Kali ini saya ingin bawa anda ke sebuah lagi restoran steamboat yang popular di Kedah. Jika anda berada di Kulim, Kedah, anda wajib singgah di restoran steamboat Persada Warisan.
Anda boleh menikmati buffet steamboat yang murah dan juga pelbagai lagi makanan – makanan lain yang enak dengan harga yang berpatutan.
Kawasan di sini cukup luas untuk anda menikmati hidangan bersama keluarga. Restoran steamboat yang luas juga membolehkan anda dan keluarga untuk makan dengan selesa. Pada masa yang sama mempunyai ruang untuk melakukan aktiviti tanpa diganggu oleh pelanggan yang lain. Restoran yang terkenal selalunya akan menyediakan kawasan yang luas untuk para pelanggan.
Pelbagai pilihan lauk – pauk yang anda boleh pilih termasuklah makanan laut untuk anda dan seisi keluarga. Anda juga boleh grill dan rebus makanan anda jadi pilih sahaja lauk kegemaran anda dan masak sendiri mengikut cara anda.
Jika anda datang tak mahu makan steamboat. Ada juga pilihan makanan lain. Persada Warisan juga ada menyediakan makanan ala thai yang anda boleh pesan sekiranya tekak anda mahukan makanan ala thai.
Western food di mana-mana. Bagi peminat western food boleh datang ke sini. Juga ada menyediakan western food seperti chicken chop dan lain – lain lagi. Anda boleh mencuba dan merasa western food yang dibuat oleh orang tempatan kita sendiri. Rasanya pasti mengangkat selera anda.
Salah satu tarikan di sini adalah Seafood Longgok Talam. Pelbagai jenis makanan laut di dalam satu talam. Selain itu terdapat pelbagai rasa yang anda boleh pilih. Ada 5 rasa yang pasti membuat anda sukar untuk memilih kerana sedap-sedap belaka. Sweet sour, three season, asam pedas, shell bang dan stim lemon.
Anda suka kepah? Di sini ada kepah masak pedas. Masakan kepah memang popular di Kedah.
Mereka telah menjalankan perniagaan di restoran ini selama 6 tahun jadi restoran Persada Warisan mempunyai pengalaman yang cukup banyak dalam mengendalikan restoran ini. Anda pasti akan berpuas hati ketika anda berada di restoran ini dengan makanan yang enak dengan harga yang berpatutan dan juga perkhidmatan yang sangat baik. Anda dan juga keluarga akan pulang dengan perut yang penuh dengan hati yang gembira sekiranya anda singgah di Persada Warisan.
Sekiranya anda masih tercari – cari restoran steamboat yang menawarkan pelbagai jenis makanan yang lain, maka Persada Warisan adalah restoran yang anda cari. Makanan ala barat, ala thai dan juga set untuk keluarga ada ditawarkan selain dari steamboat. Harga – harga untuk makanan ini juga adalah berpatutan jadi anda tidak perlu risau untuk datang ke Persada Warisan.
Ramai pelanggan yang amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan juga makanan di Persada Warisan.
Anda boleh mengikuti lokasi ataupun menghubungi talian serta info di bawah sekiranya anda mahu merasa buffet steamboat yang enak serta pelbagai lagi makanan yang ditawarkan.
Lokasi:
Plot 2438, Jalan Pekan Lunas, Taman Sejahtera, 09600 Lunas Kedah
Landmark : berhampiran jejantas highway BKE Kulim
018-408 4653
Waktu Perniagaan: 5 petang hingga 1 pagi
Facebook : https://www.facebook.com/PersadaWarisan/
Kredit gambar via Facebook