Negara yang majoritinya bukan Muslim agak sukar menemukan hidangan halal bagi para pengembara Muslim. Makanan yang kelihatan begitu lazat di negara asing belum tentu dapat kita nikmati kerana tidak halal.
Namun, bagi anda yang akan melancong ke luar negara terutamanya Korea, artikel ini menyenaraikan restoran halal yang boleh anda cuba jika berkunjung ke Korea Selatan.
Jom ketahui 11 tempat makan di Korea yang awesome ini.
Seperti nama restorannya, Yang Good BBQ ini sudah tentu menyediakan hidangan BBQ buat para pelanggannya. Anda tidak perlu gusar dengan kepingan daging yang disediakan kerana ianya halal dan boleh dimakan.
Perapan dagingnya yang turut menggunakan sos manis Korea pastinya memberi kelainan. Sup kambing, mulnaengmyeon (mee sejuk), deonjang – jjigae ended (sup tanpa kacang soya) antara yang boleh anda nikmati.
Untuk menjamu selera di sini, anda boleh datang seawal jam 4.00 petang hingga 12.00 malam. Keenakan menu di sini cukup terserlah, lebih – lebih lagi perapan dagingnya yang cukup lengkap dengan rempah ratus aslinya.
Alamat :15 Nonhyeon-ro 95-gil, Yeoksam-dong, Gangnam-gu, Seoul
Restoran ini ibarat syurga bagi anda yang hanya makan makanan berasaskan tumbuhan sahaja. Ia menyediakan menu vegetarian bagi mereka yang tidak makan sumber – sumber hidupan yang djadikan menu hidangan.
Sayuran serta bahan yang digunakan bagi menyediakan menu vegetarian adalah segar dan berkualiti bagi menjamin keenakan menu yang disediakan. Anda juga tidak perlu risau kerana menu di sini adalah halal dan boleh dimakan oleh semua orang.
Alamat : Gyeonji-dong, Jongno-gu, Seoul.
Salam Turkish Restaurant yang terletak berhampiran Masjid Itaewon ini mendapat perhatian ramai pelanggan terutama yang beragama Islam. Selain dapat menunaikan solat di masjid ini, anda juga boleh menjamu selera dengan hidangan halal di sini.
Restoran ini menyajikan menu dari Timur Tengah seiring dengan nama restoran. Menu popular di restoran ini adalah Dolma Biber yang merupakan nasi diisi dalam paprika, daging kambing serta sayuran yang sedikit manis.
Alamat : 39 Usadan-ro 10-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul
Sekiranya anda sudah agak pening untuk mencari restoran halal di Korea ini, singgahlah ke Masjid Seoul Central. Selain dapat menunaikan solat, anda boleh mendapatkan makanan halal berhampiran masjid ini.
Eid Halal Korean Food yang terletak berhampiran masjid ini menyajikan pelbagai menu hidangan untuk santapan masyarakat Muslim. Restoran ini sering menjadi tumpuan ramai terutama semasa makan tengahari.
Ramai pelancong luar menjamu selera di sini setelah melawat ke Seoul Central Central. Adalah disarankan untuk membuat tempahan awal kerana ia sering dipenuhi pelanggan menjelang tengahari kerana ruangnya agak kecil.
Ia dibuka setiap hari mulai jam 11.30 pagi hingga 9.00 malam. Walaubagaimana pun, ia ditutup pada setiap hari Isnin.
Alamat: 67, Usadan-ro 10-gil, Yongsan-gu, Seoul
Makan Halal Korean Restaurant sudah tentu menyediakan hidangan halal di Korea. Ia terkenal dengan makanan Korea seperti dakdoritang iaitu ayam berkuah pedas, bulgogi – hidangan berasaskan daging, mulnaengmyeon yang merupakan hidangan mee serta banyak menu lain yang menarik.
Restoran Korea Halal adalah restoran lain yang agak baru di Itaewon yang memulakan perniagaan pada tahun 2015. Menu yang dihidangkan di sini lebih kurang sama seperti di restoran EID.
Anda juga boleh mendapatkan dosiraks (makan tengahari berbungkus) sekiranya tidak mempunyai masa untuk makan di restoran. Ia dibuka setiap hari Isnin, Rabu hingga Ahad mulai jam 10.30 pagi hingga 10.00 malam. Setiap hari Selasa restoran ini akan ditutup seketika.
Alamat :52, Usadan-ro 10 gil, Yongsan-gu, Seoul
Penggemar menu tradisional masyarakat Korea boleh mencuba hidangan yang terdapat di sini. Ia terdiri dari sup ayam ginseng yang dikenali sebagai samgyetang, bulgogi, kimchi bokkeumbap iaitu nasi goreng kimchi, kimchi jeon yang merupakan lempeng kimchi serta pelbagai menu lagi.
Ia dibuka setiap hari mulai jam 10.30 pagi hingga 11.00 malam dan sering mendapat sambutan ramai terutama menjelang tengahari dan makan malam.
Alamat : 140-7 Itaewon-Dong, Yongsan-gu, Seoul
Siti Sarah yang ditubuhkan sejak tahun 2012 ini bukanlah milik penyanyi Malaysia, iaitu Siti Sarah Raisuddin. Pastinya anda tidak akan dapat melihat sebarang poster Siti Sarah di sini ya !
Restoran Siti Sarah ini menyediakan pelbagai menu masakan Korea, Malaysia, Indonesia dan juga Egypt. Ianya sudah tentu hidangan halal buat para pelanggan Muslim. Restorannya agak simple, namun tidak pada hidangannya.
Pastinya anda merasa gembira dengan hidangan yang disajikan.
Alamat : 137-47 Itaewon 1(il)-dong, Yongsan-gu, Seoul
Restoran Dong Mun antara restoran yang mendapat sijil pengesahan halal di Korea. Ia terletak di Pulau Nami, yang merupakan tempat yang wajib anda kunjungi jika tiba di Korea ini.
Restoran ini tidak hanya menyediakan hidangan tradisional masyarakat Korea, namun turut menyediakan makanan Asia. Maka tidak hairanlah ramai pelancong Malaysia yang turut menjamu selera di sini.
Pada musim sejuk, restoran ini beroperasi mulai jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Namun, pada musim biasa ia mula beroperasi sekitar jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.
Alamat: 1 Namisum-gil, Namsan-myeon, Chun-cheon-si, Gang-won-do
Restoran Busan Jib ini terletak di jalan Myeongdong. Ia menyajikan hidangan tempatan masyarakat Korea yang asli serta lazat.
Restoran ini menggunakan daging halal yang diperakui dan anda tidak perlu was – was ya ! Menu yang boleh anda cuba di restoran adalah ayam rebus pedas Korea dan juga ayam ginseng. Jangan tak tahu, anda juga berpeluang membuat bulgogi anda sendiri di restoran ini.
Bagi anda yang bukan peminat hidangan daging, anda boleh memilih hidangan makanan laut yang sedap sekali. Cubalah memesan makanan laut pedas dan sotong cili. Hidangan ikan bakar dan asam pedas yang terdapat di restoran ini pastinya dapat mengubat kerinduan anda pada menu tempatan Malaysia.
Untuk menjamu selera di sini, anda boleh datang seawal jam 10.00 pagi setiap hari hingga jam 10.00 malam.
Alamat : 11-4 Myeongdong 8-gil, Myeongdong 2(i)-ga, Jung-gu, South Korea
BoA Guesthouse merupakan sebuah penginapan yang boleh anda sewa untuk bermalam tatkala berkunjung ke sini. Ia bukanlah sebuah restoran seperti restoran – restoran lain.
Namun, BoA Guesthouse ini menyajikan 8 jenis dosiraks halal yang berbeza (menu makan tengahari di Korea). Menu utama yang boleh anda cuba di sini adalah dosajak jajangmyeon (sos kacang hitam) yang memberikan kelainan rasanya.
Selain itu, kek beras Korea halal (tteokpeokki) dan juga ayam goreng pastinya memenuhi selera anda. Adalah satu kelebihan apabila anda menginap di sini kerana dapat mencuba hidangan halal yang disediakan di sini.
Ia dibuka setiap hari mulai hari Rabu hingga Ahad mulai jam 12.00 tengahari hingga 9.00 malam. Setiap hari Isnin dan Selasa restoran ini tidak beroperasi dan tiada sebarang tempahan dibenarkan.
Alamat: 15, Sinchon-ro 1-gil, Seodaemun-gu, Seoul, South Korea 120836
Anda yang telah pun kepenatan melawat Pulau Nami, pastinya inginkan istirehat serta menjamu selera di restoran yang halal. Tidak perlu risau kerana restoran ini menyajikan hidangan halal.
Anda boleh mencuba memesan dakgalbi yang sememangnya popular di sini. Peluang untuk mencuba dakgalbi yang sedap di restoran ini janganlah dipersiakan.
Dakgalbi di masak dengan cara yang berbeza berbanding di Seoul. Hidangan di Seoul menggunakan hotpans untuk memasak daging. Namun, di sini ia dimasak menggunakan gril yang lebih mengasyikkan.
Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam.
Alamat : 1045, Bukhangangbyeon-ro Gapyeong-eup, Gapyeong-gun, Gyeonggi-do, South Korea
Jika anda ingin mencari makanan korea sedap dan yang wajib anda cuba, artikel ini juga wajib anda baca. Oh ya, jangan lupa untuk share artikel di atas. Penat kami tulis.