Meskipun baru beberapa bulan  beroperasi, Sup Padu Gear Box Pendang mendapat sambutan yang luar biasa. Bagi mereka yang pernah merasai keenakan sup ini, pasti akan datang lagi untuk menikmatinya.

Terletak di lokasi strategik, Sup Padu Gear Box bukan sahaja dikunjungi penduduk tempatan tetapi pelanggan dari jauh. Bau aroma supnya yang dimasak dengan rempah ratus masakan Melayu pasti membuatkan sesiapa sahaja kecur air liur, apatah lagi ketika melihat tulang lembu yang terhidang di dalam mangkuk.

sup padu gear box pendang

Imej via Facebook

Sup Padu Gear Box Pendang Terbaik

Rata-rata pelanggan Sup Padu Gear Box Pendang memberi komen yang positif tentang keenakan sup gear box di sini. Sup Gearbox! Sekali pandang dah mengidam, sekali rasa nak cuba lagi. Harganya berpatutuan, maklumlah, sup gearbox siapa yang tak suka, sedapnya sehingga menjilat jari.

Selain dari sup gear box, bihun sup di sini juga power. Daging banyak. Selak daging baru nampak bihun.

bihun sup padu

Apa yang istimewanya di sini adalah daging yang lembut, mudah untuk dimakan. Jangan risau nak potong daging sebab tak liat. Sambil hirup sup sambil makan daging memang padu.

Bagi penggemar sup, memang patut masukkan Sup Padu Gear Box ini dalam wishlist anda jika berkinjung ke Kedah. Kalau yang menggunakan lebuhraya PLUS ke Alor Setar apa kata keluar dulu di Exit Pendang. Singgah datang sini untuk menikmati sup gear box yang sedap dan kini menjadi sebutan warga Kedah.

Korang kalau datang Pendang, singgahlah ke tempat makan best di Pendang ini tau. Inshaallah sangat berpuas hati makan dekat sini. Lagi-lagi jika anda penggemar sup gearbox. Highly recommend.

Sup yang pekat dengan daging yang penuh di tulang pasti akan melompat-lompat bila di nikmati. Dengan harga yang memang berpatutan disamping dapat menikmati hidangan yang menarik dan menyelerakan adalah terbaik.

Alamat

Restaurant Sup Padu Gear Box

No.2 Bagunan Orkid

Sebaris Klinik Hj Ayaz

Pekan Pendang 06700

Kedah Darul Aman

 

Waktu Operasi

Waktu : 12.30 Tgh Hari- 10.00mlm

Cuti : Setiap Rabu

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.