Pada kebiasaannya nasi dagang terkenal di sebelah Pantai Timur, tapi tahukah anda bahawa terdapat sebuah kedai nasi dagang yang digemari ramai di utara tepatnya di Kedah?

Nasi Dagang Pak Malau terletak di Langkawi sangat terkenal dan sering didengari penduduk tempatan. Walaupun anda datang ke Langkawi untuk mencuba seafood yang terkenal di sini, namun percayalah anda tidak akan kecewa untuk datang menjamu selera nasi dagang Langkawi.

nasi dagang pak malau
Imej via [google]

Suasana Restoran Nasi Dagang Pak Malau

Keistimewaan kedai ini bukan saja terletak pada kelazatan juadahnya, malahan suasana dan kedudukan kedai ini sangat strategik. Sambil menikmati keempukan nasi dagang bersama kuahnya yang enak, anda dapat menghayati pemandangan desa di tepi sawah padi.

Pasti menjanjikan suasana damai dan tenang buat anda. Penggunaan hiasan warung ini semisal tembikar, perabot, tempayan antik menaikkan lagi mood nostalgia.

nasi dagang pak malau
Imej via [google]

MENU NASI DAGANG PAK MALAU | NASI DAGANG LANGKAWI

Menu yang menjadi ‘killer’ di kedai Pak Malau semestinya nasi dagang. Menariknya di sini, mereka bukan sahaja menyediakan Gulai Ikan Tongkol biasa, bahkan beberapa variasi kuah yang lain. 

Warung yang dikelola oleh Pak Malau ini menawarkan kepada anda beberapa jenis lauk pauk, antaranya ialah Kambing Kurma (lamb shank), Ayam Goreng, Ayam Gulai, Daging Kerutup, Ikan Gulai dan lain-lain lagi.

nasi dagang pak malau
Imej via [google]

Kuah dan gulainya  tidak terlalu berminyak dan beraroma rempah ratus yang menggiurkan. Dagingnya juga lembut serta berjus.

Nasinya yang empuk dan lazat diharmonikan dengan pilihan lauk pauk ini pasti membuatkan air liur meleleh-leleh untuk menyantapnya. Harganya pula tidak terlalu murah mahupun mahal, sedang-sedang saja dan berbaloi.

nasi dagang langkawi
Imej via [google]

MENU LAIN DI RESTORAN NASI DAGANG PAK MALAU LANGKAWI

Selain Nasi Dagang Langkawi ini, warung Pak Malau turut menyediakan kuih-muih sesuai dengan fokus utama mereka iaitu juadah sarapan. Kuih-muih tradisional melayu seperti karipap, lepat pisang, cekodok dan lain-lain disajikan kepada pengunjung untuk dipilih.

nasi dagang pak malau
Imej via [google]

Pelancong yang ingin ke berkunjung ke Kota Mahsuri di Ulu Melaka biasanya akan singgah ke warung Pak Malau Nasi Dagang Langkawi ini.

Anda boleh datang bersama rakan-rakan dan keluarga ke Nasi Dagang Pak Malau untuk menikmati Nasi Dagang istimewa mereka berlatar belakangkan sawah dan gunung-ganang yang indah. 

Disarankan kepada anda untuk datang pada waktu awal pagi bagi merasai aura nyaman sawah padi sambil menikmati nasi dagang Langkawi.

Lokasi: 186, Jalan Makam Mahsuri, Kampung Makam Mahsuri, 07000 Langkawi, Kedah.

Waktu Operasi: 8 am – 2 pm

No Telefon: 012-2711977

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.