Bangkok mungkin antara tempat percutian yang anda ingin lawati. Namun begitu, pastinya anda tertanya – tanya apakah makanan tempatan yang boleh anda cuba jika berada di Bangkok.

Bagi anda yang sedang membuat perancangan untuk melawati Bangkok, artikel ini pastinya dapat memberi anda sedikit panduan untuk mencuba makanan halal yang terdapat di Bangkok. Antara makanan atau hidangan yang boleh anda cuba di Bangkok adalah seperti yang tersenarai di bawah.

 #1. Pad Thai

Pad Thai merupakan hidangan yang berasaskan mee beras yang digoreng. Ia merupakan hidangan yang boleh didapati dengan mudah di restoran – restoran tempatan atau di gerai – gerai jalanan. Pad Thai juga antara makanan tempatan yang begitu popular di Bangkok.

Pad Thai

Imej via feastingathome

Pad Thai biasanya digoreng bersama telur serta tauhu cincang. Ia turut diperasakan dengan asam jawa, sos ikan, udang kering, bawang putih dan bawang merah, cili, gula merah serta hirisan limau nipis. Ia turut disajikan bersama sayuran seperti daun kucai, taugeh, daun ketumbar, lobak jeruk.

Pad Thai

Imej via recipetineats

#2. Massaman Curry

Massaman Curry atau kari Massaman merupakan hidangan yang kaya dengan pelbagai bahan namun rasanya agak ringan. Penggunaan rempah, bunga cengkih, kulit kayu manis, jintan, buah pala, gandum antara bahan yang jarang digunakan dalam kari Thai. Selain itu, ia turut menggunakan cili kering, serai, galangal, biji cilantro, lada putih, udang kering, bawang merah dan bawang putih sebagai pes kari ini.

Massaman Curry

Imej via seriouseats

Hidangan ini juga boleh menggunakan pelbagai jenis bahan seperti daging itik, ayam, lembu atau pun kambing. Kari Massaman biasanya dimakan bersama nasi putih atau dimakan bersama hidangan lain seperti roti dan sebagainya.

Massaman Curry

Imej via instantpot

#3. Pad Krapow Beef

Pad Krapow Beef antara hidangan yang begitu popular di Thailand. Ia merupakan hidangan daging lembu pedas yang dihidangkan bersama nasi dan telur mata. Daging lembu tersebut akan digoreng dengan kicap, cili serta kacang panjang.

Pad Krapow

Imej via khao-lak-magazine

Penggunaan daun selasih dalam hidangan ini adalah sebagai penyedap hidangan. Selain cili dan kicap, sos ikan juga turut digunakan bagi memberi rasa yang lebih sedap. Ia sering dinikmati menjelang makan tengahari dan makan malam.

Pad Krapow Beef

Imej via thewoksoflife

#4. Phad Krapao Gai

Phad Krapao Gai merupakan hidangan berasaskan daging cincang yang dimasak pedas dan merupakan hidangan istimewa bagi masyarakat daerah selatan Thai. Hidangan ringkas ini enak dimakan bersama nasi putih atau daun salad segar.

Pad Krapow Gai

Imej via mealplannerpro

Hidangan ini biasanya menggunakan daging lembu atau ayam yang dicincang dan digoreng bersama daun selasih secara estir-fry. Bagi yang tidak makan daging atau ayam, ia juga boleh digantikan dengan makanan laut atau cendawan enoki.

Pad Krapow Gai

Imej via eatingthaifood

 #5. Khao Mok Gai

Khao Mok Gai dipengaruhi masakan India yang kaya dengan rempah ratus yang wangi. Ia merupakan nasi berwarna kuning yang dimasak bersama rempah serta jus dan lemak ayam. Hidangan ini biasanya dimakan bersama sos cili manis atau sos cuka timun.

Khao Mok Gai

Imej via dinneryesterday

Biasanya ia disajikan bersama kepingan ayam, hirisan timun, tomato serta sos Nam Jim. Pada suatu tika dahulu, hidangan ini dikenali dengan nama Khao Buri atau Khao Bucorri yang diperkenalkan oleh pedagang Parsi yang datang berdagang pada abad ke-18.

Khao Mok Gai

Imej via daisyanddarin

#6. Ho Mok Pla

Ho Mok Pla atau juga dikenali sebagai Kastad Kari Ikan Kering adalah hidangan yang ringan dan lazim dihidangkan dalam masakan Thai. Bahan yang digunakan terdiri daripada rempah kari, ikan, ayam atau daging yang dibungkus dalam daun pisang. Ia dimasak dengan cara mengukus.

Ho Mok Pla

Imej via ladaskitchen

Dalam bahasa Thai, Ho bermaksud membungkus atau menutup. Mok pula merujuk kepada kaedah memasak secara tradisional di mana makanan diletakkan pada daun pisang dan dimasak di atas arang. Pla diterjemahkan sebagai ikan. Ho Mok Pla ini boleh dimakan bersama nasi atau dimakan begitu sahaja.

Ho Mok Pla

Imej via rachelcooksthai

#7. Thot Man Pla Krai

Thot Man Pla Krai ini merupakan hidangan ringan yang diperbuat daripada isi ikan yang ditumbuk dan dicampurkan dengan pasta kari. Adunan ini akan dibentuk terlebih dahulu sebelum digoreng.

Tod Man Pla

Imej via djfoodie

Biasanya, isi ikan merah akan digunakan bagi menghasilkan Thot Man Pla Krai. Ia enak dimakan bersama sos cili manis yang boleh didapati di kedai – kedai runcit tempatan.

Tod Man Pla

Imej via noobcook

#8. Miang Kham

Miang Kham merupakan snek ringan yang begitu popular. Ia bermaksud satu bungkus gigitan di mana “Miang” merupakan makanan yang dibungkus, manakala “Kham” pula bermaksud gigitan.

Miang Kham

Imej via eatdrink

Bahan – bahan Miang kham terdiri daripada daun kaduk yang diisi dengan hirisan kelapa bakar,  halia, cili padi, bawang merah, kacang tanah, udang kering, hirisan limau nipis serta sos cili manis. Hidangan ini biasanya dimakan semasa musim hujan kerana daun kaduk begitu banyak tumbuh ketika musim hujan.

Miang Kham

Imej via ohbulan

Kerangupan kacang tanah dan aroma udang kering memberi nilai tambah kepada hidangan ini yang  boleh dimakan oleh semua lapisan masyarakat.

#9. Somtam

Somtam juga dikenali sebagai salad betik muda. Rasanya agak pedas menjadi kegemaran ramai. Hidangan ini dipercayai berasal dari Laos dan tersenarai sebagai salah satu makanan paling sedap di dunia oleh CNN Go pada tahun 2011.

Somtam

Imej via 196flavors

Bahan – bahan yang digunakan untuk menghasilkan somtam adalah betik muda yang dihiris halus, jus limau, sos ikan, cili, garam serta gula Melaka. Kesemua bahan ini akan ditumbuk menggunakan lesung kayu.

Somtam

Imej via thaital

Somtam bermaksud “masam yang ditumbuk” kerana ia perlu ditumbuk terlebih dahulu sebelum dihidangkan.  Walaupun telah ditumbuk, namun hirisan betik muda tetap rangup dan begitu enak dimakan.

#10. Kari Hijau

Kari Hijau begitu popular di mana sahaja namun ianya hidangan tempatan yang begitu terkenal di selatan Thai. Warna hijau hidangan ini terhasil dari penggunaan cili hijau.

Kari Hijau

Imej via resepimudah

Pelbagai bahan digunakan untuk hidangan ini seperti daun limau purut, daun ketumbar, daun selasih serta pelbagai rempah ratus. Gabungan pelbagai bahan memberikan rasa pedas, manis, lemak dan sedikit masam pastinya membuka selera ramai.

Kari Hijau

Imej via patyskitchen

#11. Tomyam

Tom yam merupakan hidangan yang memiliki rasa masam, pedas dan aroma yang begitu segar kerana penggunaan serai, daun ketumbar serta daun limau purut. Hidangan ini antara  lain menggunakan halia, jus limau nipis, sos ikan serta cili padi yang diketuk.

Tomyam

Imej via serembanmyexpress

Biasanya tomyam ini dimasak bersama udang, ayam, ikan atau campuran makanan laut, dan juga cendawan tiram. Tomyam juga turut dicampurkan dengan sedikit susu atau santan bagi menghasilkan kuah yang agak berlemak. Hidangan ini merupakan makanan tradisional masyarakat yang berketurunan Lao.

Tomyam

Imej via vitdaily

#12. Nai Mong Hoy Tod

Nai Mong Hoy Tod ini sebenarnya dibawa oleh pendatang dari Tiongkok ke Thailand sejak berabad dahulu. Masyarakat Tiongkok yang menetap di Thailand telah memperkenalkan hidangan ini kepada masyarakat tempatan.

Nai Mong Hoy Tod

Imej via scootersaigontour

Ia kelihatan seakan telur dadar biasa, namun ia dimasak bersama tiram segar. Ia boleh didapati di gerai – gerai jalanan dan pastinya menjadi snek ringan masyarakat tempatan dan juga pelancong.

Imej via streetsidebangkok

#13. Guay Teow Rhua

Makanan yang terkenal di Bangkok ini tidak boleh anda ketepikan, pastikan anda menikmatinya jika berkunjung ke Bangkok. Guay Teow Rhua ini dikenali sebagai Mee Perahu kerana pada suatu tika dahulu ia dijual oleh para peniaga di dalam perahu mereka.

Guay Teow Rhua

Imej via plesirankotatua

Mee kuah ini disajikan bersama hirisan daging, ayam, taugeh serta daun bawang dan dihidangkan dalam mangkuk kecil. Pastinya anda tidak akan puas dengan hanya menikmati semangkuk kecil sahaja.

Guay Teow Rhua

Imej via sbs

#14. Khao Pad Poo

Khao Pad Poo seakan nasi goreng, namun ia bukanlah nasi goreng yang biasa anda makan atau masak di rumah. Ia merupakan nasi goreng yang dimasak bersama campuran bunga melati.

Khao Pad Poo

Imej via indochinatours

Selain bunga melati, nasi goreng ini juga dicampur dengan kupang, telur serta sos ikan dan juga perahan limau nipis. Rasanya begitu berbeza dengan nasi goreng biasa.

Imej via selerasa

#15. Khaoniao Mamuang

Khaoniao Mamuang atau juga dikenali sebagai pulut mangga merupakan hidangan pencuci mulut tradisional masyarakat Thai. Ia diperbuat daripada beras pulut yang dikukus, hirisan mangga segar serta santan.

Khao Niao Mamuang

Imej via everyday-delicious

Hidangan pencuci mulut ini biasanya disajikan semasa kemuncak musim mangga iaitu semasa musim panas antara bulan April dan Mei.

Khao Niao Mamuang

Imej via whats4eats

Kedai makan dan restoran di Bangkok akan menyediakan hidangan ini dan akan dijual selama 4 bulan dalam setahun iaitu mulai bulan Februari hingga bulan Jun.

#16. Khanom Buang

Khanom Buang merupakan hidangan pencuci mulut yang boleh anda cuba di sini. Ia merupakan sejenis lempeng yang sangat popular di gerai jalanan dan mendapat sambutan ramai.

Khanom Buang

Imej via idntimes

Bahan – bahan yang digunakan untuk membuat Khanom Buang terdiri dari tepung beras, tepung kacang, kuning telur, gula merah dan garam.Biasanya Khanom Buang ini disajikan bersama krim kelapa, serta pilihan topping samada manis atau masin seperti kelapa cincang atau jaluran telur goreng, atau juga bawang merah yang dicincang.

Khanom Buang

Imej via travelvui

Bagi topping manis pula biasanya ia diperbuat daripada kuning telur yang direbus dengan manisan.

#17. Khanom Krok

Setelah puas menikmati pelbagai hidangan utama di Bangkok, pastikan anda menikmati hidangan pencuci mulut yang tersedia di sini. Khanom Krok merupakan sejenis kuih berbentuk bulat yang diperbuat daripada campuran terigu serta santan

Khanom Krok

Imej via rachelcooksthai

Kuih ini disajikan bersama taburan bawang goreng yang memberikan rasa yang lebih enak sewaktu menikmatinya.

Khanom Krok

Imej via zestysouthindiankitchen

#18. Larb

Larb merupakan hidangan berbentuk salad yang diperbuat dari sayur – sayuran serta daging cincang. Hidangan ini sebenarnya berasal dari Laos, namun telah menjadi hidangan utama bagi masyarakat di Isan, Thailand.

Larb

Imej via splendidtable

Larb merupakan kata asal dari Bahasa Lanna Thailand Utara yang bermaksud mencincang daging. Untuk menyediakan larb, bahan yang digunakan adalah cili, bunga lawang, kulit kayu manis, jintan putih, cengkih serta daging cincang atau ayam cincang.

Larb tidak menggunakan sos ikan atau

Larb

Imej via seonkyounglongest

perahan jus limau.

#19. Kaeng Phet

Hidangan kari merupakan menu yang sangat popular dan terkenal di Bangkok. Kaeng Phet atau juga dikenali sebagai kari merah turut disebagai sup pedas.

Kaeng Phet

Imej via amalocal

Makanan berkuah ini memiliki rasa yang pedas dan sangat digemari oleh penduduk tempatan dan juga pelancong. Biasanya ia dicampurkan dengan kepingan daging atau ayam serta rempah kari merah dan juga santan.

Kaeng Phet

Imej via thailandforfarang

Kari merah diperbuat dari campuran cili kering, bawang putih dan merah, lengkuas, belacan, jintan putih, ketumbar, lada, serai, garam serta kulit limau purut yang diparut halus. Kaeng Phet ini juga sangat enak jika dicampur dengan terung, labu, rebung dan sebagainya.

#20. Khao Soi

Khao Soi makanan tempatan yang begitu popular di bahagian utara Thailand dan Laos Utara. Ia bukanlah makanan asli dari Thailand, tetapi dari Myanmar. Namun, ia telah diolah mengikut selera penduduk tempatan dan menjadi antara makanan kegemaran rakyat Thailand.

Khao Soi

Imej via tastingtable

Khao Soi adalah sajian berupa mee kuning yang disajikan dengan kuah santan. Kuahnya tidaklah begitu pekat seperti kari, namun keenakannya tetap terserlah. Bagi memberi rasa yang lebih enak, Khao Soi dimakan bersama acar timun, hirisan bawang merah, cili, hirisan daging atau ayam serta perahan limau.

Khao Soi

Imej via taste

#21. Tab Tim Krop @ Red Ruby Dessert

Tab Tim Krop atau juga dikenali sebagai pencuci mulut Red Ruby ini sungguh menyenangkan. Ia sangat sesuai dinikmati sewaktu panas mentari terik di siang hari.

Red Ruby

Imej via choodoris

Hidangan ini boleh didapati dengan mudah di gerai – gerai jalanan sekitar bandar Bangkok. Red Ruby ini diperbuat daripada tepung beras pulut yang diwarnakan dengan warna merah.

Red Ruby

Imej via theburningkitchen

Ia kelihatan begitu cantik seperti permata ruby. Pencuci mulut ini dimakan bersantan serta ais batu.

#22. Cha Yen

Cha Yen ini seperti minuman biasa yang boleh anda temui di mana jua. Namun, Cha Yen ini sedikit berbeza dari segi rasanya.

Cha Yen

Imej via theteashelf

Cha Yen diperbuat daripada campuran teh hitam dengan biji asam serta adas bintang. Walaupun menggunakan teh hitam, namun warnanya tidaklah hitam tetapi berwarna coklat keperangan kerana sudah dicampurkan dengan pelbagai rempah ratus dan juga susu.

Cha Yen

Imej via pinkypigletland

#Kesimpulan

Inilah antara makanan halal yang terdapat di Bangkok yang boleh anda nikmati semasa percutian. Biarpun terdapat restoran – restoran makanan tidak halal lebih banyak terdapat di sini, namun tempat makanan halal turut tersedia buat pelancong Muslim.

Pastikan anda mendapatkan hidangan halal serta lazat di Bangkok ini. Biarpun ada antara makanan yang tersenarai ini boleh didapati di mana jua, namun tidak salah untuk anda mencuba keaslian hidangan ini di negara asal makanan tersebut.Ternyata anda pasti lebih berpuas hati sekiranya dapat merasai makanan tempatan halal dan sedap di Bangkok ini.

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.