Haa, nak cari Pikachu atau Charmander sambil menjamu selera? Anda takkan jumpa di kedai yang admin kongsikan ini. Tapi,anda akan dapat makan poke bowl!

 

Paperfish TTDI Malaysia

Apa tu, anda tanya? Itulah keistimewaan kedai Paperfish, TTDI, kedai pertama di Malaysia yang menjual makanan kacukan Hawaii dan Jepun ini. Konsep interior kedai pun memang ringkas dan minimalis, ala-ala Uniqlo, Muji gitu.

Bila masuk kedai terasa vibe atau perasaan bersih dan segar. Barulah berselera nak makan kan? Tapi tak ada pula kedengaran suara orang menyambut “Welcome to Paperfish!” (gurau je).

 

Paperfish Poke Bowl

Okay, kedai ini juga berkonsepkan layan diri, jadi anda boleh membuat pesanan terus di kaunter untuk memilih mengikut selera perut masing-masing.

Poke merupakan bahasa Hawaii, yang bermaksud potong. Jadi setiap hidangan poke adalah potongan makanan laut yang telah diperap semalamam dengan sos marinade resipi khas Paperfish. Terdapat tiga pilihan perisa utama iaitu original, spicy heat wave dan fresh.

Orang kita kan mesti kena ada pilihan pedas, jadi spicy heat wave adalah perisa yang localized, untuk memenuhi citarasa tekak yang suka pedas. Dan semestinya ia merupakan pilihan utama ramai.

 

Tips Pemilihan Menu Paperfish TTDI

Paperfish Poke Bowl

Jadi, ada empat langkah untuk membentuk poke anda: yang pertama, pilih jenis protein yang anda mahu: salmon, tuna atau udang. Ya, kawan-kawan kedai ini hanya menjual makanan laut, tak ada daging atau ayam! Tapi jangan risau, bila dah makan tak rasa perlu pun ada ayam atau daging tu!

Kemudian, anda pilih base anda, samada nasi putih, brown rice atau quinoa. Setiap poke dilengkapi dengan ebiko, sesame seed, furikake, dan seaweed flakes. Apa semua tu, admin pun tak pandai nak jelaskan tapi bila gaul kan bahan-bahan tu dalam poke bowl, memang kenalah rasanya!

Langkah ketiga anda pilih tambahan superfoods, dan anda juga boleh minta tambahan protein. Kalau ikut cara makan sebenar orang Hawaii nun, salmon dan tuna tu memang tak dimasak, cuma diperap je. Tapi bukan semua orang suka makan raw begitu kan, jadi anda boleh memilih untuk protein itu dimasak (baked).

Langkah keempat adalah untuk memastikan anda tidak kehausan, pilihlah minuman eksotik yang didapatkan daripada jenama tempatan atau anda boleh pilih teh hijau, panas atau sejuk (bottomless). Jadi boleh minum puas-puas!

Admin telah mencuba ketiga-tiga jenis protein dan ketiga-tiga jenis perisa. Senang cerita admin ambil yang bestseller. Mestilah kan? Masa admin dah habis pilih segala intipati bagai untuk poke-poke ni, admin musykil juga.

 

Boleh Kenyang Makan Paperfish?

Boleh kenyang ke? Presentation memang cantik, dengan warna-warni, boleh katakan poke dan kedai Paperfish ni memang sesuai lah untuk letak dalam instagram.

Tapi puas ke? Jawapannya: kenyang sampai tak boleh bergerak! Jangan fikir makanan sihat macam ni tak mengenyangkan, rasa macam makan lebih dari harga yang kami bayar!

Yang admin memang paling minat adalah Mango Salsa, fuh, memang mengancam! Kombinasi udang segar yang digril, dengan sos salsa mangga yang sangat menyegarkan! Heat Wave Salmon juga apa kurangnya, dengan sos marinade Sriracha yang berkrim dan pedas, cukup menyelerakan.

Paperfish Menu TTDI
Paperfish Menu

Dan tak sah kalau tau cuba perisa original, pilihan admin Umami Shoyu tuna yang dibakar, memang menjilat sudu. Yang paling seronok, lepas dah makan kenyang-kenyang tu, tak rasa bersalah pun makan banyak sebab semua bahan-bahan yang digunakan adalah segar dan sihat. Nama pun superfoods!

Jadi, untuk sesiapa yang rasa nak kurangkan makan makanan berminyak, atau sekali-sekala nak bertukar angin, kunjungi Paperfish untuk nikmati makanan yang sihat dan berbeza. Sekarang pun memang trend clean eating/ food cleansing, dengan pelbagai kiosk jus buah yang dibuka di merata Lembah Klang.

 

Harga Makanan PaperFish

Admin rasa, makanan Paperfish agak berpatutan dari segi kuantiti dan harga, dan sekurang-kurangnya anda dapat makan bukan minum sahaja! Malah, mereka juga ada set makan tengah hari (11am – 3pm) dengan hanya harga RM5! Murah kan?

Ruang kedai juga agak luas dan selesa, dan seperti yang disebutkan tadi, bersih dan sedap mata memandang. Sesuai sangat kalau nak buat jamuan pokemon atau parti bertema Hawaii atau Jepun di sini. Boleh memuatkan seramai 50 orang dalam satu masa, pihak Paperfish juga membenarkan tempahan untuk majlis tertutup.

Kalau ada apa-apa soalan lagi boleh hubungi Ryan 016395 8216 atau kunjungi terus ke kedai Paperfish di alamat: 26, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Selamat ber-poke!

Penulis: Nadirah

Penulis jemputan untuk Saji.my. Merupakan penggemar kopi. Oh!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.