Jika bercuti di Langkawi, tentulah teringin nak makan seafood tepi pantai! Bukan selalu nak merasa kan. Tanjung Tirai View Cafe adalah salah satu restoran tercantik dan terbaik yang boleh anda kunjungi sepanjang berada di Pulau Langkawi.

Terutamanya jika anda penggemar makanan laut, Tanjung Tirai View Cafe Langkawi ini menyediakan hidangan segar dengan kualiti yang tinggi dan harga yang berpatutan. Ramai juga yang memuji layanan staf dan pekerja di sini yang ramah dan membantu.

tanjung tirai
Imej via [google]

Suasana Tanjung Tirai View Cafe Langkawi

Bukan sekadar menghidangkan makanan yang menyelerakan, landskap serta suasana di sekitar Tanjung Tirai View Cafe ini juga menjadikan pengalaman bersantapan di sini sebuah memori yang sukar untuk dilupakan.

Apakah lebih indah daripada makan seafood bersuasanakan tepi pantai yang nyaman sambil ditiup angin laut?

view cafe
Imej via [shoptrack]
tanjung tirai
Imej via [shoptrack]

Menu Utama Di Tanjung Tirai View Cafe Langkawi

Tanjung Tirai View Cafe fokus kepada makanan laut sebagai hidangan utama. Antara juadah yang menarik di sini adalah Ikan Masak Tiga Rasa, Ikan Bakar, Sotong Goreng Tepung, Udang Stim Thai, Ketam Kari, Siput Masak Cili dan macam-macam lagi. Begitu juga tomyam dan sup yang berasaskan ayam, daging, sotong serta udang.

Tetapi menu signature dish yang menjadi kegemaran kebanyakan pengunjung di Tanjung Tirai View Cafe ini adalah hidangan istimewa Ikan Masak Asam Jawa. Panas-panas segar dan seimbang rasa masam asam jawanya.

tanjung tirai
Imej via [google]

Jangan ketinggalan untuk rasai set shell out jika anda datang bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Makan ramai-ramai shellout ni memang seronok dan meriah. Sedap pula tu.

Antaranya adalah set Seashell untuk 2/3 orang, set Deepsea untuk 4/5 orang dan Island Blue untuk 6/7 orang. Ianya boleh dipilih sama ada masakan buttermilk, tiga rasa atau sambal. 

Selain itu, Sea Food Platter iaitu gabungan udang, sotong dan french fries.

view cafe
Imej via [yerda]

Menu Lain Di Tanjung Tirai View Cafe Langkawi

Selain makanan laut, hidangan berasaskan ayam dan daging turut disajikan di sini. Sebagai contoh, ayam atau daging masak kunyit, cili, halia, kicap, paprik, buttermilk dan pelbagai variasi masakan lagi yang boleh dipilih. 

Juadah seperti nasi gorang pelbagai jenis, mee, kuey teow dan bihun juga tak kalah enaknya. Di samping itu, kerabu mangga, sotong, seafood dan sayur seperti kailan ikan masin, kangkung belacan, kailan sos tiram juga turut disediakan untuk anda nikmati.

view cafe
Imej via [google]

Sekiranya anda datang pada waktu petang, maka berpeluanglah untuk menikmati pemandangan matahari jatuh yang indah di tepi pantai.

Tempat ini juga boleh dikatakan ideal untuk berbulan madu kerana suasananya begitu romantis. Tanjung Tirai View Cafe Langkawi ini memang salah satu tempat makan yang menarik untuk dikunjungi!

Lokasi Restoran: Kompleks Jeti Pelancongan Kuah, 07000 Langkawi

Waktu Operasi: Setiap hari (5 pm – 12 am)

Nombor Telefon: 019-4172345

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.