Mencari restoran makanan Jepun di Lembah Klang?
Tidak dinafikan, kebanyakan orang kita memang menggemari makanan Jepun. Hidangan seperti sushi, ramen, bento dan sashimi merupakan antara yang boleh bikin sesiapa sahaja terliur jika terbayangkannya.
Jadi, berikut kami senaraikan 10 restoran makanan Jepun di Lembah Klang yang menarik. Semestinya enak dan halal untuk dinikmati. Teruskan membaca!
Alamat: Lot G-16, Ground Floor, Jalan SS 20/27, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm
Sushi Tei ini mempunyai beberapa cawangan di Malaysia, 3 Damansara merupakan antara yang paling popular. Restoran ini menyediakan makanan Jepun yang sedap dan halal.
Menunya sahaja ada 33 muka surat, sangat berbagai! Dari makanan ringan seperti sushi dan sashimi, makanan berat seperti bento dan ramen, serta minuman sejuk dan panas, semuanya ada.
Pilihan untuk vegetarian juga turut disediakan bagi beberpaa jenis menu. Betul-betul mesra pelanggan!
Alamat: Jalan 6/7b, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 12 – 10 pm manakala Jumaat 2.30 – 11 pm
Konichiwa Cafe ini menyajikan hidangan Jepun-Muslim yang bukan sahaja halal, malah enak. Konsep dekorasi yang cantik dan santai membuatkan ramai pengunjung selesa berada di sini.
Sushi merupakan hidangan terlaris di sini. Anda boleh cuba Tamago, Tuna Mayo, Unagi, Tako, Ebi, Ebikko, Inari dan banyak lagi. Harga bagi setiap 2 ketul sushi juga berbeza.
Selain sushi, menu lain seperti Okonomiyaki, Cheesy Tori Karaage, Agedashi Tofu dan Salmon Teriyaki Bento juga turut disediakan. Rugi kalau anda tak cuba kesemua menu ini!
Alamat: Lot UG-13, Upper Ground Floor, No.1, Jalan SS7/26A, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, 11.30 am – 10 pm
Bagi yang ingin menikmati hidangan steamboat ala-ala Jepun, bolehlah anda singgah di Suki-Ya. Cawangannya ada banyak, Paradigm Mall merupakan salah satunya.
Ada berbagai jenis lauk yang anda boleh pilih – dari daging, ikan ke makanan laut, semuanya ada. Jangan lupa ambil sushi bersama. Sushi yang disajikan juga ada beraneka, memang bikin rambang mata!
Alamat: Lot No. LG 54 & 56, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Sepang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, hari minggu 11.30 am – 10 pm manakala hujung minggu 11 am -10 pm
Penggemar sushi memang rugi kalau tidak singgah di Sakae Sushi ini. Nama restoran ini memang cukup gah di negara kita dan cawangannya juga banyak. Jelas membuktikan popularitinya!
Sushi di sini dihidangkan di atas conveyor belt, jadi sambil anda duduk menghirup minuman panas, pilih sahaja sushi kegemaran anda. Sushi salmon merupakan antara yang terlaris di sini.
Buat pengetahuan anda, ada lebih 250 menu yang boleh didapati di restoran ini. Sangat berbagai! Menu-menu lain yang boleh dicuba ialah sashimi, yakimono, nabemono, noodles dan bento.
Alamat: SK-16, level 2 South Court, 37, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 1o am – 10 pm
Alang-alang membeli belah di Mid Valley Megamall, apa kata anda singgah di restoran Sushi Jiro untuk mencuba hidangan Jepun yang asli dan halal ini? Pasti akan puas hati!
Sushi di sini dihidangkan di atas conveyor belt, jadi lebih mudah untuk pelanggan-pelanggannya memilih sushi kegemaran masing-masing.
Antara sushi yang boleh anda pilih ialah Chuka Lidako, Salmon, California Maki, Inari Kani Mayo Maki, Ebi, Unagi dan banyak lagi. Memang berbagai betul pilihannya!
Alamat: No 21, Jalan SS21/60,, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 12 am
Sebut sahaja tentang restoran makanan Jepun, mungkin ada sesetengah pembaca beranggapan yang hidangan di restoran sebegini ditawarkan pada harga yang mahal. Namun, tidak di Fujiyama Japanese Restaurant.
Yang menarik tentnag restoran ini ialah ianya menyediakan sushi yang bukan sahaja beraneka jenis, malah berpatutan harganya. Siap ada happy hour lagi, di mana harga sushi ialah serendah RM 0.80.
Selain sushi, anda boleh cuba Salmon Sashimi. Isi ikan salmon yang cukup segar menggandakan lagi keenakkan hidangan ini. Bento juga turut digemari ramai pelanggan restoran ini, anda wajib cuba!
Alamat: Level 1 Food Republic Pavilion KL, 168 Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm
Restoran ini merupakan antara restoran yang sudah lebih 10 tahun beroperasi di Pavilion. Restoran ini memang sangat terkenal dengan cara hidangan Jepun iaitu Teppanyaki.
Teppanyaki ini ialah cara masakan untuk hidangan yang dimasak di atas teppan atau kuali rata, selalunya kuali besi yang digunakan.
Antara menu yang wajib anda cuba jika ke sini ialah Sliced Beef with Chili and Garlic, Squid or Chili Prawn with Garlic dan Salmon Fish Semua ini ialah hidangan set yang berbeza harganya.
Alamat: No 2A, Jalan Medan PBI, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 11:30 am – 3 pm, 5:30 – 9:30 pm
Agak susah untuk mencari restoran makanan Jepun di Lembah Klang yang halal, namun tidaklah mustahil. Restoran Jepun Miyagi merupakan antara restoran makanan Jepun yang bukan sahaja enak, malah diiktiraf halal.
Jenis-jenis menu yang boleh didapati termasuklah Sashimi, Hoso Maki, Sushi, Maki Roll, Temaki, Teppanyaki dan banyak lagi. Sangat sedap dan beraneka jenis!
Bagaimana? Anda pasti sudah mula berkeroncong perut dek kerana terbayang keenakkan sushi, sashimi dan teppanyaki, bukan? Jangan berlengah lagi, singgah sahaja sebelum rugi!
Kami juga ingin menasihatkan agar anda datang pada waktu yang sesuai, kerana kebanyakan restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan. Selamat menjamu selera!