Umai Cafe adalah sebuah restoran yang terletak di Presint 2, bersebelahan dengan tasik dan beberapa minit jalan kaki dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi). Pemandangan disini tentunya indah dan sekali sekala anda akan dapat melihat kapal cruise berlayar membawa pelancong.

Ada banyak menu yang sangat sedap di sini dengan harga yang berpatutan. Daripada makanan pagi, petang sehinggalah kepada masakan panas, serta pilihan minuman yang pelbagai. Namun kali ini kami akan membawa kepada anda 5 menu sampingan yang sedap di Umai Cafe, Putrajaya.

#1 Roti Jala

Imej via MrsFiza.com

Kadangkala teringin sangat kan nak makan roti jala? Makanan yang simple ni sangat sedap dan biasanya kita akan buat sendiri atau cari di pasar malam. Setakat ini, komen-komen roti dijala disini sangat bagus. Kami sendiri tidak cukup dengan satu set! Roti jala di Umai Cafe ni adalah antara yang sering dipesan pengunjung disini!

#2 Lempeng Kelapa

Imej via Mstar

Siapa yang tak suka lempeng kelapa? Makanan yang klasik ni biasanya menjadi kegemaran di luar bandar. Dibandar ni susah nak jumpa kedai yang jual lempeng kelapa kan? Nak buat sendiri pula macam leceh je. Nah, kini anda boleh datang ke Umai Cafe untuk menikmati set hidangan lempeng kelapa. Boleh cicah dengan pilihan sambal ataupun kuah kari.

#3 Cucur Udang

Imej via Hati Bunga Sakura

Lagi satu makanan sampingan yang klasik! Di Umai Cafe, anda akan dihidangkan cucur udang beserta kuah kacang dan juga sos cili sebagai pencicah. Sesuai dijadikan makanan santai di waktu petang sambil menikmati pemandangan di sekitar tasik.

#4 Jemput-jemput Pisang

Imej via Fila Territory

Jemput-jemput pisang atau cekodok pisang ni sudah pasti menjadi kegemaran kanak-kanak dan juga bagi mereka yang sukakan something in between sweet & savoury. Hidangan sampingan yang sangat simple yang mana korang wajib cuba!

#5 Pulut Kuning Rendang Ayam

Imej via Bengkalis

Akhir sekali hidangan yang paling nostalgia iaitu pulut kuning! Pulut kuning di sini dihidangkan beserta rendang ayam. Untuk mereka yang mahukan sesuatu yang tidak terlalu ringan dan tidak terlalu berat, maka set pulut kuning adalah sesuatu yang wajib anda cuba di Umai Cafe!

Penulis: Ahmad Munawar Mohamad

Penggemar nasi arab dan apa jua makanan yang ada kambing. Suka memasak dan seringkali bereksperimentasi dengan makanan!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.