Tidak ada yang lebih seronok ketika bercuti di Langkawi selain daripada selepas penat bermandi manda di Pantai Cenang, terus dapat menjamu selera di Selera Lubuk Buaya!

Lokasi Restoran Selera Lubuk Buaya Langkawi ini hanya beberapa langkah sahaja dari Pantai Cenang. Restoran Selera Lubuk Buaya menyediakan pelbagai jenis masakan melayu dan makanan laut yang sangat menyelerakan.

Harganya berbaloi sesuai dengan kualiti hidangan dan aneka hidangan. Restoran ini sangat sesuai untuk anda datang bersama keluarga atau teman-teman, karena mereka menyediakan jumlah hidangan yang besar dengan harga yang berpatutan.

selera lubuk buaya
Imej via [jomjalan]

Layanan yang diberikan di restoran Selera Lubuk Buaya Pantai Cenang ini juga sangat baik. Para pekerja sangat ramah dan pantas ketika melayani pelanggan. Mereka dengan senang hati membantu setiap permintaan dan pertanyaan yang diajukan.

selera lubuk buaya
Imej via [google]

Menu Utama Di Restoran Selera Lubuk Buaya Langkawi

Selera Lubuk Buaya menyediakan makanan makan malam berunsurkan seafood dan gorang-gorengan. Set yang ditawarkan di sini sesuai untuk makan secara individu dan juga beramai-ramai.  Nak datang makan sendiri atau beramai-ramai pun boleh.

Menu ikan yang menjadi kegemaran di sini adalah masak tiga rasa, masak masam manis, masak cili, bakar dan sebagainya. Manakala menu berunsurkan sotong dan udang pula terdapat banyak variasi masakan.

Misalnya adalah masak paprik, masam manis, goreng kunyit, cili, 3 rasa dan lain-lain lagi. Lauk pauk di sini semuanya segar dimasak panas-panas buat anda. Selain itu, jangan ketinggalan untuk merasai tomyam dan sotong, udang goreng tepung yang boleh dipilih saiz juga di Restoran Selera Lubuk Buaya ini.

selera lubuk buaya
Imej via [google]

Tidak dilupakan juga pelbagai jenis nasi goreng yang gemar dijadikan makanan berat oleh pengunjung. Nasi goreng yang disajikan adalah nasi goreng tomyam, nasi goreng usa, nasi goreng hailam, nasi goreng lubuk buaya dan bermacam-macam lagi. 

Selera Lubuk Buaya turut menyajikan makanan set seafood istimewa. Antara hidangan dalam set seafood ini adalah ketam atau udang cili thai, siput lala cili thai, lala halia, buluh halia dan sebagainya. Baunya sahaja akan membuatkan anda tidak keruan, apatah lagi merasainya.

selera lubuk buaya
Imej via [google]

Menu Lain Di Restoran Selera Lubuk Buaya Langkawi

Di samping seafood, masih terdapat makanan lain yang berasaskan ayam dan daging di sini. Menu ayam dan daging dengan pelbagai jenis cara masakan seperti paprik, cili, goreng kunyit, lada hitam, halia pasti akan menambat hati anda.

Selain daripada itu, sup ayam, daging, ekor, tulang juga tersenarai dalam menu di sini. Untuk kesihatan, sudah tentulah sayur sangat penting, restoran Selera Lubuk Buaya juga menyajikan sayuran seperti kailan ikan masin, kangkung belacan dan lain-lain lagi. Jangan ketinggalan untuk menikmati bermacam jenis kerabu di sini juga ya.

Menu sampingan lain yang istimewa pula adalah pulut durian, pulut mangga, pulut ayam, somtam, semestinya terbaik untuk dijadikan pencuci mulut.

restoran selera lubuk buaya
Imej via [google]

Restoran Pilihan Di Pantai Cenang Langkawi

Restoran Selera Lubuk Buaya Pantai Cenang Langkawi ini adalah restoran menarik yang boleh anda datang beramai-ramai bagi merasai sendiri kehebatan seafood dan masakan makan malam yang disajikan.

Lokasi: Lot 9659 Kg Pdg Puteh, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 3.30 pm – 11.30 pm
No Telefon: 017-5467914

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.