Restoran Tempayan ini terletak di Sungai Buloh Selangor mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Ia telah beroperasi sejak tahun 2013 lagi dan sering menjadi antara lokasi pilihan untuk slot drama TV3 dan juga menjadi pilihan Dato’ Aliff Syukri pengasas D’Herbs menjamu selera.
Susun atur dan dekorasi dalam restoran ringkas, kemas dan teratur. Terdapat kemudahan awam seperti tandas, surau serta playground kanak – kanak.
Restoran ini menyediakan masakan kampung yang sering menjadi kegilaan para pengunjung antaranya hidangan asam pedas yang sangat marvellous.
Tidak hairanlah apabila menjelang tengahari, restoran ini akan dipenuhi para pelanggan untuk menjamu selera.
Antara lain yang turut menjadi pilihan di sini adalah nasi ayamnya yang dikatakan begitu enak sekali. Nasi dan ayam yang dihidangkan dimasak sempurna serta lembut sahaja.
Sambal cilinya juga kurang pedas sangat sesuai dimakan oleh semua peringkat umur. Saiz hidangannya pula bersaiz medium dan sangat bersesuaian buat semua.
Anda boleh mencuba makanan tradisional lain yang terdapat di sini iaitu lempeng yang dimakan bersama kuah kari ayam dan kentang.
Namun, jika anda tidak suka makan bersama kuah, anda boleh menikmati lempeng tersebut begitu sahaja kerana ternyata ianya tetap sedap tanpa sebarang pencicah.
Selain nasi ayam, menu lain yang boleh anda nikmati adalah set nasi bersama asam pedas dan juga set nasi bersama ayam kampung berempah yang begitu garing serta sedap rangup sekali.
Terdapat juga set nasi bersama ikan bawal bakar yang rangup. Selain set nasi, terdapat juga lauk pauk yang boleh anda cuba seperti asam pedas kepala ikan, ayam masak merah, nangka masak lemak cili api, lala, ulam – ulaman serta banyak lagi pilihan.
Bagi yang ingin makanan yang agak ringan berbanding nasi, bolehlah mencuba Mee Udang yang begitu menyelerakan.
Udang yang diletakkan ke dalam mee ini agak banyak dan pasti memberi satu kepuasan buat para pelanggan.
Sambil bersantai petang di restoran ini, anda juga boleh mencuba cucur udangnya yang rangup serta digoreng panas buat para pelanggan.
Para pelanggan yang menggemari hidangan makanan Barat boleh datang menjamu selera di sini pada sebelah malam kerana hidangan ini hanya disediakan pada waktu malam sahaja.
Restoran ini turut menyediakan ruang privasi untuk para pelanggan mengadakan sebarang jamuan atau majlis kecil – kecilan.
Restoran ini dibuka setiap hari jam 7.00 pagi hinggalah jam 12.00 pagi. Kebiasaannya para pelanggan mula memenuhi restoran ini menjelang tengahari kerana rata – rata para pelanggan terdiri daripada para pekerja yang bertugas di sekitar kawasan restoran ini.
Sememangnya Restoran Tempayan ini menyajikan hidangan yang pasti lazat serta berkualiti setanding dengan harga yang dikenakan.
Alamat : 7398 Tingkat Bawah, Jln 1A/3 Bandar Baru Sg Buloh, Sungai Buluh, 47000 Selangor