Marhaban Ya Ramadhan, ungkapan yang sering kita dengari menjelangnya bulan Ramadhan.

Sebut sahaja nama Restoran Marhaban Bikum, sudah pasti anda akan menduga bahawa restoran ini menyajikan masakan dari Negara Arab. Kalau anda nak tahu, maksud Marhaban Bikum adalah Selamat Datang dan restoran ini sangat mengalu – alukan kedatangan para pelanggan.

Apa Menu Di Sini ?

Sebenarnya, restoran ini bukanlah menghidangkan hidangan dari Negara Arab semata – mata, namun banyak lagi pilihan menu yang dihidangkan di sini.

Orang kata, nama restoran sahaja yang berbunyi seperti dari Negara Arab, namun macam – macam ada di restoran ini.

Murtabak Udang

Imej via facebook

Sebab itulah, pemilik restoran ini ini tidak menampilkan sebarang tema di restoran ini. Yang penting, menu yang dihidangkan di sini pasti sedap.

Siapa Pengusaha Restoran Ini Agaknya ?

Restoran ini telah diusahakan oleh pasangan ipar-duai iaitu Chef Muhammad Hafiz Abd Halim dan juga Mohd Nadzry Md Yatim yang diusahakan 8 tahun yang lalu dan bermula dengan hanya sebuah gerai makan di bawah pokok sahaja.

Usaha yang tidak mengenal erti putus asa membuat kejayaan mula menyapa.

Menu Murtabak Kambing Pilihan Ramai

Murtabak Kambing yang kaya dengan daging kambing bersama lelehan keju tabur yang mencair sewaktu dimasak diatas kuali leper, cukup mengujakan sewaktu mulai suapan pertama.

Keenakan murtabak kambing ini ternyata begitu mempesonakan malah ia turut diiktiraf sebagai murtabak kambing Singapura, the best in town !

Murtabak Kambing

Imej via syuhawada

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, Chef Muhammad Hafiz berusaha mempelajari cara memasak murtabak kambing dari seseorang yang berada di Selatan tanahair.

Ternyata usaha tersebut membuahkan hasil yang begitu mengagumkan apabila ramai pelanggan yang sangat menggemari murtabak kambing yang dihidangkan di restoran ini.

Malah, ramai pelanggan tetap sering memesan murtabak kambing tatkala berkunjung ke sini.

Keistimewaan Murtabak Kambing

Hirisan daging nipis serta lembut membuatkan ia mudah dikunyah, ditambah pula rasa rangup murtabak dimakan bersama kuah kari memberikan rasa yang begitu padu dan ternyata ianya sukar digambarkan dengan kata – kata.

Melainkan anda sendiri yang kena mencubanya.

Pelbagai Jenis Nasi Pun Ada

Selain murtabak kambing yang sering dipesan oleh para pelanggan, terdapat juga menu – menu lain yang turut  menjadi pilihan pelanggan.Antaranya adalah nasi Arab, nasi goreng kambing dan masak lemak Negeri Sembilan.

Sangat mementingkan kepuasan pelanggan, pemilik restoran ini tidak akan kompromi dengan rasa. Sebab itulah, menu yang terdapat di sini sentiasa menjadi pilihan pelanggan yang datang menjamu selera.

Lamb Chop Sedap

Imej via facebook

Menu – menu western juga turut dihidangkan buat para pelanggan kerana rata – rata pelanggan di sini terdiri dari berbilang kaum.

Jadi,  ia bukanlah suatu masalah  kepada para pelanggan untuk memilih menu hidangan di sini. Susun atur di dalam restoran ini agak ringkas bersama dekorasi yang sangat minima.

Western Food

Imej via facebook

Biarpun hanya berdekorasi ringkas, namun ia sangat memberi ketenangan kepada para pelanggan yang menjamu selera di sini.

Waktu Operasi

Restoran ini mula beroperasi pada jam 10.00 pagi hinggalah jam 12.00 tengah malam setiap hari kecuali hari Isnin.

Alamat : Restoran Marhaban Bikum , No. 39, Jalan Medan PB1A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

(Landmark: Belakang Hospital Az-Zahra)

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.