Mencari port laksa di Perak yang enak dan halal?
Untuk minum petang, pasti laksa merupakan antara hidangan minum petang kegemaran anda, bukan? Tambahan pula jika dinikmati panas-panas bersama cendol atau ABC, memang sedap!
Oleh itu, berikut kami senaraikan 10 port laksa di Perak yang wajib anda kunjungi jika ke sini. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Alamat: 31350 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (12pm – 7pm)
Rugi kalau datang ke Ipoh tapi tak singgah di Kafe Setinggan untuk mencuba laksa telur goreng bersarang di restoran ini. Bukan biasa-biasa tau laksa telur goreng bersarangnya, sedap yang amat!
Telur bersarangnya bersaiz agak besar. Jadi kalau singgah untuk makan dengan perut kosong pun, anda pasti akan meninggalkan Kafe Setinggan dengan kekenyangan yang memuaskan!
Selain itu, kuah laksa yang cukup rasa lemak, masin dan masamnya membuatkan ramai pelanggan ketagih dengan hidangan ini. Patutlah jumlah pelanggannya sentiasa ramai!
Alamat: 1374, Jalan Merak, Kampung Dato’ Ahmad Said, 30020 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (430pm – 11pm), ditutup pada hari Ahad
Pasti ramai yang tertarik dengan namanya yang berbunyi ala-ala Korea di hujungnya. Cuma ia tidak menyediakan masakan Korea tetapi menghidangkan masakan Melayu iaitu laksa!
Sebenarnya, nama restoran ini berkaitan dengan nama hidangan utama di sini – laksa telur goreng bersarang! Hidangan tersebut kerap diburu ramai pelanggan terutamanya untuk makan petang. Jangan lupa pesan ABC bersama!
Peminat laksa boleh mencuba sesuatu yang baru di sini. Dimasak dengan dapur kayu, bukan sahaja ia menjadikan restoran ini unik, malah membangkitkan rasa dan aroma laksa yang turut dipanggil sebagai laksa basah ini.
Ramai pelanggan bersetuju yang ia adalah laksa terbaik di Kuala Kangsar. Ditambah pula dengan cendol sebagai penyegar tekak selepas makan laksa, ia betul-betul gandingan mantap. Jika dinikmati semasa petang, pasti lebih menyelerakan!
Suasana kedai makan ini amat santai dan menenangkan kerana ia terletak di kawasan kampung dan diteduhi pepohon rendang. Kedai makannya ringkas sepertimana warung yang biasa dilihat di kampung-kampung. Anda amat disyorkan untuk cuba laksa lubuk ini.
Peminat laksa boleh mencuba sesuatu yang baru di sini. Dimasak dengan dapur kayu, bukan sahaja ia menjadikan restoran ini unik, malah membangkitkan rasa dan aroma laksa yang turut dipanggil sebagai laksa basah ini.
Ramai pelanggan bersetuju yang ia adalah laksa terbaik di Kuala Kangsar. Ditambah pula dengan cendol sebagai penyegar tekak selepas makan laksa, ia betul-betul gandingan mantap. Jika dinikmati semasa petang, pasti lebih menyelerakan!
Suasana kedai makan ini amat santai dan menenangkan kerana ia terletak di kawasan kampung dan diteduhi pepohon rendang. Kedai makannya ringkas sepertimana warung yang biasa dilihat di kampung-kampung. Anda amat disyorkan untuk cuba laksa lubuk ini.
Alamat: KPW, Kubang Panjang, Kampung Paya Lubuk Merbau
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali Selasa, 10 am – 7 pm
Peminat laksa boleh mencuba sesuatu yang baru di sini. Dimasak dengan dapur kayu, ianya membantu membangkitkan rasa dan aroma laksa yang turut dipanggil sebagai laksa basah ini.
Suasana kedai makan ini amat santai dan menenangkan kerana ia terletak di kawasan kampung dan diteduhi pepohon rendang. Sangat sesuai bagi anda yang ingin bersantai bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
Alamat: Belakang Sekolah Menengah Tsung Wah, Jalan Dato Sagor, 33000 Kuala Kangsar, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 9 am – 7 pm
Laksa Pak Ngah Original ini boleh dikategorikan sebagai restoran yang legend, kerana ianya beroperasi sejak tahun 1955 lagi! Jelas menunjukkan yang laksanya mempunyai penangan yang hebat!
Laksa telur bersarang merupakan laksa yang wajib anda pesan jika berkunjung ke sini. Dihidangkan bersama bebola ikan, bebola ketam dan sayur-sayuran, rasa masam, pedas dan masin laksa ini sememangnya seimbang.
Selain itu, anda juga boleh mencuba Laksa Special. Laksanya disaluti dengan telur dadar, bila dilihat semula persis seperti Nasi Goreng Pataya, tapi versi laksa, sangat menarik!
Alamat: Kampung Penaga, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 7 pm
Medan selera ini merupakan antara medan selera paling terkenal sekitar Kuala Kangsar. Ada berbagai jenis makanan yang boleh didapati seperti cendol, char kuey teow dan yang paling best, laksa!
Ada beberapa gerai yang menyajikan laksa. Gerai 5, 9, 11 dan 12 merupakan antara yang tersedap. Singgah sahaja di mana-mana gerai ini, alang-alang cubalah cendol atau ABC sekali.
Alamat: 33000, 195A, Jalan Besar Utara Selatan, Kampung Bendang Susur, 33000 Kuala Kangsar, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 11 am – 6 pm
Nah, satu lagi restoran laksa bersarang di Kuala Kangsar yang popular – Laksa Pokok Limau! Terletak di Kampung Bendang Susur, lokasi restoran ini tidak terlalu susah untuk dicari. Boleh dicari menggunakan Google Maps sahaja.
Selain menyajikan laksa yang sedap, harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Tak melebihi RM 5 pun! Saiz hidangannya juga besar, jadi kekenyangan sudah tentu dijamin!
Alamat: Cargo Ramp, Sungai Pinang Besar, 32300 Pangkor Island, Perak
Laksa Goreng Mak Unggai merupakan gerai popular di Pulau Pangkor. Yang menarik tentang laksa di sini ialah ianya butan sendiri dan diperbuat daripada tepung gandum yang digoreng sebati bersama isi ikan.
Lebih menarik, hidangan yang terlaris di sini ialah laksa goreng. Mungkin ada rasa yang ianya seakan mi goreng, namun perbezaannya terletak pada penggunaan laksa yang lebih lembut. Jangan lupa tambah kicap lebih!
Kurang menggemari laksa goreng? Tidak mengapa, laksa biasa juga turut disediakan. Kuah laksa yang pekat mampu memangkitkan rasa lazat yang mampu memikat selera sesiapa saja.
Alamat: Kampung Kuala Chempias, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 2 – 8 pm
Warung ini kerap diserbu pelanggan dek kerana laksa bersarang dan ABC yang cukup enak dinikmati pada waktu petang. Ditambah pula dengan cuaca yang kian panas, lagilah senang craving!
Laksa di sini mengambil masa untuk disiapkan dek kerana jumlah pelanggan yang selalu ramai, namun percayalah. Penantian anda pasti akan berbaloi kerana laksa bersarangnya tersangat sedap!
Alamat: Jalan Taiping – Bagan Serai, Kampung Jana Baharu, 34600 Kamunting, Negeri Perak
Jika di Kuala Kangsar anda boleh menjamah laksa telur bersarang, di Kamunting anda boleh mencuba laksa telur goreng special Laksa Buyong Kamunting!
Laksa di gerai ini mempunyai kuah yang pekat dan ianya dihidangkan bersama telur bersarang yang bersaiz besar. Hidangan ini bukan sahaja melazatkan, malah mengeyangkan!
Alamat: Jalan Venice Raya 2, Desa Manjung Raya, 32200 Lumut, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 11 am – 6.30 pm
Bagi yang berada sekitar Lumut, memang tak sah kalau anda tak singgah di gerai Cendol & Laksa Kak Zai ini. Nampak seperti gerai biasa sahaja, namun cendol dan laksa di sini memang sangat digemari ramai.
Kuahnya yang pekat mempunyai rasa lemak yang boleh buat anda tambah bermangkuk-mangkuk! Laksanya juga bersaiz besar, jadi jangan risau kalau anda datang dengan perut kosong. Dijamin kenyang!
Anda pasti tak sabar-sabar mahu singgah di port laksa di Perak yang kami senaraikan ini, bukan? Jangan lepaskan peluang ini, singgah sahaja jika anda berada sekitar sini.
Kami juga ingin menasihatkan anda supaya datang pada waktu yang sesuai. Takut berebut ruang dalam restoran atau ruang parkir pula di kemudian hari. Selamat menjamu selera!