Kek marble jelita merupakan satu lagi resepi kek yang telah menjadi tular. Ia merupakan sejenis kek butter dan mempunyai corak marble dan kek ini dinamakan marble jelita kerana ia mempunyai corak-corak yang sangat menarik. Namun begitu, bahan-bahan yang digunakan di dalam resepi ini tidak mempunyai banyak perbezaan berbanding resepi kek marble yang biasa ditemui cuma teknik yang digunakan sedikit berbeza untuk menghasilkan corak yang cantik.
Bagi anda yang ingin mencuba sesuatu yang lain tetapi sangat sedap dan sangat digemari ramai orang anda boleh mencuba resepi ini yang telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. Resepi ini juga tahan lama, oleh itu, anda boleh menghasilkan kek ini untuk tujuan rumah terbuka atau diletakkan didalam balang kuih raya. Kek ini juga lazat jika dimakan bersama air teh o panas! Kalau makan begitu sahaja juga sedap!
Resepi ini telah dikongsikan oleh Fadila Sofia di Facebook beliau. Mari kita lihat resepi ini!
Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!