Ramai yang bimbang untuk menjamu selera jika berada di negara – negara bukan Islam seperti negara China. Namun, tahukah anda terdapat masyarakat Cina yang beragama Islam menetap di Guangzhou. Pelbagai menu yang anda boleh dapati di sini, makanan tempatan, Asia, Timur Tengah dan banyak lagi.

Maka tidak perlu khuatir kerana anda pasti dapat menikmati hidangan halal jika berada di sini. Senarai restoran yang ditulis ini antara restoran yang sememangnya menyediakan hidangan halal serta lazat. Pastinya ia tidak mengecewakan anda.

#1. Restoran Bosphorus Turkish

Sekiranya anda lapar tatkala tiba di Hotel Asia International, Guangzhou, anda boleh berjalan menuju ke Restoran Bosphorus Turkish. Restoran yang terletak berhadapan dengan hotel ini menawarkan hidangan Turki. Beberapa langkah sahaja dari hotel anda sudah tiba di restoran ini. 

Nasi Beriyani

Imej via facebook

Suasana restoran agak ringkas tetapi sangat menenangkan. Menu yang pastinya anda suka adalah sup kambing, ayam panggang, nasi serta pelbagai hidangan sampingan lain. Warna – warni hidangan yang tersedia di depan mata pastinya membuat anda semakin teruja untuk menikmatinya.

Dessert

Imej via facebook

Pelbagai hidangan pencuci mulut seperti tat keju, tat buah, puding, kek dan bermacam lagi boleh anda pilih sebagai hidangan terakhir.

Alamat : No.9 Zhaoqing Building, No.304 Huanshi Zhong Road Yuexiu District, Guangzhou 510000, China

#2. Restoran Muslim Xinyue @ Xinyue Musilin Canting

Restoran ini memiliki reputasi hebat bagi menu hidangan yang disajikan. Menu yang sering mendapat perhatian ramai adalah ayam pedas Xinjiang serta homemade yogurt asli. Anda boleh juga mencuba kaki kambing panggang, kebab kambing, kacang jeli serta banyak lagi.

Korean BBQ

Imej via chinatouradvisors

Bagi menghasilkan hidangan yang berkualiti, hanya stok serta bahan segar digunakan. Ini bagi memastikan hidangan yang disajikan untuk para pelanggan adalah yang terbaik sahaja supaya pelanggan berpuas hati dengan hidangan yang disediakan.

Daging Cili

Imej via muslim2china

Anda disarankan mencuba kaki kambing panggang yang terdapat di sini kerana ianya sangat enak dan gerenti puas hati.

Alamat: Floor 3 Xinjiang Mansion, 76 Tianhe North Road, Daerah Tianhe

#3.  Al Madina

Restoran Al Madina ini terletak di kawasan perindustrian yang agak sibuk di Guangzhou. Ruang restoran ini agak terhad dan juga sempit. Namun begitu, ia sangat popular di kalangan masyarakat India, Pakistan, Cina dan juga Afrika.

Nasi Beriyani Ayam

Imej via facebook

Anda boleh datang ke restoran ini dengan menaiki kereta api di mana stesen terdekat adalah stesen Guangzhou. Setiap hari restoran ini dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Roti Nan

Imej via facebook

Terdapat nasi beriyani ayam, kambing, roti nan bersama kari kambing dan bermacam lagi yang boleh anda cuba. Rasanya pula pasti tidak mengecewakan anda.

Alamat: Al-Madina Restaurant Shop 15, Xiushan Lou Guangyuan Building # 66, Guangyuan Xi Lu, Guangzhou China

#4. Restoran Nur Bostan @ Nu’er Bositan Yisilan Canting

Hidangan kambing panggang serta ayam ala Xinjiang menawarkan hidangan yang sangat menyelerakan. Restoran ini mengekalkan gaya makanan Arab dan menghidangkan menu kambing sebagai hidangan utama. Selain itu, menu seperti mee dengan hirisan daging kambing, sup kambing, ikan kukus serta yogurt pastinya menarik selera anda.

Daging panggang

Imej via facebook

Restoran ini menampilkan ciri – ciri serta dekorasi Turki yang begitu bergaya. Terdapat pertunjukan pentas diadakan pada pukul 7.30 malam setiap hari.

Ikan Siakap Merah

Imej via facebook

Anda boleh menikmati hidangan makan malam sambil menyaksikan pertunjukan pentas yang begitu menyeronokkan.

Alamat: Unit 7, Lantai 1, Tianhehui, 160 Jalan Lurus Tianhe, Daerah Tianhe

#5. Restoran Andalus Restaurant

Restoran Andalus ini terletak di tanah besar China, iaitu Guangzhou. Ia menyajikan pelbagai hidangan halal dari negara Arab, Turki dan juga Itali. Pelbagai menu boleh anda nikmati seperti hidangan makanan laut, kambing, pasta, burger, sup dan juga pencuci mulut.

Kebab

Imej via muslim2china

Bagi anda yang gemarkan hidangan nasi, jangan lupa untuk mencuba nasi, ikan bakar serta salad yang begitu mengagumkan. Hidangan nasi arab kambingnya dihidangkan di atas talam dan sesuai di makan beramai – ramai.

Nasi Beriyani Kambing

Imej via synotrip

Alamat : No. 304 Huanshi Zhong Road, Bangunan Zhaoqing, Lantai 1-2, Daerah Yuexiu, Guangzhou 

#6. Restoran Bogeda Paradise @ Bogeda Meishi Leyuan

Seperti kebanyakan restoran lain, restoran ini popular dengan hidangan ayam goreng Xinjiang yang begitu enak. Selain itu, kambing panggang yang dibakar pula berwarna keemasan, terasa garing di luar dan lembut di dalam.

Dapanji

Imej via chinatouradvisors

Ia memberi rasa yang begitu luar biasa. Menu seperti bun panggang, sup kambing, mee beras sejuk, teh susu antara menu yang wajib anda cuba tatkala berkunjung di sini. Suasana restoran begitu menarik dan tenang dengan gaya semulajadi yang ditampilkan di pelosok restoran.

Samosa

Imej via facebook

Alamat: Floor 2, Xinjiang Mansion, 76 Tianhe North Road, Daerah Tianhe  

#7. Restoran Antalya

Restoran ini terletak di deretan restoran Muslim dan sangat terkenal oleh masyarakat tempatan. Menghidangkan pelbagai hidangan seperti kebab, salad dan banyak lagi.  Antara menu sampingan yang boleh anda cuba pula adalah seperti hummus, tabouleh salad, kibbeh, hotpot Turki dan banyak lagi.

Daging Steak

Imej via facebook

Ruang solat untuk pelanggan Muslim turut disediakan. Setiap hari restoran ini dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 1.00 pagi.

Pizza

Imej via facebook

Alamat: 9 Zhaoqing Building, 304 Huanshi Zhong Road Yuexiu District

#8. Restoran Flamingo Turkish and Patisserie

Restoran ini terletak berhampiran Crowne Plaza yang dikelilingi dengan tempat makan yang agak banyak. Namun, anda tidak perlu risau kerana restoran ini adalah halal dan menyajikan hidangan masyarakat Turki.

Pizza

Imej via facebook

Anda boleh memesan pai keju (pizza style Turki), hummus, sup, salah, daging kambing dan banyak lagi. Tidak ketinggalan juga bolehlah anda memesan secawan kopi yang begitu segar rasanya.

Kebab Ayam

Imej via facebook

Alamat : 1 / F, Bahagian Selatan, Zhonghuan Plaza, No.18 Jianshe Road, Daerah Yuexiu, Guangzhou, China

#9. Mint Leaf Tasty

Mint Leaf Restaurant ini terletak di Beijing Road. Ia antara restoran yang terkenal di Guangzhou dan merupakan restoran Halal.

Sup Tofu

Imej via facebook

Restoran ini menyajikan pelbagai masakan Asia Tenggara yang boleh menjadi pilihan anda untuk menjamu selera. Menu hidangan yang istimewa di sini adalah masala bunga kobis, samosa, tofu lada hitam, nasi goreng, sup panas dan banyak lagi.

Nasi Goreng Cina

Imej via facebook

Waktu operasi restoran ini adalah mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Alamat :No.223 Beijing RoadGuangzhou 5101000, China

#10. Restoran Casablanca

Restoran Casablanca yang terletak di Yuexiu ini menyajikan pelbagai menu berasaskan resepi hidangan Cina yang halal serta menyelerakan. Selain itu juga, harga yang ditawarkan adalah sangat murah dan berpatutan.

Tiram

Imej via facebook

Suasana restoran juga agak ringkas dengan saiz ruang yang agak sederhana. Ia hanya boleh memuatkan seramai 20 orang pada satu – satu masa.

Roti Nan Daging

Imej via facebook

Anda boleh mencuba menu yang ada di sini seperti sup, daging panggang, nasi, makanan laut, makanan bergoreng, makanan Uyghur dan banyak lagi. Pelayan restoran juga adalah sangat peramah membuatkan anda merasa selesa menjamu selera di sini.

Alamat : No 36, Xihao 2nd Road, Yuexiu, Guangzhou, Guangdong, China

Banyak lagi restoran Muslim lain terdapat di sekitar kawasan berhampiran. Hidangan halal adalah sangat penting buat umat Islam. Biarpun berada di negara China, hidangan halal sangat penting buat semua masyarakat Islam demi menjaga kesucian agama.

Tidak perlu pergi jauh, kawasan sekitar Guangzhou ini di kelilingi dengan banyak restoran yang enak serta halal. Mencari yang halal itu kan fardhu !

Penulis: Itawrah

Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .