Duduk di tengah-tengah ibu kota, apa yang paling menyeronokkan lagi selain berjalan-jalan di hujung minggu sambil menikmati makanan bersama keluarga. Mungkin ramai yang tidak tahu, KLCC selain menjadi tempat pelancongan yang dikagumi ramai ia juga menjadi lokasi tempat makan best di KLCC.

Bangunan yang megah dengan 88 tingkat ini bukan sahaja cukup mengasyikkan dengan panorama waktu malam, tetapi ia juga meriah sebagai destinasi yang rugi anda tidak kunjungi jika mahu menikmati makanan yang lazat dan puas hati.

Artikel pada kali ini akan menyenaraikan beberapa lokasi tempat makan best di KLCC yang paling mantap untuk anda cuba.

#1 Serai@KLCC

Image via [KL Foddie]

Tempat makan best di KLCC yang pertama adalah Restoran Serai. Restoran ini membawa tarikan dengan makanan tradisional Melayu yang diambil dari resepi zaman dulu. Keasliannya memang tidak boleh dibandingkan lagi.

Gabungan menu hidangan kasual dan mewah ini memenuhi rasa kontemporari kebanyakkan pelanggan yang datang untuk menjamu selera sambil melihat keindahan sekelilingnya.

Alamat: Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (11 am – 10 pm)

#2 Madam Kwan’s

Image via [family food travels]

Ingat nasi lemak di KLCC mesti dalam fikiran terus terbayang Restoran Madam Kwan’s. Bau santan nasi lemaknya yang kuat membawa memori yang begitu nostalgik untuk anda cuba lagi dan lagi. Nasi dihidangkan juga bersama kari ayam, sambal dan ikan bilis goreng yang ranggup.

Selain nasi lemak, menu lain yang menjadi tarikan ramai adalah laksa karinya yang dihidangkan bersama udang besar yang segar dan manis. Kombinasi kuahnya yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu pedas memberi rasa nyaman di lidah.

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, Petronas Twin Tower, Lot 420 421, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (11 am – 10 pm)

#3 Ben’s By Big

Image via [Suria KLCC]

Mengetengahkan inspirasi dari sajian moden Timur-Barat, Ben’s By Big tidak putus-putus dikunjungi ramai lapisan generasi untuk makan tengah hari dan bersantai di hujung minggu. Kualiti makanannya boleh dikatakan dalam kategori A+ kerana ia menitikberatkan soal kepuasan pelanggan yang utama.

Bukan itu sahaja, dari segi sajian utama dan manisannya juga berpatutan dengan hidangan yang besar seperti itu.

Alamat: Lot No. 140, Level 1, Suria KLCC, Persiaran Petronas, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (11 am – 10 pm)

#4 Pizza & Cafe Milano

Image via [Lhyno Vision]

Tidak perlu susah payah terbang beribu batu untuk dapatkan makanan asli dari Itali jika anda boleh dapatkan ia di Pizza & Cafe Milano. Tempat makan best di KLCC yang ini memang unik dan lain daripada yang lain.

Dari spaghetti, lasagna, pizza, pasta, dan dessert mereka, boleh anda nikmati dengan harga yang sangat berpatutan tetapi sedap. Menariknya, doh pizza itu dicanai sendiri dengan resepi istimewa yang dihasilkan turun-temurun. Rugilah tidak cuba!

Alamat: L2, KLCC Food Court, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (10 am – 9 pm)

#5 Sizzling & Claypot

Image via [google]

Hujan-hujan ini kalau pekana sizzling yee mee atau nasi panas mesti “syahdu”. Fuh, kuahnya yang pekat dengan telur cair di atas mee memang tidak mengecewakan langsung.

Sudahlah potionnya berbaloi, murah pun murah juga. Siapa sangka ada hidangan yang begitu enak ini di foodcourt KLCC.

Alamat: First Floor, Central Market, Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

Waktu operasi: Setiap hari (10 am – 10 pm)

#6 Bumbu Desa

Image via [ninja found]

Teringin rasa air tangan sajian autentik dari negara jiran, Indonesia pasti Bambu Desa pilihan terbaik. Restoran yang terletak di tingkat 4 Suria KLCC ini sangat dikenali ramai dengan tiga jenis sajian utamanya iaitu masakan Padang, masakan Sunda, dan masakan Melayu.

Ramai orang suka lepak di sini kerana ruang makannya yang selesa dan santai. Memang sangat sesuai untuk anda yang datang bersama keluarga atau rakan untuk makan atau mesyuarat bersama pelanggan.

Berlambak makanan di bahagian buffet dari appetizer, main dish, sehingga ke dessert sampai rambang mata dibuatnya. Apa sahaja menu yang terlintas di kepala, tunjuk sahaja kepada pelayan dan dia akan hidang di meja anda.

Alamat:  415, Suria KLCC, Jalan Ampang, 50088, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

Waktu operasi: Setiap hari (11 am – 8 pm)

#7 Chili’s Grill & Bar

Image via [o’food o’life’]

Bosan makan hidangan yang sama setiap kali keluar? Dengan pilihan menu yang ada di Chili’s Grill & Bar, anda tentu tidak rungsing lagi. Berpengalaman selama 40 tahun dalam industri F&B menjadikan restoran ini mempunyai pelanggan setianya setiap hari.

Apa yang menarik, sehingga hari ini menunya terus berkembang dengan gabungan pelbagai sajian negara yang diilhamkan dari barat, klasik, dan antarabangsa.

Alamat: KLCC, Lot 346B, Level 3 Suria, City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (11 am – 9 pm)

#8 Chinoz On The Park

Image via [where 2 makan]

Tempat makan best di KLCC yang seterusnya adalah Chinoz On The Park. Berkonsepkan rekaan yang moden, dan trendy klasik, restoran ini menawarkan menu berasaskan Mediterranean.

Kerana lokasinya yang begitu strategik di KLCC, anda boleh menonton panorama indah berada di tingkap yang besar sambil menikmati hidangannya yang menjilat jari.

Alamat: KLCC, G47, Suria, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (11.30 am – 10 pm)

#9 Open House

Image via [heart patrick]

Open House masih kekal menjadi restoran carian ramai orang yang mendambakan sajian tempatan yang dihidangkan dengan cara mewah. Tidak sedar masa terus berlalu dengan sekejap. Anda yang sedang menikmati masakan Melayunya terus terpaku melihat keindahan ruang makannya juga.

Justeru itu, tidak pelik jika ada sesetengah pelanggan yang mengakui kehadiran Open House telah menghidupkan semula minat bangsa asing dengan masakan Melayu.

Alamat: KLCC, Unit G48, Ground Floor 241, Suria, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (12 pm – 10 pm)

#10 Two Sons Bistro

Image via [forever hunger]

Bila sebut bistro, mesti ramai yang sudah terbayang masakan haute dan ruang yang kecil. Singga di Two Sons Bistro tengok menu pun pasti anda sudah tergoda. Mahukan masakan western, ada. Mahukan makanan Melayu pun mestilah ada.

Hidangan pembuka seleranya yang menjadi igauan ramai adalah Clams & Mussels Two Sons Bistro. Anda diberi pilihan sendiri untuk memilih sama ada kepah atau kupang, sos atau kuah, bersama sajian tambahan yang terdiri daripada mantau, roti garlic, atau kentang.

Itu baru menu pembuka selera, belum lagi yang lain-lain. Memang betullah buat orang tergoda.

Alamat:  KLCC, Level 4, Lot 415 & Kiosk OS404, Suria, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (10.30 am – 10 pm)

Belum cuba mana tahu kan? Kalau sudah cuba takut anda yang ketagih untuk datang dan makan lagi. Bagi yang masih tercari-cari ke mana hendak bawa keluarga anda keluar, semoga senarai tempat makan best di KLCC ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat.

Artikel Menarik Lain:

Selain tempat makan best di KLCC ini, jangan ketinggalan juga untuk anda baca tempat-tempat makan yang sedap dan awesome seperti yang berikut:

Penulis: Hannani Juhari

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.