Kalau melancong ke Penang janganlah lupa singgah makan Mee Sotong Hameed Pata. Mee Sotong ni adalah di antara makanan special yang hanya terdapat di Penang. Kalau biasanya Penang sinonim dengan Nasi Kandar. Sekali-sekala bila sampai Penang bolehlah cuba Mee Sotong Special ni.
Gerai ini dibuka sejak tahun 1978 dan oleh generasi kedua, Shahul Hameed Syed Mohamed.
Lokasi Mee Sotong Hameed Pata ni terletak di Kota Selera Padang Kota iaitu memang lokasi yang mudah untuk dicari. Gerai Mee Sotong ni mula beroperasi pada jam 12 tengahari sehingga jam 8 malam setiap hari kecuali hari Ahad.
Jangan terkejut kalau jam 11.30 pagi sudah ada orang beratur tunggu gerai dibuka. Di sini terdapat 2 pilihan yang boleh dipesan iaitu Mee Rebus Sotong atau Mee Goreng Sotong.
Mee Goreng Sotong ni digoreng di dalam kuali besar untuk beberapa order sekali gus. Mereka menggunakan kuah istimewa dengan sukatan yang telah diselaraskan.
Sama juga seperti Mee Rebus yang disiapkan sekali banyak. Selepas Mee tadi masak, barulah sambal sotong diletakkan di atas mee tadi sebagai pelengkap menu istimewa kali ini.
Mee Rebus Sotong ni mempunyai satu rasa yang unik. Kuahnya pula berwarna kemerah-merahan dan sangat membangkitkan selera apabila sambal sotong kering dimakan bersama-sama kuahnya.
Mee Goreng Sotong di sini lain dari yang lain. Tak dapat ditempat lain. Yang takut pedas tu boleh siapkan air. Boleh order coconut shake di gerai sebelah.
Rasa Mee Goreng Sotong ni ada sedikit persamaan dengan Mee Rebus Sotong. Sebab guna kuah yang sama.
Sepinggan Mee Sotong digoreng berempah bersama taugeh, ubi kentang, dan telur dihidangkan bersama sambal sotong dan juga hirisan limau untuk diperah menambah rasa.
Rasa Mee Sotong ini tidak pernah mengecewakan dan merangkumi semua rasa iaitu pedas, manis dan masam Bertahun-tahun rasanya tetap sama dan sedap.
Alamat :
Hameed ‘Pata’ Mee Sotong
6, Kota Selera Padang Kota Lama
(Fort Cornwallis Food Court),
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,10200,
Georgetown, Penang
Waktu operasi: 11:30am – 8:00pm (Isnin-Sabtu) Tutup Hari Ahad