Mencari steakhouse sekitar Lembah Klang yang menarik?

Hari-hari makan nasi dan tomyam sahaja untuk menu makan malam, kadangkala teringin juga nak menikmati stik yang lembut dan juicy dagingnya. Kekenyangan juga pasti terjamin kerana kandungan protein yang tinggi.

Oleh itu, berikut kami senaraikan 10 steakhouse di Lembah Klang yang boleh anda terjah. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

#1 TTDI Meat Point

Alamat: 62, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis 12 – 10.30 pm manakala Jumaat 6 – 11 pm, Sabtu & Ahad 12 – 11 pm

Di TTDI, Meat Point merupakan steakhouse yang cukup gah namanya sekitar situ. Sebut sahaja namanya pada orang TTDI, pasti mereka tahu dan pernah terdengar tentangnya.

Motto di sini ringkas sahaja – menawarkan stik yang terbaik kualitinya. Dan semestinya, stik yang disajikan memang sangat cemerlang dari segi kualiti daging.

ttdi meat point steakhouse lembah klang

Imej via Foursquare

Jenis stik yang kerap menerima pesanan di sini ialah rib-eye. Dari gambar sahaja sudah nampak betapa juicy stik tersebut, memang boleh bikin sesiapa sahaja terliur melihatnya!

#2 Suzi’s Corner

Alamat: Jalan Ampang, Kampung Berembang, 55000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 5.30 pm – 5 am

Tidak dinafikan, kebanyakan steakhouse menawarkan harga yang agak tinggi, sekitar RM 40 ke atas untuk stik. Namun, tidak mustahil untuk anda menemui steakhouse yang menawarkan harga yang berpatutan.

suzis corner

Imej via Instagram

Suzi’s Corner merupakan salah satunya. Walaupun harga yang boleh didapati di sini serendah RM 25, kualiti stiknya masih dijamin baik. Malah, saiz hidangannya juga besar, sangat berbaloi!

#3 Jahhet Fine Meat

Alamat: E—G-09, Streetmall Bangi Gateway, Jalan GE, Bangi Gateway, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 12- 10 pm manakala Jumaat 3 – 10 pm

Buat pencinta stik, restoran Jahhet Fine Meat ini pasti akan memuaskan hati anda dengan kualiti stik yang ditawarkan. Kalau dah nama restorannya pun “Fine Meat”, semestinya kualiti stik di sini terbaik!

jahhet fine meat

Imej via Foursquare

Wagyu merupakan jenis  stik yang laku keras di steakhouse ini. Anda boleh cuba sirloin, tenderloin, rib finger & tomahawk. Dijamin puas hati!

#4 Samba Brazilian Steakhouse

Alamat: Avenue K, 3, 156, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 10.30 pm

Alang-alang singgah membeli belah di Avenue K, tak salah kalau anda mengisi perut dengan menikmati stik di Samba Brazilian Steakhouse ini.

samba brazilian steakhouse lembah klang

Imej via Foursquare

Selain kualiti stik yang dijamin terbaik, ianya juga halal. Anda boleh cuba potterhouse, rib, sirloin dan wagyu. Aroma stik yang dibakar pun sudah cukup memikat, bayangkanlah keenakkannya sendiri!

#5 Me’nate Steak Hub (Shah Alam)

Alamat: Lot F-36, Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm manakala Jumaat 3 – 11 pm

Me’nate ini merupakan steakhouse yang sangat popular di Malaysia. Mempunyai beberapa cawangan seperti di Ampang dan Setapak, ini jelas menunjukkan yang steakhouse ini memang terkenal.

steakhouse lembah klang

Imej via Foursquare

Kualiti stik di sini memang dijamin terbaik. Sirloin, wagyu, beef, lamb rack & rib-eye merupakan antara stik yang wajib anda cuba. Kami berani jamin anda akan berpuas hati dengannya!

#6 The Beato Dry Aged Steakhouse Publika

Alamat: D2-G3-9 Solaris Dutamas (Publika), 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 5 pm – 12 am, manakala hujung minggu 1 – 3:30 pm, 5 pm – 12 am

Mula beroperasi sejak November 2012, The Beato merupakan antara steakhouse yang terkenal sekitar Jalan Dutamas. Jika anda baca ulasan di Internet, ramai memuji kualiti stik yang sangat baik.

steakhouse lembah klang

Imej via Foursquare

Antara jenis stik yang boleh didapati di sini ialah sirloin, rib-eye, t-bone, tenderloin potterhouse. Isi stik yang lembut dan harum aromanya jelas membuktikan kecemerlangan kualitinya!

#7 Tony Roma’s

Alamat: Sunway Pyramid Shopping Mall LG 1.43, Lower Ground One, 47500, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm

Restoran yang terkenal dengan hidangan Barat ini turut menyajikan stik yang mendapat pujian ramai. Terletak di Sunway Pyramid, alang-alang membeli-belah di situ, singgah sahaja untuk mencuba stik yang enak.

Soal status Halalnya anda tak perlu risau, kerana restoran ini menggunakan bahan mentah yang Halal dan telah menurut pengusahanya, mereka telah mendapat sijil Halal dari JAKIM.

steakhouse lembah klang

Imej via Foursquare

Antara jenis stik yang boleh dicuba ialah rib dan sirloin. Komen-komen positif tentang keenakkan dan kelembutan dagingnya membuktikan yang kualiti stik di sini memang bagus!

#8 Sixty9 Islamic Steakhouse

Alamat: 341, Lorong Sarawak, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis 11 am – 11.30 pm, Jumaat 3 – 11.30 pm manakala hujung minggu 8 am – 11.30 pm

Walaupun ada banyak steakhouse yang boleh didapati, tak semuanya halal. Jangan risau, yang kami senaraikan ini memang halal, dan Sixty9 Islamic Steakhouse meerupakan salah satu darinya.

steakhouse lembah klang

Imej via Foursquare

Terletak di Taman Melawati, steakhouse ini menyajikan jenis stik yang segar. Jenis sirloin merupakan antara yang terlaris. Hidangan lain yang berasaskan makanan Barat juga boleh anda pesan bersama.

#9 Tok Wan Grill

Alamat: No.12, Jln Jati Bukit P11/25, Presint 11, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 10.30 pm

Jika anda berada sekitar Putrajaya, Tok Wan Grill adalah salah satu steakhouse yang kami syorkan untuk anda terjah. Bukan sahaja menyajikan stik yang segar dan enak, malah saiznya juga besar!

tok wan grill steakhouse lembah klang

Imej via Foursquare

Antara jenis stik yang laku keras di sini ialah t-bone dan short ribs. Yang menarik tentang stik di sini ialah ianya diperap dengan kopi yang membangkitkan aromanya yang harum!

#10 Las Vacas Mont Kiara

Alamat: LG, Lot 1A, New Wing Mont Kiara Shoplex, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, hari minggu  10.30 am – 10.30 pm manakala hujung minggu 10.30 am – 11 pm

Mont Kiara memang ada banyak kafe dan restoran yang menyajikan aneka jenis genre makanan. Steakhouse seperti Las Vacas juga tidak terkecuali.

Perkataan ‘vaca’ pada nama steakhouse ini merupakan perkataan Spanish, yang bermaksud daging lembu. Daging di sini memang berkualiti tinggi dan ianya diakui sendiri oleh ramai pelanggannya.

las vacas steakhouse lembah klang

Imej via Foursquare

Antara yang boleh dicuba ialah sirloin, short loin, shank dan rib-eye. Saiz hidangan yang besar pasti akan menjamin kekenyangan, sangat berbaloi!

Kesimpulan

Banyak juga steakhouse di Lembah Klang yang boleh anda terjah. Ini baru 10 kami senaraikan, belum lagi kami senaraikan kesemuanya. Pasti anda akan rambang mata!

Jika anda berada sekitar Lembah Klang, jangan lupa singgah di steakhouse yang kami senaraikan ini. Datang pada waktu yang sesuai ya, takut nanti terlepas peluang pula.

Selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.