Ke mana sahaja sudah pasti hidangan enak serta halal yang menjadi keutamaan ramai. Tambahan pula bagi masyarakat Muslim, yang halal itulah yang di cari – cari apabila berada di luar Malaysia. Begitu juga dengan kita, apabila melancong ke luar negara yang majoritinya bukan masyarakat Muslim, sudah pasti ia agak merisaukan.

Bukan mudah mendapatkan restoran halal di luar negara, namun di Perth, Australia sudah ada beberapa restoran halal yang diusahakan oleh pemilik Muslim. Maka, anda sebagai pelancong tidak perlu risau kerana makanan yang disediakan oleh restoran halal di sini sememangnya disahkan halal oleh badan – badan yang terlibat.

Berikut merupakan 8 buah restoran yang halal di Perth, Australia.

#1. Restoran Beiyrut

Restoran Beiyrut ini teretak di pinggir utara Bukit Tuart, Perth. Ia menyajikan pelbagai hidangan masyarakat Lubnan halal yang begitu lazat serta authentic. Restoran ini menggunakan herba serta rempah ratus yang diimport dari Lebanon bagi menghasilkan hidangan masakan Timur Tengah yang asli.

Nasi Arab

Imej via facebook

Kedudukan restoran yang terletak di sepanjang Jalan Wanneroo ini adalah sangat strategik kerana ia merupakan tempat untuk sambutan pelbagai perayaan besar. Setiap hari restoran ini dibuka  mulai jam 11.00 pagi hingga lewat malam. Ia menyediakan hidangan makan tengahari dan malam sesuai untuk santapan seisi keluarga.

Kebab

Imej via facebook

Pada setiap malam Sabtu pula, terdapat tarian oriental yang boleh anda saksikan. Pemain piano lagenda iaitu Len Brauer pula akan menghiburkan anda setiap petang Jumaat mulai jam 7.00 malam secara langsung.

Alamat : 75 Wanneroo Road Tuart Hill, Western Australia

#2. Recipe Restaurant

Recipe Resturant yang terletak di sebelah timur Perth ini menyajikan menu halal buat pelanggannya. Ia menghidangkan menu dari Parsi yang asli secara santai di Perth, Australia dan merupakan restoran Parsi yang pertama serta terbaik di Perth. Restoran yang mula beroperasi sejak tahun 2014 ini menyajikan hidangan Parsi moden dan juga kontemporari moden.

Nasi Arab

Imej via facebook

Ia menggunakan daging yang berkualiti sahaja serta sayuran dan herba yang segar setiap hari. Hidangan makanan Parsi yang disediakan menggunakan herba – herba serta rempah yang beraroma halus serta bernilai tinggi seperti saffron dengan buah, kekacang, sayuran yang digunakan bersama daging, ikan serta beras Parsi yang halus dan berkualiti.

Kebab

Imej via facebook

Alamat : 1/78 terrace Road East Perth Perth, Western Australia 6004

#3. Istanbul Turkish Restaurant

Restoran Istanbul Turkish yang telah beroperasi sejak 20 tahun yang lalu menyediakan hidangan halal yang sah dan telah diperakui pengiktirafan halalnya. Ia terletak di kafe Freo sememangnya menyediakan hidangan halal dan juga lazat.

Nasi

Imej via facebook

Lokasinya yang berada di Essex Street di Freo menawarkan hidangan tradisional Turkish bagi pengunjung Perth. Menyajikan daging kebab yang lembut, sos pencicah yang lazat, baklava yang enak serta pelbagai menu lain yang boleh anda cuba.

Kebab

Imej via facebook

Alamat : 19b Essex St Fremantle, Western Australia 6160

#4. Elie’s Tent

Anda boleh menjamu selera sambil menikmati pertunjukan jika berada di Elie’s Tent ini. Restoran ini antara restoran yang menyajikan hidangan halal buat para pengunjung. Ia menyajikan menu hidangan Lebanese yang sangat authentic serta hidangan tradisional Timur Tengah yang lain dan semestinya lazat.

Kebab

Imej via facebook

Suasana makan malam anda akan lebih terhibur dengan adanya pertunjukan tarian tradisional masyarakat Timur Tengah. Restoran ini sangat sesuai untuk seisi keluarga sambil menikmati hidangan dan menonton pertunjukan tarian.

Bebola Daging

Imej via facebook

Ia dibuka setiap hari mulai jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam turut menyediakan makan tengahari pada hari Isnin hingga Sabtu.

Alamat : 610 Albany Highway, Victoria Park, Perth, WA 6100

#5. Café Cairo Broome

Café cairo ini diasaskan oleh sekumpulan rakan sekelas yang pernah membesar bersama di Mesir sebelum berpindah ke Perth, Australia. Café ini menyajikan hidangan masakan Mesir yang segar serta asli.

Daging Kambing Panggang

Imej via facebook

Pengasas café ini membuka restoran di bumi Perth kerana ingin memperkenalkan serta mengetengahkan makanan tradisional Mesir kepada masyarakat luar. Pelbagai menu turut disajikan, malah pengunjung boleh memilih samada ingin menikmati hidangan vegetarian atau hidangan bebas gluten.

Kebab

Imej via facebook

Restoran ini dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga ham 10.00 malam setiap hari.

Alamat: 7/16 Frederick St Broome, Western Australia 6725

#6. Restoran Chee Tayeb

Restoran Chee Tayeb ini diasaskan oleh masyarakat yang berasal dari Lebanon. Ia merupakan restoran milik keluarga yang sama-sama menyediakan masakan Lebanon moden serta authentic.

Kebab

Imej via facebook

Menu hidangan di restoran ini mempunyai kisah yang tersendiri. Malah, resepi serta bahan yang digunakan adalah asli bagi menyediakan hidangan di sini. Menu hidangan juga digabungkan dengan masakan Barat supaya ia juga dapat memenuhi citarasa masyarakat tempatan.

Kebab

Imej via facebook

Menu yang terdapat di restoran ini menggunakan resepi turun menurun dan turut mengalami perubahan seiring dengan perubahan di negara asing. Rempah ratus yang asli turut mengekalkan citarasa hidangan di sini.

Alamat : 353 Murray street, Perth Australia 

#7. Metro Indian Restaurant

Restoran Metro Indian terletak di tengah – tengah Subi dan sering menjadi pilihan ramai masyarakat tempatan dan juga pelancong luar. Ia menyediakan pelbagai hidangan authentic dan juga hidangan halal untuk masyarakat Muslim.

Nasi Beriyani

Imej via facebook

Anda boleh mencuba nasi beriyani bersama kari daging, kambing atau ayam yang sememangnya asli. Roti naan dan puri juga menjadi menu pilihan ramai. Terdapat juga kuih muih tradisional masyarakat India disajikan di restoran ini.

Ayam Tandori

Imej via facebook

Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 11.30 pagi hingga jam 2.30 petang, kemudian dibuka semulai jam 5.00 petang hingga 9.30 malam.

Alamat : 6/420 Hay Street Subiaco, Western Australia 6008

#8. Hawi Charcoal Chicken

Anda boleh menikmati pelbagai hidangan kegemaran anda di sini. Hawi Charcoal Chicken ini adalah mesra keluarga dan juga mempunyai pengiktirafan sijil halal. Pakar dalam hidangan ayam ala Portugis serta tulang rusuk yang dipanggang menggunakan arang.

Nasi Beriyani

Imej via facebook

Selain itu terdapa hidangan lain yang juga menyelerakan seperti kari kambing, butter chicken, ayam tandoori, ayam biryani, tosei dan banyak lagi. Hidangan ini disediakan secara tradisional bagi mengekalkan keaslian masakan tetap terjamin.

Rusuk Arang

Imej via facebook

Café ini turut menyediakan hidangan istimewa seperti ayam dan tulang rusuk dipanggang arang, salad bermacam lagi. Saiz hidangan juga agak besar dan boleh berkongsi dua orang. Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 10.00 pagi hingga jam 9.00 malam.

Alamat : 14/73 Honeywell Boulevard Mirrabooka, Western Australia 6061

Percutian anda pasti bermakna, selain dapat bercuti ke tempat – tempat menarik di Perth, Australia, anda juga dapat menikmati pelbagai hidangan enak serta halal di sini. Tambahan pula saiz hidangan juga agak besar dan boleh dikongsi oleh dua orang pastinya lebih menjimatkan. Sambil melawat ke negara orang, anda juga dapat menikmati hidangan yang begitu menarik di sini.

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.