Sebenarnya kami tidak makan di sini, cuma apabila kami google dan mencari tentang nasi arab yang sedap di seluruh Malaysia, nama kedai ini muncul.

Walaupun jauh di Sungai Petani, tetapi berjaya menjawat carta nasi arab pilihan ramai dan mampu bersaing dengan nasi arab lain seperti di Cyberjaya,Shah Alam dan Senawang. Nasi arab yang terletak di Sungai Petani, Kedah.

 

Restoran Arabian Mendy

Jalan Lagenda Height 9,  Sungai Petani Utara

Ianya terletak di deretan kedai dan sangat dekat dengan Tesco. Jadi, kalau hendak beli barang, boleh sahaja singgah selepas makan. Tidak jauh pun dari kedai ini.

nasi-arab-sungai-petani
nasi-arab-sungai-petani-2
nasi-arab-sungai-petani-3
nasi-arab-sungai-petani-4

Imej via : Harrizam

Kebanyakkan blogger memberi cadangan bahawa tempat ini patut dilawati oleh penggemar nasi arab. Secara puratanya memang tempat makan nasi arab yang berdaya saing di sebelah Utara. Harga sekitar RM8-15 seorang dan untuk lebih jimat, ambillah yang lebih besar dan dapat dikongsi lebih ramai orang.

Sekadar informasi, restoran ini dibuka pada setiap hari dari 11 pagi hingga 11 malam kecuali pada hari Jumaat dibuka 3 petang hingg 11 malam ( Mungkin menghormati waktu solat Jumaat, bagus betul tuan punya restoran oh! 🙂 ). Kalau hendak buat pesanan atau ingin tahu lebih lanjut boleh hubungi no telefon kedai 019-5998631 atau 017-4357519.

Perlu meletakkan misi sebagai tempat yang wajib pergi nanti. 🙂

 

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.