Pernah makan Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru? Tak pernah? Arr ruginya. Kedai nasi lemak ini adalah antara yang sedap di Kuala Lumpu. Salah satu tempat makan best di Kuala Lumpur yang patut anda cuba. Tetapi kami pasti, kalau anda sememangnya tinggal atau berhijrah ke sini, nasi lemak ini mesti anda pernah makan ataupun diceritakan oleh kawan.
Hari ini kami ingin kongsi sejarah dan pengasas Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru. Telah bermula sejak tahun 1970an lagi. Kira-kira 40 tahun dahulu.
Lot 7C Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur50200
Ianya adalah diasaskan oleh seorang wanita yang cukup gigih. Pada tahun 1973, Puan Normi Tandoh, pengasas perniagaan Nasi Lemak Antarabangsa mengambil langkah memulakan perniagaan nasi lemak di Kampung Baru yang ketika itu merupakan kawasan perumahan orang Melayu. Bermula dengan menanak beberapa kilogram beras, perniagaannya terus berkembang dari setahun ke setahun.
Dari menanak kira-kiri 5 kilogram beras sehari pada awal 70-an, Puan Normi perlu memasak sehingga 50 kilogram beras sehari untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin mengenali kedainya. Keenakan nasi lemak Puan Normi terus mendapat sambutan masyarakat pelbagai kaum yang membuka hati ibu kepada enam anak itu untuk menamakan gerainya Nasi Lemak Antarabangsa. Nama itu dipilih bagi menghargai seorang juruterbang MAS ketika itu yang gemar membeli nasi lemak tersebut untuk dibawa ke luar negara setiap kali dia bertugas.
Untuk berjaya kita memerlukan usaha dan tuah. Nyata tuah juga menyebelahi pengasas Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru.Keenakan nasi lemak Normi mula mendapat perhatian media apabila Harian Metro menjadi akhbar pertama menulis mengenai kehebatan Nasi Lemak Antarabangsa.
Sejak itu, nama Nasi Lemak Antarabangsa bukan saja terus tersebar menerusi buah mulut orang ramai tetapi juga menerusi liputan media cetak dan eletronik.
Tahun 1990-an juga menyaksikan perubahan drastik dalam waktu perniagaan Puan Normi. Sejak memulakan perniagaaan pada tahun 1973, beliau mula berniaga dari pukul 6 pagi hingga sebelum tengahari. Tetapi atas permintaan para pelanggannya, pada bulan Ramadhan 1994, beliau telah mengubah waktu perniagaan dari 6 petang sehingga 10 malam yang kemudiannya dilanjutkan ke pukul 11 pagi keesokan harinya.
Kini kedai ini mempunyai beberapa cawangan
Apa lagi, terjahlah sebelum terlambat.