Baru tahu di Setapak Kuala Lumpur rupanya ada restoran steamboat dan buffet yang berkonsepkan sampan! Ya, keunikan restoran steamboat ini adalah mejanya berbentuk sampan. Bukan kecil, tetapi besar juga sekali dengan kerusi seolah-olah kita duduk di atas sampan sambil makan.

sampan steamboat setapak
Imej via [facebook]

Keseronokan berkunjung di sini adalah anda boleh makan secara unlimited mengikut promosi atau pilihan yang anda mahukan. Sama seperti restoran steamboat yang lain, kita boleh mengambil makanan dan memasak di atas dapur. Jadi, kalau nak datang makan di sini, mestilah kena makan puas-puas dan lama.

sampan steamboat setapak
Imej via [fb]

Menu Steamboat Di Sampan Steamboat Setapak

sampan steamboat setapak
Imej via [facebook]

Boleh dikatakan segala jenis makanan laut yang segar sangat lengkap di Sampan Steamboat Setapak ini. Anda boleh memilih pelbagai pilihan makanan untuk steamboat seperti daging, ayam, sotong, udang, pahat, siput, kerang, lala dan banyak lagi makanan segar.

menu steamboat
Imej via [fb]

Memang puas sangat makan sebab menu steamboat seperti bebola daging, ayam, ikan, ketam, udang dan banyak lagi turut tersedia. Untuk peminat sayur, tak perlu bimbang kerana banyak jenis sayur pun ada di sini.

menu steamboat
Imej via [fb]
menu steamboat
Imej via [google]

Antara menu premium yang boleh anda cuba disini adalah Sampan Signature Shellout. Ketam dan siput yang disajikan adalah sangat segar dan lazat. Kuantiti makanan yang diletakkan juga adalah banyak, sungguh mengenyangkan. Ikan siakap tiga rasa dan sotong buttermilk juga menjadi pilihan ramai.

sampan steamboat setapak
Imej via [facebook]

Tidak lupa juga dengan dessert atau pencuci mulut Sampan Steamboat Setapak ini. Aneka puding, coeslow, salad, buah-buahan dan banyak lagi boleh anda pilih.

sampan steamboat setapak
Imej via [facebook]

Set Buffet Di Sampan Steamboat Setapak

Selain makanan steamboat, terdapat juga hidangan buffet seperti set nasi dan lauk pauk. Harga set buffer tidak mahal tetapi sangat berbaloi. Dengan berbelas-belas ringgit sahaja anda dah dapat makan nasi, lauk pauk seperti ayam masak merah, ikan masak taucu, nasi goreng cina, bihun goreng dan sup sayur pada hari-hari tertentu. Menarik bukan?

sampan steamboat setapak
Imej via [facebook]

Keseronokan Dan Kemudahan Makan Di Sampan Steamboat Setapak

Jika duduk lama-lama di restoran steamboat Sampan ini, tidak menjadi masalah kerana tersedia kemudahan seperti tandas untuk kegunaan anda. Selain itu, restoran ini sangat bersih dan kemas.

Bahagian makanan dan tempat duduk juga sangat rapi dan kemas tersusun. Ramai yang suka ke sini kerana makanan juga lengkap dengan pelbagai jenis makanan laut dan menu steamboat.

Sampan Steamboat | Makan Dengan Harga Sangat Mampu Milik

Harganya sangat berbaloi dan berpatutan. Dengan serendah RM 35 sahaja bagi dewasa dan RM 17 sahaja bagi kanak-kanak, anda dapat menikmati steamboat dan Sampan Steamboat Setapak ini.

steamboat setapak
Imej via [fb]

Tiada masalah jika ingin datang beramai-ramai ke sini, sememangnya Sampan Steamboat Setapak ini sangat sesuai untuk anda makan bersama keluarga dan kawan-kawan.

Lokasi: No 2, Jalan Seri Rejang 4, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 12 tengahari – 11 malamWaktu Operasi: 01163399838

Jom baca juga tempat makan menarik di BBQ Lamb Kemensah, Kak Su Laksa Perlis dan Warung Kak Eta.

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.