Terasa ingin bercuti di Narathiwat ? Banyak tempat menarik yang boleh anda lawati jika berkunjung ke Narathiwat, Thailand.
Salah satu tempat menarik yang wajib anda kunjungi adalah tempat makan yang menarik, best serta halal di sini. Pastinya anda inginkan makanan yang enak sewaktu bercuti di Narathiwat.
Jom kita semak di mana restoran atau tempat makan yang best untuk anda cuba.
Dessert di Narathiwat sangat menarik dan tidak dapat disangkal lagi. Jika anda berada di Narathiwat, jangan lupa untuk singgah di Hayhaa Sungai Kolok.
Begitu banyak menu menarik di sini iaitu pelbagai jenis kek, kek coklat, kek keju, bobba tea, sparkling juice, aiskrim, pizza dan popcorn. Anda yang inginkan menu berasaskan nasi, boleh mencuba nasi goreng ikan rebus, nasi kari hijau, nasi goreng seafood, nasi ayam, mee kari, spaghetti, chicken wing, chicken popcorn, fries, roti bakar, roti pisang, roti bakar keju, roti kukus sangkaya dan juga rojak buah.
Alamat : 47/2 Thanon Sai Thong 4, Sungai Kolok, 96120 Narathiwat, Thailand
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.30 pagi hingga 9.00 malam setiap hari kecuali Rabu tutup
Bagi yang belum pernah mencuba nasi ayam Golok, pastikan memasukkan menu ini sebagai senarai makanan untuk dicuba tatkala berada di Narathiwat. Nasi ayam Golok ini memiliki keunikan yang tersendiri, rasanya enak lain dari yang lain.
Selain nasi ayam, somtam dan kerabu maggi begitu popular juga. Ia juga antara yang wajib anda cuba jika berada di Narathiwat.
Alamat : Pasemat, Sungai Kolok, 96120 Narathiwat, Thailand
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari
Restoran Thai- Malay yang terdapat di Narathiwat ini menyajikan masakan Thai dan juga masakan Melayu, Ini membolehkan para pengunjung yang datang melawat Narathiwat mempunyai pilihan makanan mengikut selera masing – masing.
Antara menu yang menarik adalah menu special kerabu 5 rapusan (terdiri dari gajus, kismis, kubis,timun, cili), ayam bukus daun pandan, ikan siakap goreng herba, ikan menangis, udang masak asam jawa, ikan dalam taman, itik bagar herba dan ikan goreng kerabu mangga.
Alamat : Sungai Kolok, 96120 Narathiwat, Thailand
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari
Wawa Ikan Bakar antara restoran yang begitu popular di Narathiwat ini. Menu yang paling popular di sini adalah miang ikan bakar snowfish yang dibakar menggunakan garam, kalau nak tahu rasanya bagaimana, boleh mencubanya di sini.
Menu lain yang boleh anda cuba adalah tomyam daging, ayam, udang, campur, seafood, siakap, tilapia, poktek, pelbagai jenis sup, menu ikan siakap / tilapia 3 rasa, stim limau, paesa, kaneg som, sotong / udang / kerang bakar dan sayur – sayuran.
Alamat : 4056, Tambon Pasemat, Sungai Kolok, 96120 Narathiwat, Thailand
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 10.00 malam setiap hari
Siapa tak kenal Restoran Haji Hussin King ini, sentiasa menjadi sebutan dan kunjungan ramai. Paling menarik dan popular menu di sini adalah sup perut yang sememangnya menjadi pilihan pengunjung.
Sup perutnya yang lembut ini sering menjadi santapan ramai pengunjung. Tidak hanya sup, perut lembu juga yang digoreng bersama bawang, membangkitkan selera pelanggan.
Antara menu lain yang menarik adalah telur bungkus, kerabu suhun, tomyam, masakan panas lain dan banyak lagi.
Alamat : Sungai Kolok, 96120 Narathiwat, Thailand
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari
Restoran Rongpak ibarat restoran makanan segera kerana menunya yang ringkas, namun tetap menyelerakan. Suasana restoran yang tenang membuatkan ia sangat sesuai untuk pelanggan bersantai sambil menikmati secawan kopi di sini.
Sambil menikmati aiskrim, anda juga boleh mencuba mee celup yang begitu asli rasanya. Bingsu juga sebagai penghilang dahaga, sparkling juice juga segar rasanya.
Menu lain seperti laksa Siam, kerabu Thai, somtam, tomyam dan juga chicken wing sememangnya menu yang menjadi pilihan ramai.
Alamat : 23 Jalan Charoen Khet, Soi 6, Sungai Kolok, 96120 Narathiwat, Thailand
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 11.45 malam setiap hari
Peminat – peminat menu berasaskan ayam, boleh mencuba pelbagai menu di Ayam Bang ini. Menunya yang enak pastinya tidak mengecewakan.
Anda boleh mencuba ayam Jock yang popular di sini. Salad ayam bersama sos, somtam, tomyam seafood, bebola udang goreng, popiah udang, salad ketam, daging panggang, udang pedas, ikan bass goreng, mee sup panas masam antara lain yang boleh anda nikmati di Ayam Bang.
Alamat : 171 Jalan Thet Pathom Sungai Kolok, 96120 Narathiwat, Thailand
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari
Para peminat sushi boleh datang singgah makan di Ayu Sushi dan Shabu. Ia menyediakan pelbagai jenis sushi dan shabu yang pastinya menepati selera anda. Malah, anda juga boleh menikmati hidangan steamboat serta menu makanan Jepun yang menarik.
Selain itu, anda juga boleh mencuba pelbagai menu masakan Barat seperti spaghetti, nasi chicken chop, nasi goreng, tiram segar dan bermacam lagi. Harga makanan di sini sangat berpatutan dan pastinya berbaloi dengan apa yang anda bayar.
Alamat : 436 Bypass Road, Daerah Bang Na, Daerah Mueang, Wilayah Narathiwat, Thailand
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang setiap hari
Makan seafood di restoran ini pastinya membuat anda gembira dengan kesegaran serta keenakan makanan laut yang disediakan. Menu pula banyak yang menarik untuk dicuba dan dinikmati.
Menu tomyam seafood pastinya menjadi pilihan utama, rasanya cukup luar biasa. Maggi goreng seafood, kerabu seafood, ikan stim, ikan goreng kerabu magga, kerang pedas, kerabu suhun, nasi sotong bakar, nasi daging merah dan sup daging antara lain yang wajib cuba.
Alamat : Jalan Wong Pradit, , Sungai Kolok, Narathiwat 96120, Thailand
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 1.30 pagi setiap hari
Makanan yang terdapat di Restoran Mak Daeng ini tidak jauh bezanya dengan makanan tempatan di Kota Bharu, Kelantan. Ini kerana Narathiwat dan juga negeri Kelantan berada bersebelahan sahaja dan sebab itu makanan di kedua – dua tempat ini memiliki banyak persamaan.
Nasir Buffet menyediakan dua jenis set buffet iaitu buffet biasa dan seafood buffet dengan harga yang sangat berpatutan. Paling menarik sudah tentulah seafood buffet yang menyediakan makanan laut segar untuk dinikmati.
Terdapat juga menu masakan panas lain yang boleh anda cuba juga. Antaranya siakap masam manis, tomyam, somtam, nasi kerabu dan bermacam lagi.
Alamat : Jalan Kok Khian, Daerah Bang Na, Daerah Mueang, Wilayah Narathiwat
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari
Menu western di sini memang terbaik, ditambah pula dengan kopi panasnya yang memang kaw. Anda boleh mencuba chicken chopnya yang rangup di bahagian luar, isi di dalam begitu lembut dan berperisa.
Selain itu, anda boleh menikmati salad, spaghetti, meatball, fries, nasi goreng daging bakar yang sangat popular, kerabu udang, somtam dan bermacam lagi.
Alamat : Sungai Kolok, 96120 Thailand
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.30 pagi hingga 9.00 malam setiap hari
Biarpun restoran ini diberi nama Ayam Boy, namun ia tidaklah semata – mata menyediakan menu berasaskan ayam. Menu yang terdapat di sini terdiri dari makanan Thai yang sememangnya popular.
Antaranya adalah tomyam, udang sos ikan (udang yang direndam dalam sos ikan), udang tempura, somtam, chicken chop, chicken popcorn, salad buah, mee kuah, bingsu, tart telur, roti bakar, daging bakar, kari hijau, pizza dan spaghetti. Rasailah sendiri keenakan menu yang ada di sini.
Alamat : Pasemat, Sungai Kolok, 96120 Narathiwat, Thailand
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari
Memang sedap kalau dapat makan sup sebagai menu hidangan. Dapat menambah selera jika dapat menikmatinya panas – panas.
Tiada yang lain selain sup sahaja di sini. Namun, supnya pula terdiri dari pilihan sup ekor, sup daging dan juga sup tulang. Rasa supnya begitu asli dengan rempah ratus yang tersendiri original dari Thai.
Alamat : 18 Jalan Thet Pathom Sungai Kolok, 96120 Narathiwat, Thailand
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 9.30 malam setiap hari
Cubalah rasai udang goreng nestum di sini, rasanya begitu menyelerakan dan tidak mengecewakan. Saiz udangnya juga agak besar dan mengliurkan.
Sotong celup tepung juga tidak ketinggalan untuk dicuba, ikan tiga rasa memang padu, tomyam udang galah pastinya membuka selera, ditambah pula daging goreng kunyit dan juga udang goreng kunyit. Kerabu suhun boleh juga dijadikan sebagai menu tambahan anda.
Alamat : 4057, Sungai Kolok, 96120 Narathiwat, Thailand
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 24 jam
Anda yang memang penggemar sate, boleh cuba sate di Restoran Yana Tomyam Seafood ini. Rasa sate yang lembut pastinya tidak mengecewakan.
Di samping itu, anda boleh mencuba pelbagai makanan Thai yang disediakan panas – panas dan menyelerakan. Antaranya nasi goreng seafood, nasi ayam, tomyam, kerabu seafood, udang goreng tempura, ikan stim dan juga roti canai.
Alamat : 77/1 No. 8 Jalan Wismawiro Sungai Kolok, 96120 Narathiwat, Thailand
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari
Jangan risau jika anda tiba – tiba inginkan makanan tempatan Malaysia jika berada di Narathiwat. Sekiranya anda inginkan char kueteow, soto, bolehlah datang ke NN Selera Penang.
Menu lain yang boleh anda nikmati juga adalah roti telur goyang, roti canai, nasi ayam, roti sosej keju dan sebagai penghilang dahaga anda boleh mencuba ABC dan juga cendol pulut duriannya yang memang awesome lah.
Alamat : Lembah 1, Sungai Kolok, 96120 Narathiwat, Thailand
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari
Tosyd Coffee menyediakan pelbagai menu halal yang boleh anda nikmati dengan tenang. Makanan di sini enak dan layanan yang diberikan juga sangat memuaskan hati. Lokasinya juga begitu sesuai dan selesa buat para pengunjung.
Anda boleh nikmati hidangan yang begitu popular di sini seperti grilled chicken, pizza, spaghetti, condensed egg rice with garlic shrimp, chicken kristy, spicy mama salad with filling, chicken teriyaki, spicy fried papaya salad dan tomyam seafood.
Sebagai penghilang dahaga, anda boleh mencuba Thai tea dan southern pearl tea manakala sebagai pencuci mulut pula anda boleh mencuba beberapa jenis bubur iaitu bua loi taro (bubur keladi), bubur kacang hirisan kelapa dan juga pengat pisang, memang indah rasanya.
Alamat : 725, Prachawiwat Road, Sungai Kolok, 96120 Narathiwat, Thailand
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari kecuali Isnin tutup
Restoran D2 Hi menyediakan pelbagai menu ala carte yang menarik untuk dicuba. Dibuka mulai jam 11.00 pagi setiap hari membolehkan anda menjamu selera. Ruang makan yang luas membolehkan anda menjamu selera dengan tenang dan selesa.
Pilih sahaja pelbagai menu menarik yang terdapat di sini, kebanyakannya menu berasaskan makanan laut yang segar. Anda boleh mencuba sotong goreng cili, bawal goreng kerabu, ikan stim limau, tomyam seafood, kerabu sardin, ketam goreng mentega, kerabu udang, kari seafood Thai dan udang goreng blackpepper yang menjadi kegemaran ramai.
Alamat : 105/3, Jalan Wong Withi, Sungai Kolok, 96120 Narathiwat, Thailand
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari
Bagi yang kaki steamboat dan kaki buffet bolehlah datang ke syurga makanan di Restoran Bang Ya ini. Ia terletak di sebelah jalan utama membolehkan anda menjumpainya dengan mudah.
Anda boleh menikmati hidangan steamboat dan juga bbq yang terdapat di sini dan di masak menggunakan dapur yang sangat old school iaitu menggunakan dapur arang yang disediakan di atas meja makan. Pelbagai pilihan makanan laut segar tersedia seperti udang galah, sotong, ketam, kerang, pepahat, etak laut, ikan serta bermacam kerang dan siput.
Perapan daging dan juga ayam juga begitu banyak pilihan. Anda juga boleh menikmati menu buffet lain seperti laksa, laksam, nasi goreng, mee goreng dan bermacam lagi. Jangan lupa sudahi menu anda dengan ABC, ais krim kelapa dan roti bakar.
Alamat : Sungai Kolok, 96120 Narathiwat, Thailand
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.30 pagi hingga 10.00 malam setiap hari
Dah baca sampai habis ? Memang banyak tempat makan halal di Narathiwat ini.
Jadi, anda tidak perlu risau semasa bercuti dan jalan – jalan di sekitar Narathiwat bersama keluarga dan teman tersayang.