Pasti teruja jika datang ke restoran nasi lemak TTDI ini. Jika anda seorang penggemar nasi lemak, tak perlu tunggu pagi untuk merasainya kerana Nasi Lemak Burung Hantu beroperasi pada malam hari.
Nasi Lemak Burung Hantu beroperasi bermula jam 12 tengahari sehingga jam 1 pagi. Amat sesuai untuk dijadikan tempat lepak bersama rakan-rakan sambil menikmati nasi lemak istimewa setelah penat bekerja pada malam hari.
Tempat ini sering menjadi tumpuan pemburu makan malam yang mencari port makan menarik. Kenapa nama kedainya Burung Hantu? Mungkin kerana ia beroperasi sehingga larut malam.
MENU NASI LEMAK BURUNG HANTU, TTDI
Sesuai dengan nama kedainya, Nasi Lemak Burung Hantu menyajikan pelbagai variasi nasi lemak kepada anda.
Antara juadah yang menjadi pilihan pengunjung di sini adalah Nasi Lemak Ayam Berempah, Nasi Lemak Sambal Udang Petai, Nasi Lemak Kerang, Nasi Lemak Paru Goreng Krispy, Nasi Lemak Sotong dan sebagainya.
Beras basmati yang digunakan dapat menaikkan lagi aroma dan rasa nasi lemak. Namun, kelazatan nasi lemak di sini adalah terletak pada kepaduan dan kelazatan sambalnya.
Seimbang rasa pedas, masin dan manis serta tidak terlalu berminyak. Lauk pauk selain nasi lemak biasa memberikan rasanya lebih unik dan inovasi. Ayam goreng yang menjadi kegilaan pelanggan juga sangat juicy dan diperap dengan rempah ratus yang menambahkan keenakannya.
Paling penting sekali untuk sepinggan nasi lemak adalah ia perlulah dihidangkan di atas daun pisang, rasa aslinya masih terjaga.
Jika anda beli nasi lemak burung hantu ttdi ini untuk makan di rumah, nasi lemak akan dibungkus di dalam bekas plastik yang cantik dan tersusun.
MENU LAIN NASI LEMAK BURUNG HANTU, TTDI
Oleh kerana Nasi Lemak Burung Hantu TTDI ini fokus kepada juadah utama iaitu nasi lemak, jadi tidak ada makanan lain yang disediakan.
Akan tetapi, sekiranya anda seorang yang mempunyai selera besar atau anda ingin cuba kepelbagaian rasa dalam sepinggan nasi lemak, boleh add on menu tambahan seperti Sambal Udang Petai, Crispy Paru Goreng, Begedil Mini, Tempe Crispy dan macam-macam lagi.
Jangan lupa juga untuk memesan air, hampir 20 jenis air yang disediakan di sini. Pilih sahaja ikut citarasa tekak anda.
Ramai pelanggan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang datang ke sini memilih untuk menjamu selera di kedai ini. Saiz kedainya tidak terlalu besar. Oleh itu, pastikan anda merancang waktu untuk datang terlebih dahulu.
Lokasi: 19, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 12 tengah hari -1 pagi
No Telefon: 013-5002463