Tercari-cari restoran makanan Korea yang halal dan enak sekitar KL & Selangor?
Tidak dinafikan, selain makanan Barat dan makanan Thai, makanan Korea juga merupakan makanan luar yang kena dengan citarasa orang kita. Tambah pula dengan pengaruh K-pop dan K-drama, lagilah ramai mahu mencuba makanan Korea!
Jadi, berikut kami sediakan senarai 10 restoran makanan Korea yang halal, asli dan sedap buat anda. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Alamat: Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 11.30 malam
Restoran Sweetree ini merupakan antara restoran yang paling popular di Ampang. Sebut sahaja namanya, pasti orang Ampang pernah terdengar atau makan di sini.
Ada berbagai jenis makanan Korea yang boleh dicuba. Antaranya ialah Gochujang Glazed Fried Chicken. Ketulan ayam goreng pedas ini disediakan bersama bersama keju. Sedap tak terhingga!
Selain itu, menu lain seperti Kimchi Jigae dan Dak-galbi juga merupakan antara yang terlazat. Alang-alang singgah di sini, pesan sahaja kesemua ini sekali. Lebih meriah!
Alamat: 28, Jalan SS 15/8, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 11 malam
Restoran yang dahulunya dikenali sebagai The Street Cafe ini merupakan antara restoran yang terkenal sekitar SS15. Yang penting, makanan Korea yang disajikan memang sedap dan halal.
Menu-menu yang boleh anda cuba di sini ialah kimchi, bibimbap, bulgogi, dakgalbi, jajangmyeon dan ramen. Hidangan-hidangan ini bersaiz besar, jadi ianya bukan sahaja menyelerakan, malah mengenyangkan.
Suasana restoran ini juga cukup santai. Dekorasinya ringkas dan cantik. Dari segi servis dan kebersihan pula, memang terbaik. Rugi kalau tak singgah!
Alamat: Soho KL, No. J – G _ 02, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 11 malam
Alanag-alang singgah di Soho KL, apa kata anda cuba makanan korea yang halal di Mr. Dakgalbi ini? Restoran makanan Korea ini mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia, memang popular!
Menu yang paling popular di Mr. Dakgalbi ialah Cheese Ring. Ianya merupakan menu bersaiz besar yang menyajikan ramen bersama keju yang mengelilinginya. Soal memasak jangan risau, kerana staf akan menyediakannya buat anda.
Selain itu, anda juga boleh mencuba Dak-galbi. Ada set makanan laut dan set daging, pesan sahaja set yang anda berkenan. Set yang berlainan namun masih sama keenakkannya!
Alamat: 8-19-01, Jalan Medan Pb 7A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 11.30 malam
Pada nama restoran ini sendiri sudah ada perkataan authentic, jelas menunjukkan yang makanan Korea di sini bukan sahaja halal dan sedap, malah ianya juga asli.
Keaslian hidangan di sini juga turut diakui oleh pelanggannya. “Rasa seperti makanan di negara Korea” merupakan antara ulasan yang ditinggalkan oleh salah seorang pengunjung restoran ini.
Antara menu yang paling banyak menerima pesanan di sini ialah beef bulgogi. Saiz hidangannya agak besar dan harganya juga tidak terlampau mahal. Sangat berbaloi!
Alamat: Jalan SS 15/8, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 12 tengah hari – 12 tengah malam manakala Jumaat & Sabtu bermula 12 tengah hari – 1 pagi
Sukakan bingsu? Patbingsoo atau lebih dikenali dengan nama ‘bingu’ merupakan makanan pencuci mulut negeri Korea. Dari luaran, nampak seperti ABC pun ada!
Untuk menikmati bingsu sesedap patbingsoo di Korea, lekaslah serbu kafe OW:L Esprsso yang terletak di SS15 ini. Ianya bukan sahaja manis dan menyegarkan tekak, malah saiznya juga besar.
Ada beraneka jenis bingsu yang boleh dicuba. Anda boleh memesan bingsu mango cheese , chocolate brownie, cookies and cream & matcha.
Alamat: Lot GF08, Nu Sentral,, 201, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam
Dari nama restorannya sahaja anda mungkin sudah boleh teka menu apa yang paling top di restoran B.bap Korean Food ini – semestinya bibimbap!
Sambil membeli-belah di NU Sentral, singgah sahaja di restoran ini. Ramai pelanggan mengakui yang bibimbap di sini rasanya persis bibimbap di Korea. Asli, enak & halal!
Selain bibimbap, kimchi juga merupakan antara menu yang wajib anda pesan. Kimchi-jigae, kimchi pancake dan kimchi friend rice merupakan antara menu yang tersedap.
Alamat: No G45, Block 6, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 pagi – 10.30 malam
Dari nama restoran pun kita boleh teka makanan apa yang disediakan di sini – semestinya makanan Korea. Hidangan di restoran ini juga halal, jadi usah bimbang soal itu.
Ada beberapa hidangan set dan ala carte yang boleh didapati. Untuk hidangan set, ada set Happy Family, Couple, BBQ Exclusive & Special. Pesan sahaja set yang bersesuaian, yang pasti saiz hidangannya memang besar.
Untuk hidangan ala carte pula, cubalah sundubu-jjigae, tteokbeokki, spicy squid, dan bulgogi. Sesuai juga dijadikan menu sampingan untuk hidangan set, pasti berganda keenakkannya!
Alamat: Lot No 3.1 Level 3 PNB Perdana, Jln Binjai, 50450 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 11.30 pagi – 2 petang & 6 petang – 10 malam
Tak perlu jauh-jauh sampai ke Korea untuk mencuba makanannya, kerana anda juga boleh menikmati hidangan Korea yang asli dan lazat di Kung Jung Korean Restaurant.
Set BBQ merupakan hidangan yang menjadi pilihan ramai bila singgah di sini. Ada berbagai jenis lauk yang boleh diambil. Daging di sini sangat dipuji ramai dek kerana kesegarannya.
Hidangan sampingan seperti kimchi dan bibimbap juga mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja. Sedap dan mengenyangkan!
Alamat: C14, 1, Jalan Ampang Utama 1/1, One Ampang Avenue, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 10.30 pagi – 10 malam
Bukan sahaja hidangan Korea yang menjadi tarikan utama di restoran ini, malah dekorasinya juga turut dipuji. Comel dan santai, persis kafe di Korea!
Antara menu yang boleh didapati di restoran B.station ini ialah sundubu-jjigae,kimchi jigae, spicy beef soup, kimchi soup dan seafood pancake.
Untuk minuman pula, kopi merupakan minuman yang disyorkan oleh ramai pelanggan.
Alamat: 1, Jalan Lingkaran Tengah 2, 54200 Kuala Lumpur, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 12 tengah hari – 11 malam manakala Jumaat dan Sabtu bermula 12 tengah hari – 12 tengah malam
Restoran Medini’s ini pula merupakan sebuah restoran BBQ khususnya Korean BBQ di KL. Jika anda teringin untuk mencuba set BBQ Korea yang lazat dan halal, ini merupakan salah satu tempatnya.
Ada tiga jenis set makanan tengah hari – Seafood Set, Beef Set & Lamb Set. Seafood Set ini mempunyai pelbagai jenis makanan laut yang segar-segar, pilih sahaja yang mana anda berkenan.
Kalau anda ingin makan untuk seorang, cubalah Set for 1 pax. Lauk yang ditawarkan agak banyak, jadi kekenyangan memang dijamin. Harganya juga kurang RM 20, sangat berbaloi!
Anda pasti sudah tak sabar-sabar mahu serbu restoran makanan Korea yang halal sekitar KL & Selangor yang kami senaraikan ini, bukan? Lekaslah singgah jika berpeluang!
Kami juga ingin nasihatkan agar anda datang pada waktu yang sesuai, kerana pada waktu kemuncak selalunya ramai pelanggan yang menyerbu. Takut nanti ruang dalam restoran dan ruang parkir penuh pula.
Selamat menjamu selera!