Melihat fenomena rakyat Malaysia yang menggemari makanan Arab, kami disini akan berkongsi 3 restoran terbaik yang menghidangkan menu nasi arab di sekitar Putrajaya.

Menu nasi Arab disini mungkin sama seperti di kebanyakan restoran sajian Asia Barat lain di negara ini. Cuma apa yang berbeza adalah cara penyediaan dan resipi tersendiri yang membuatkan setiap hidangan di restoran-restoran ini mempunyai keunikannya tersendiri.

Ayuh kami kongsikan!

#1 Al-maeda Arabian Cuisine

Imej via TripAdvisor

Almaeda Arabian Cuisine merupakan satu tempat yang menakjubkan di Ayer8, Putrajaya. Ia menyediakan pelanggannya dengan masakan Arab yang dimasak dengan baik.

Restoran berkonsep kasual ini juga menawarkan pelbagai hidangan lain selain daripada Nasi Arab. Antara yang kami telah cuba dan menjadi kegemaran kami adalah masakan Khabsa, Akdah dan juga Haneeth.

Kami juga turut mencuba roti istimewa mereka yang sangat besar! Boleh dimakan berdua atau dijadikan sebagai pembuka selera.

Imej via Tripadvisor

Banyak lagi pilihan menu makanan di restoran Al-Maeda ini yang belum kami cuba. Suasana disini sangat tenang dan bertempat di tepi Tasik Putrajaya. Restoran ini dibuka dari jam 11:30 pagi hingga 11:30 malam. Sesuai untuk seisi keluarga dan juga bersama rakan-rakan.

#2 Madfoon Palace

Imej via FoodAdvisor

Sebut sahaja restoran Nasi Arab yang berkonsepkan romantis, pasti ramai yang akan mengesyorkan Madfoon Palace! Madfoon Palace yang bertempat di Presint 2 ini mempunyai pemandangan yang mewah dan suasana yang sangat menarik serta romantis.

Suasana ni Madfoon Palace sangat meriah pada waktu makan tengahari.

Imej via TableApp

Madfoon Palace menyediakan pelbagai hidangan ala Yemen. Antara yang sedap disini ialah Madfoon Lamb dan Madfoon Chicken yang dihidangkan dengan begitu banyak. Sesuai untuk membawa seisi keluarga dan juga teman-teman yang ehhem istimewa!

#3 Balqis Restaurant

Imej via Balqis.net

Salah satu restoran Arab yang terbaik di Putrajaya. Balqis Restaurant juga bertempat di Ayer8. Balqis Restaurant adalah sesuai bagi mereka yang menggemari hidangan kasual seperti Lamb Mandy. Hidangan ini adalah antara yang paling popular di sana.

Imej via Balqis.net

Selain Nasi Mandy, ada pelbagai lagi hidangan menarik yang boleh anda cuba seperti Zigney, Arayesi serta hidangan ala Barat. Kegemaran kami disini ialah Lamb Kebab!

Dengan rempah ratus yang seimbang dan dimasak cukup enak bagi kami. Sesuai untuk membawa rakan-rakan mahupun keluarga disini.

Kesimpulan

Bagaimana dengan anda? Kedai makan nasi arab di Putrajaya yang manakah menjadi pilhan hati anda?

Penulis: Ahmad Munawar Mohamad

Penggemar nasi arab dan apa jua makanan yang ada kambing. Suka memasak dan seringkali bereksperimentasi dengan makanan!

Tinggalkan Komen!

〰〰

Langgan Info Kami

Berkaitan

〰〰
.