Sebut saja burger ayam, pasti ramai yang terus dapat bayangkan kesedapannya. Tidak hairanlah bagaimana gerai burger Rockers Corner ini berjaya mencuri perhatian ramai dengan menu istimewanya.

rockers corner

Imej via Facebook

Bagi peminat burger di Sungai Petani pasti mengakui kesedapan burger ayam yang dijual disini. Dengan limpahan keju yang padu pada setiap hidangan membuatkan anda teringat-ingat burger mereka.

Burger Sedap dan Murah di Rockers Corner

Harganya yang cukup murah juga menjadi antara tarikan untuk orang ramai mencuba burger ini. Bermula dengan harga serendah RM5.50, anda boleh enjoy burger di Rockers Corner. Walaupun murah kualiti burger di sini memang tip top.

Sajian hebat ini pastinya memikat selera penggemarnya. Anda boleh menikmati rasa enak bersama resipi asli di Rockers Corner.

Apa yang membuatkan burger ini sedap? Burger ini menggunakan patty peha ayam yang digoreng hingga rangup dan dihidangkan panas-panas. Ayam peha yang diperap dengan resepi asli akan membuatkan anda rasa kelainan burger kami berbanding burger lain.

Daging yang besar dan sos yang melimpah, mayonis yang banyak buat anda akan singgah makan burger kat kedai ni hari-hari. Burger ayam goreng di sini cukup nikmat rasanya! Isi ayam yang lembut dan rangup di luarnya menjadi kunci utama menu ini begitu istimewa.

Di Rockers Corner bukan sekadar burger ayam. Burger daging dan sosej juga dijual. Bagi penggemar sosej, anda boleh memesan special pepperoni. Sosej yang dijual di sini cukup puas hati.

rockers corner mix

Tak sabar nak cuba? Dapatkan info mengenai gerai Rockers Corner

INFO

Lokasi: bersebelahan Balai Bomba Sungai Petani

Waktu Perniagaan : Rabu – Ahad ( 6.00pm – 1.00am)

Hubungi : 016-8581529 / 019-5464087

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.