Sungai Petani dan tempat makan best berpisah tiada. Boleh dikatakan Sungai Petani bakal menjadi tempat bagi food hunter. Bagi yang berjiwa muda yang sukakan suasana hiasan ala hipster boleh la singgah jamu selera di Pallet Cafe Sungai Petani. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan seni lama dan moden.
Pallet Cafe merupakan salah satu restoran terbaik di Sungai Petani Kedah. Jika anda datang ke sini jangan lupa singgah ke Pallet Cafe. Sekali anda datang ke sini pasti anda akan datang lagi. Restoran ini agak susah untuk dicari kerana panduan ke restoran ini tidak banyak tetapi jika anda bertuah anda akan menjumpainya dengan mudah. Restoran ini terletak di Lagenda Heights.
Pallet Cafe mempunyai gaya hiasan ala-ala hipster yang mampu memberi rasa tenang dan relaks kepada sesiapa sahaja yang berada di dalamnya. Bagi sesetengah orang reka bentuk di dalam Pallet Cafe menampilkan gaya artistik bercampur dengan sentuhan yang moden.
Jika anda datang ke sini anda akan dapat melihat di bawah tangga adanya menu-menu yang spesial ditulis di atas sebuah mini papan hitam dengan menggunakan kapur. Sungguh cantik dan klasik gayanya. Terdapat juga beberapa lukisan dan gambar-gambar klasik yang terdapat di bahagian dinding-dinding cafe. Bagi sesiapa yang sukakan keunikan dan suasana klasik bolehlah singgah ke sini.
Menu-menu yang ditawarkan juga amat menyelerakan dan pasti akan memikat hati anda semua. Rata-rata pengunjung yang datang ke sini kesemuanya memberikan respon yang positif dan kembali semula apabila mengingati suasana Pallet Cafe ini. Pallet Cafe beroperasi dari tengahari sehingga ke malam. Pada waktu malam Pallet Cafe amat sibuk kerana pengunjung tidak putus-putus datang. Jadi pandai-pandailah anda mengatur masa.
Selain itu, para pekerjanya pula amat mesra dan sedia membantu. Pallet Cafe menjadi lokasi yang sesuai untuk seisi keluarga dan perjumpaan dengan rakan-rakan.
Makanan yang ditawarkan kebanyakkanya adalah menu barat seperti lamb chop, grilled chicken, pasta dan pizza. Chicken chop disini memang menjadi pilihan pelanggan. Burger Pallet Cafe juga puas dimakan.
Pallet Cafe Sungai Petani
162, Tingkat 1, Jalan Lagenda 6,
Lagenda Heights, Sungai Petani,
08000 Sungai Petani
04-424 0661
Dibuka Setiap hari Kecuali Rabu.
Waktu Operasi : 12 tengahari – 11 malam
Bagi mereka yang nak minum kopi sambil lepak dengan kawan-kawan boleh singgah Pallet Cafe Sungai Petani. Landmark kafe ini terletak di tingkat atas sebuah restoran lain dan sebelah dengan kafe Oldtown. Seberang jalan adalah Village Mall. Jadi lepas menonton wayang boleh singgah Pallet Cafe