dapat dipisahkan. Ia antara menu tradisi masyarakat tempatan.

Asam Pedas @Asam Pedas Misswara

Imej via lizasipun

Anda yang begitu menggemari asam pedas, boleh datang menjamu selera di Asam Pedas Misswara ini. Ia menyediakan pelbagai menu asam pedas yang terdiri dari asam pedas pari, tetel, kembung, jenahak dan lauk pauk kampung menjelang makan tengahari.

Asam Pedas @ Asam Pedas Misswara

Imej via haslinahhashim

Alamat : Jalan Telok Emas / Umbai, Kampung Bukit Tembakau, 75460 Melaka
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang setiap hari

#7. Sri Kemajuan Yusof Ikan Bakar

Kawasan persekitaran Restoran Seri Kemajuan Yusof Ikan Bakar ini begitu besar, luas serta mampu menampung pelanggan yang ramai. Malah, ruang yang besar membuatkan ramai yang selesa makan di sini. Kanak – kanak pun bebas bergerak ke sana ke mari.

Udang Butter @Sri Kemajuan Ikan Bakar Yusof

Imej via To’KieyMokz

Bagi yang pertama kali makan di sini, apa kata cuba ikan jenahak bakar yang memang sedap. Ditambah pula sotong masam manis yang begitu menyelerakan. Kupang masak sos pun memang sedap, ditambah pula saiznya yang agak besar memberi kepuasan yang lebih bermakna.

Sotong Celup Tepung @Sri Kemajuan Ikan Bakar Yusof

Imej via To’KieyMokz

Jangan lupa asam pedas parinya juga memang syok untuk dicuba. Ketam cili serta udang bakar juga memberi keenakan yang tersendiri.

Alamat : KM 12, Jalan Pengkalan, Pernu Umbai, 75460 Melaka
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.30 petang hingga 1.05 pagi setiap hari kecuali Selasa dan Rabu tutup

#8. Restoran Ikan Bakar Anjung Muara

Dari luar restoran anda akan dapat melihat suasana restoran yang begitu selesa. Kawasan parkir juga agak besar membolehkan kereta diletakkan dengan mudah.

Udang Goreng Tepung @Ikan Bakar Anjung Muara

Imej via softtouch82

Makanan laut segar semestinya menjadi pilihan ramai jika berkunjung ke sini. Antara menu popular adalah seperti sotong masak telur masin, kepah masak sambal, ketam masam manis, ikan jenahak bakar, siakap kukus, udang goreng tepung, ketam blackpepper, kailan ikan masin, ketam masak halia, kerang rebus, pepahat sambal, tomyam dan asam pedas.

Kupang Cili @ Ikan Bakar Anjung Muara

Imej via softtouch82

Anda juga boleh mencuba beberapa menu lain yang juga enak rasanya.

Alamat : KM 15, Medan Ikan Bakar Anjung Batu, Kg Seri Minyak, Merlimau
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#9. Desa Lagenda Ikan Bakar

Restoran ini dibuka seawal jam 9.00 pagi lagi. Ia menawarkan pelbagai jenis masakan panas serta menu ikan bakar dan harga makanan di sini adalah serendah RM 5.00 sahaja.

Asam Pedas @ Desa Lagenda Ikan Bakar

Imej via MegaMengkudu

Antara menu masakan panas yang boleh anda nikmati adalah seperti nasi goreng, tomyam, mee goreng, mi sup Thai, nasi kak wok, bakso, nasi lemak, nasi campur dan bermacam lagi. Selain itu, terdapat juga ikan bakar, seafood yang semestinya mengliurkan seperti ketam cili, udang goreng mentega, sambal udang, sotong goreng tepung serta ikan tiga rasa.

Ikan Bakar @ Desa Lagenda Ikan Bakar

Imej via facebook

Alamat : Perkampungan Ikan Bakar Umbai, No.8, Umbai Baru, 77300 Melaka
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari manakala hari Ahad dibuka mulai jam 4.00 petang

#10. Gerai No.6 Ikan Bakar Selera Sejati

Ikan Bakar Selera Sejati ini menyediakan pelbagai makanan seafood seawal jam 5.00 petang. Setiap meja diletakkan beberapa bungkus nasi lemak untuk para pelanggan kerana terdapat sesetengah pelanggan lebih gemar menikmati nasi lemak bersama hidangan yang dipesan.

Udang Goreng @ Selera Sejati Ikan Bakar

Imej via facebook

Menu di gerai ini memang sedap dan anda boleh mencuba antara menu yang popular seperti lala masak sos tiram, ketam cili, jenahak masak lemak cili padi, asam pedas pari, ikan stim asam boi, sambal petai udang, udang goreng kunyit dan kerapu tiga rasa. Masa menunggu tidak terlalu lama, namun sekiranya datang pada musim cuti sekolah, pelanggan agak ramai menjamu selera di sini.

Ikan 3 Rasa @ Selera Sejati Ikan Bakar

Imej via facebook

Alamat : Pernu, Umbai 75460 Melaka
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#11. Cendol Seri Serkam

Cendol Seri Serkam sememangnya popular dan sentiasa dikunjungi para pelanggan tempatan atau luar dari Melaka. Tambahan pula, gerai cendol yang terletak di tepi jalan utama menjadikan ia sering disinggahi para pelanggan.

Cendol Buah Kabung @ Cendol Seri Serkam

Imej via facebook

Keenakan cendol di sini membuatkan ramai pelanggan datang berkali – kali untuk menikmati cendol yang dijual. Anda boleh mencuba pelbagai jenis cendol seperti cendol durian, cendol pulut, cendol jagung, cendol kacang, buah sagu dan bermacam lagi.

Cendol Kacang @ Cendol Kacang Seri Serkam

Imej via facebook

Alamat : Gerai MPJ Kg. Umbai, 75460 Melaka
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari

#12. Warung Kak Siti Murtabak Singapore & Roti Canai

Murtabak Singapore dan roti canai sememangnya menjadi perhatian ramai. Roti canainya terasa lembut dan garing. Murtabaknya pula dilimpahi daging kisar dan juga rempah serta bahan lain.

Murtabak @ Kak Siti Murtabak Singapore

Imej via sitinurdinee

Selain dua menu yang famous ini, terdapat juga nasi lemak daun pisang yang sememangnya lemak dan sambalnya yang sungguh enak. Malah, rasa sambal yang tidak terlalu pedas, menjadi kegemaran ramai.

Nasi Lemak @ Kak Siti Murtabak Singapore

Imej via sitimunauwarahbintiahmad

Alamat : Jalan Melaka, Kampung Tengah, Jalan Merlimau / Melaka, Kampung Umbai, 77300, Melaka
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.30 petang hingga 12.00 tengahari setiap hari kecuali Selasa tutup

#13. Kedai Makan Dak Lin

Kedai Makan Dak Lin terletak di Pantai Siring, Merlimau memberi pemandangan indah sewaktu anda menjamu selera. Sambil menghidup udara segar, anda boleh menikmati hidangan dengan tenang.

Ikan Bakar Portugis @ Kedai Makan Dak Lin

Imej via facebook

Kedai makan ini dibuka mulai jam 8.00 pagi dan anda boleh bersarapan di sini dengan menu menarik seperti nasi kerabu, laksam, lempeng dan nasi lemak. Menu – menu lain yang boleh anda nikmati pada waktu tengahari dan petang adalah seperti nasi ayam, asam pedas, char kueteow, mee goreng sotong, shellout, ikan bakar, laksa Johor, sate, laksa, ketam celup tepung, sotong celup tepung dan banyak lagi.

Nasi Kerabu @ Kedai Makan Dak Lin

Imej via facebook

Alamat : Lot1403, Jalan Pantai Siring, 77300 Merlimau, Melaka
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari kecuali Isnin tutup

#14. Medan Selera Ikan Bakar Hj.Musa / Paktam

Medan Selera Ikan Bakar Hj Musa / Paktam menyediakan ruang makan yang luas, tandas serta surau yang bersih dan selesa. Kanak – kanak yang datang bersama juga selesa untuk bermain – main di kawasan sekitar.

Ketam Cili @ Medan Selera Ikan Bakar Hj Musa Paktam

Imej via facebook

Menu makanan juga sangat banyak untuk anda pilih mengikut selera. Pilihan makanan laut juga segar dan saiz pun agak besar.

Sotong Bakar @ Medan Selera Ikan Bakar Hj Musa Paktam

Imej via facebook

Anda boleh mencuba ikan siakap tiga rasa, pepahat cili, udang goreng mentega, sotong celup tepung, kupang masak cili, ikan bakar, ketam cili, sotong bakar, asam pedas dan bermacam lagi. Untuk ikan / sotong bakar, kicap pencicah yang disediakan juga sangat padu.

Alamat : Jalan Medan Ikan Bakar, 77300 Merlimau, Melaka
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#15. Murtabak Turbo

Murtabak Singapore yang paling terkenal di Melaka boleh didapati di kedai makan Martabak Turbo, Umbai. Saiz murtabak biasa pun dah cukup besar dan puas hati, ini kan murtabak turbo gerenti tak menyesal makan.

Murtabak @ Murtabak Turbo

Imej via facebook

Murtabak turbo dengan lelehan keju cair pastinya memukau hati dan selera anda. Rasanya tak dapat nak ungkap dengan kata – kata. Memang rasa nak menangis makan sebab sedap sangat.

Murtabak @ Murtabak Turbo

Imej via facebook

Kalau nak cuba murtabak di sini, pastikan datang awal tau. Sebab biasanya jam 8.00 malam orang sudah mula ramai membeli murtabak di sini.

Alamat : 35A, Jalan Taman Pahlawan, Batu 9 1/2, 77300, 77300 Merlimau, Melaka
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari

#16. Warung De Sena Maju Enterprise

Pagi – pagi lagi anda boleh bersarapan di sini memandangkan ianya dibuka seawal jam 6.30 pagi. Roti canai dan mee kari di sini memang sangat popular. Ada juga gemar menikmati murtabak pada waktu pagi.

Mee Kari @ Warung De Sena

Imej via muhdhanif

Selain itu, masakan panas juga turut disediakan di sini. Mee goreng ala mamaknya juga sedap. Jangan lupa teh tarik di sini juga memang kaw rasanya.

Mee Goreng @ Warung De Sena

Imej via muhdhanif

Alamat : Kampung Pulai Barat, 77300 Merlimau, Melaka
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.30 pagi hingga 1.00 petang setiap hari kecuali Khamis tutup

#17. D’pantai Siring

Pada waktu pagi, beberapa jenis menu disediakan buat para pelanggan yang datang menjamu selera di sini. Antaranya terdiri dari mee goreng, bihun goreng Singapore, nasi lemak, lontong, roti bakar, ayam dan ikan goreng, nugget dan kuih muih.

Lontong D'Pantai Siring

Imej via facebook

Masakan panas juga turut disediakan di sini. Antara lain yang boleh anda nikmati adalah sate panas – panas, burger, roti John dan juga nasi lemak bungkus.

Sate D'Pantai Siring

Imej via facebook

Alamat : Gerai No. 2&3 Medan Selera Kampung Pulai, KM 16, 77300 Merlimau, Melaka
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari kecuali Isnin tutup

#18. Warong Kak Ngah Pak Hamid

Roti canai dengan kuah dhal yang disediakan memang gabungan terbaik. Kuahnya pekat dan roti canainya lembut sahaja.

Roti Telur Warung Kak Ngah Pak Hamid

Imej via facebook

Selain itu, terdapat nasi lemak, sup daging, mee goreng, nasi campur, ayam goreng ala KFC, sosej dan bermacam lagi. Ramai pelanggan membanjiri warung ini antara jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Sup Daging Warung Kak Ngah Pak Hamid

Imej from foursquare

Alamat : Kampung Pulai, 77300 Merlimau, Melaka
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 pagi hingga 1.00 petang setiap hari kecuali Rabu tutup

#19. Warung Mi Kari Abu Samah

Warung Mi Kari Abu Samah ini antara warung kampung yang menjadi port lepak warga tempatan tidak mengira usia, muda hinggalah orang pencen. Lokasi yang terletak kira – kira 14 kilometer dari bandar Melaka ini sangat mudah dijejaki.

Mee Kari Warung Mee Kari Abu Samah

Imej via foursquare

Terdapat hanya 3 menu utama iaitu mee kari, rojak dan juga mee rojak. Namun, ketiga – tiga menu tetap mendapat sambutan ramai kerana keenakan rasanya yang tersendiri.

Mee Rojak Warung Mee Kari Abu Samah

Imej via foursquare

Alamat : Jalan Berangan Enam, Kampung Umbai, 77300 Merlimau, Melaka
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 1.30 petang hingga 6.00 petang setiap hari kecuali Ahad tutup

#20. Warung Sapiah Abdullah

Terdapat dua sahaja menu di warung ini iaitu mee udang dan mee ketam. Kuah meenya agak pekat, ditambah pula dengan kemanisan makanan laut segar yang dicampur bersama menaikkan lagi rasa mee yang dihidangkan.

Mee Ketam Warung Sapiah

Imej via facebook

Harganya pula sangat berpatutan tambahan pula saiz hidangan juga agak besar. Biarpun sekadar warung kampung, namun Warung Sapiah Abdullah ini tetap menjadi pujaan ramai.

Mee Ketam Warung Sapiah

Imej via facebook

Alamat : M108, Kampung Serkam Timor, 77300 Merlimau, Melaka
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 5.00 petang setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu tutup

Kesimpulan

Rupanya banyak tempat makan yang best di sekitar Umbai ini. Taklah semuanya makanan laut, ada juga makanan lain yang boleh anda cuba di sekitarnya.

Harga memang boleh tahan dan berbaloi. Tunggu apa lagi, jom makan di Umbai, Melaka.

Penulis: Itawrah

Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .