Thailand telah berkembang menjadi salah satu destinasi pelancongan utama di Asia Tenggara. Ia turut dikenali dengan gelaran ‘tanah seribu senyuman’. Selain memiliki perairan kristal dan pantai putih kapur, para pelancong juga berkumpul ke Thailand untuk merasai masakan legenda mereka!

Tidak perlu dikatakan, dari segi makanan, terdapat banyak pilihan yang berbeza yang tersedia untuk pelancong Islam. Artikel ini telah menyenaraikan sebanyak 13 restoran di Bangkok, dan pastinya akan memudahkan pencarian makanan halal anda jika berada di sini.

Senarai tempat makanan halal dan sedap di Bangkok.

#1. Sinthorn Steakhouse

Hidangan steak segar dan dipanggang panas pasti menggembirakan anda yang sedang menanti hidangan tiba. Sinthorn Steakhouse bukan sahaja merupakan sebuah restoran halal yang terbesar, malah ia terkenal di kalangan umat Islam di Thailand.

Steak @ Sinthorn Steakhouse

Imej via facebook

Ia dikenali sebagai sebuah restoran yang menyajikan hidangan daging panggang berkualiti tinggi. Selain hidangan panggang, restoran ini turut menyediakan hidangan steamboat, serta pelbagai menu Thai lain dan juga menu dari Mediterranean.

Oyster @ Sinthorn Steakhouse

Imej via facebook

Setiap hari restoran ini akan mula beroperasi pada jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam.

Alamat: 3333-, 134/9 Ramkhamhaeng Rd, Hua Mak, Bang Kapi, Bangkok 10240, Thailand

#2. Yana Restaurant

Restoran ini antara yang memiliki sijil pengesahan dari pihak kerajaan tempatan. Sekiranya anda menuju ke Bangkok, pasti anda akan terlihat Yana Restaurant di sini. Lokasinya begitu strategik iaitu berada di tingkat lima pusat membeli belah di sini.

Seafood @ Yana Restaurant

Imej via facebook

Apa yang boleh anda cuba di sini adalah tom yam, kari, makanan barat seperti pasta, lasagna, chicken grill dan banyak lagi. Hidangan begitu pantas disediakan. Harganya pun murah dan hidangannya pun enak sekali.

Ketam Cili @ Yana Restaurant

Imej via facebook

Jadi, tiada sebab untuk anda melepaskan peluang menjamu selera di sini. Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 10.30 pagi hingga 9.00 malam.

Alamat: 444 Phayathai Rd, Khwaeng Wang Mai, Khet Pathum Wan, Krung Thep Maha Nakhon 10330, Thailand

#3. Maedah Restaurant

Jika anda sudah tidak tahu mahu makan di mana, apa kata singgah di Maedah Restaurant pula. Ia menyajikan hidangan dari Timur Tengah yang mungkin boleh menepati selera anda. Hidangan tempatan juga disediakan.

Pineapple Rice @ Maedah Restaurant

Imej via facebook

Terdapat kebab Turki, nasi beriyani India, malah anda boleh memesan hidangan tempatan seperti pad thai dan juga tom yam. Hidangan tom yam nya pula benar – benar asli dan begitu sempurna untuk dinikmati. Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam.

Nasi Goreng Seafood @ Maedah Restaurant

Imej via facebook

Alamat: 120/37 Thanon Ratchaprarop, Bangkok, Thailand 10400

#4. Samat Muslim Food

Restoran ini berstatus halal dan dimiliki oleh orang Islam. Ia antara restoran yang boleh anda lawati semasa di Pratunam. Samat Muslim Food ini terletak di seberang Pasar Pratunam dan hanya 3 minit berjalan kaki dari Stesen Ratchaprarop ARL.

Sup Seafood @ Samat Restaurant

Imej via facebook

Menu mesti cuba di restoran ini adalah tom yum yang sangat menyegarkan, terasa pedas, masam yang begitu sempurna. Salad papaya mereka yang patut anda cuba begitu  terasa ramuannya, ia pedas dan penuh dengan rasa.

Sayur Campur @ Samat Restaurant

Imej via facebook

Hidangan ikan goreng dan kukus seabass yang begitu enak boleh dimakan bersama ahli keluarga. Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 7.00 pagi hingga jam 12.00 pagi setiap hari.

Alamat: 419 Ratchaprarop Rd, Khwaeng Makkasan, Khet Ratchathewi, Krung Thep Maha Nakhon 10400, Thailand

#5. Saman Islam

Nama restoran ini mungkin agak pelik kedengaran. Namun, Saman Islam merupakan sebuah restoran yang dimiliki oleh orang Islam. Sudah tentulah restoran ini menyajikan makanan halal buat para pengunjung.

Maggi Sup @ Saman Islam

Imej via facebook

Saman Islam terletak di tengah – tengah pasar minggu terbesar di Bangkok. Ia hanya dibuka pada hujung mingg sahaja. Walaubagaimanapun, restoran ini sentiasa di penuhi pelancong luar.

Mee Sup @ Saman Islam

Imej via facebook

Saiz hidangan di restoran ini juga besar dan gerenti anda berpuas hati makan di sini. Pelbagai menu seperti tom yum, pad thai, kari hijau, somtam dan banyak lagi makanan anda boleh cuba di sini.

Restoran ini yang hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja di buka mulai jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja. Pastikan anda tidak tersilap hari jika ingin mencuba hidangan di sini.

Alamat: 251, Phahonyothin Rd, Chom Phon, Chatuchak, Bangkok 10900, ThailandWaktu buka: Sabtu hingga Ahad 10am hingga 6 petang

#6. Restoran Halal Busaba

Itik panggang yang digantung di restoran – restoran sekitar Bangkok, bukanlah pemandangan luar biasa. Majoriti restoran menyediakan hidangan tersebut, namun tidak halal bagi orang Islam. Anda mungkin pernah berkeinginan untuk merasai itik panggang, tetapi apakah mungkin mendapatkan itik panggang halal, terutamanya di Bangkok ini ?

Itik Panggang @ Busaba

Imej via facebook

Jika anda ingin merasai hidangan itik panggang halal, jangan takut untuk mencubanya di Busaba. Ia menyajikan itik panggang halal di Bangkok. Dapatkan waffle arang mereka yang disajikan bersama aiskrim di Busaba ini.

Nasi Padprik @ Busaba

Imej via facebook

Boleh juga mencuba hidangan kopi yang menyegarkan. Busaba di buka setiap hari Isnin hingga Jumaat mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Ia ditutup pada hari Rabu.

Pada hujung minggu pula, restoran ini dibuka pada jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Alamat: 151, 4 Thanon Nakhon Chaisi Rd, Khwaeng Thanon Nakhon Chai Si, Khet Dusit, Krung Thep Maha Nakhon 10300, Thailand

#7. Restoran Usman Thai

Tidak jauh dari pusat membeli – belah di Sukhumvit, anda boleh sahaja singgah ke Usman Thai terlebih dahulu. Restoran sederhana ini akan membuatkan anda berasa selesa menikmati hidangan yang enak.

Red Cherry @ Usman Thai

Imej via facebook

Anda boleh mencuba tom yum, kari kepiting, seabass goreng, salad papaya, mee goreng seperti pad see eew, nasi goreng Thai dan banyak lagi. Tiada hidangan yang lengkap tanpa pencuci mulut dan cubalah Nasi Stik Mango mereka juga!

Pulut Mangga @ Restoran Usman Thai

Imej via facebook

Dengan potongan mangga yang banyak bersama pulut, anda pasti mengagumi rasanya yang lemak manis itu. Ia dibuka setiap hari mulai jam 10.00 pagi pada hari Sabtu hingga Khamis.

Pada hari Jumaat pula ia dibuka agak lewat iaitu mulai jam 2.00 petang. Setiap hari restoran ini ditutup pada jam 10.00 malam.

Alamat: Sukhumvit Soi 22 (sebelah Imperial Queen’s Park Hotel), Bangkok, Thailand 

#8. Tom Yam Paa Nga

Menjejakkan kaki ke Bangkok ini, pastinya takkan melepaskan peluang mencuba hidangan tom yum di sini. Antara restoran yang menyajikan hidangan tom yum terbaik adalah Tom Yam Paa Nga. Rugi jika tidak menjamu selera di sini.

Sup Thai @ Tomyam Paa

Imej via facebook

Restoran ini terletak di lorong Pratunam, iaitu berhampiran dengan pusat membeli belah. Sebaiknya selepas membeli belah, anda boleh singgah ke sini untuk menjamu selera. Restoran ini hanya  menyajikan tom yum samada tom yum daging, ayam, seafood atau tom yum gung.

Tomyam @ Tomyam Paa

Imej via facebook

Saiz satu hidangan pula boleh dimakan oleh dua orang. Bukan sahaja sedap tetapi murah dan menjimatkan. Waktu operasi Tom Yam Paa Nga ini bermula dari jam 7.00 malam setiap hari.

Alamat: 101/12 Ratchaprarop Rd, Khwaeng Thanon Phaya Thai, Khet Ratchathewi, Krung Thep Maha Nakhon 10400, Thailand

#9. Nadimos

Bukan semua orang gemar dan inginkan masakan Thai. Sebab itulah banyak restoran asing terdapat di sekitar Bangkok. Apa yang penting ianya halal untuk masyarakat Islam.

Kebab @ Nadimos

Imej via facebook

Nadimos menghidangkan pelbagai hidangan Lebanon, bermula dari kebab hinggalah ke roti pita yang dibuat segar. Ternyata hidangan di sini cukup mengenyangkan, dan harga juga sangat berpatutan.

Pasta @ Nadimos

Imej via facebook

Restoran ini dibuka mulai jam 11.30 pagi hingga 11.30 malam.

Alamat: Soi 24, Khlong Toei, Bangkok, Krung Thep Maha Nakhon 10110, Thailand

#10. Al Hussain

Bukan sekadar di Malaysia, ke mana pun anda pergi, makanan India tidak pernah gagal beroperasi. Salah satu restoran makanan India di Bangkok ini adalah Al Hussain. Ia menyajikan masakan India dan Arab.

Prata @ Al-Hussain

Imej via facebook

Roti dan daging dimasak sempurna bagi memenuhi pesanan pelanggan. Malah, setiap menu yang dihidangkan kepada pelanggan adalah masih panas.

Jika anda sangat lapar ketika berada di sini, anda boleh mencuba kebabnya. Ia dipenuhi pelbagai jenis rempah ratus dan daging yang begitu memuaskan hati.

Mataba @ Al-Hussain

Imej via facebook

Anda juga boleh naan yang dihidangkan bersama kuah dhal dan hummus. Keceriaan pagi anda boleh bermula di sini kerana ia dibuka seawal jam 8.00 pagi dan tutup pada jam 3.00 pagi. Sekiranya lewat malam masih terasa lapar, boleh berkunjung ke restoran ini.

Alamat: 75/8 Sukhumvit Soi 3/1, Bangkok, Thailand

#11. Home Cuisine

Sudah tentu tiada restoran yang mampu menandingi masakan anda di rumah. Paling membanggakan jika anda menyediakan hidangan setanding di sebuah restoran terkemuka. Berkunjung ke restoran ini anda akan dihidangan dengan gabungan masakan Thai dan juga India.

Mee Kari @ Home Cuisine

Imej via facebook

Menu paling popular di sini adalah beriyani kambingnya yang begitu membangkitkan selera. Warna kuning nasinya dihidang bersama sos cili tradisional Thai adalah gabung kedua – dua masakan. Dagingnya begitu lembut hingga mudah ditanggalkan dari tulangnya.

Prata @ Home Cuisine

Imej via facebook

Selain briyani, mereka juga menyajikan pelbagai hidangan India dan Thai seperti samosa, masala ayam dan kari hijau Thai ! Restoran ini dimiliki oleh orang Islam, jadi tidak perlu ada keraguan di hati anda.

Harga makanan juga sangat berpatutan. Pada hari Isnin hingga Sabtu ia dibuka mulai jam 11.00 pagi, manakala hari Ahad pula ia dibuka pada jam 9.00 malam. Restoran ini tamat operasi pada jam 9.00 malam setiap hari.

Alamat: 186 Charoen Krung 36, Bangrak District, Bangkok 10500, Thailand

#12. Yusup Pochana

Ingin mencuba hidangan authentic makanan Thai Muslim ? Cubalah menjamu selera di Yusup Pochana. Ia menyediakan makanan authentic Thai yang pastinya terbaik rasanya. Lokasi restoran terletak di kawasan yang mudah diakses oleh penduduk tempatan dan juga pelancong.

Nasi Daging @ Yusuf Pochana

Imej via eatingthaifood

Anda boleh mencuba beriyani ala Thai yang berwarna kuning serta roti mataba yang begitu lembut. Selain itu, sup kaya atau kuruma peh (kari kambing) begitu popular kerana keenakkan.

Mataba @ Yusuf Pochana

Imej via eatingthaifood

Anda harus mencubanya untuk mendapatkan kepastian tentang keenakan yang dicanang ramai orang.Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 8.30 malam hingga 3.00 petang sahaja.

Alamat: 19/2 Prasert-Manukitch Rd, Khwaeng Chorakhe Bua, Khet Lat Phrao, Krung Thep Maha Nakhon 10230, Thailand

#13. Restoran Muslim

Restoran Muslim terletak di salah satu daerah Muslim di Bangkok. Ia telah berusia lebih 70 tahun mengkhususkan menu masakan Thai halal. Selain masakan Thai, ia juga menyediakan masakan Melayu dan juga India.

Nasi Daging @ Muslim Restaurant

Imej via eatingthaifood

Kambing beriyani di sini sangat marvellous. Menu mataba beef nya juga tidak kurang hebat. Sambil menanti hidangan utama, apa kata anda cuba sate dagingnya yang begitu enak dan lembut tetapi sedikit kenyal dan enak dimakan bersama kuah kacang.

Sup Thai @ Muslim Restaurant

Imej via eatingthaifood

Biarpun restoran ini sudah berusia berpuluh tahun, namun dekorasi restorannya yang bercirikan Islam tetap dipelihara dengan baik. Nostalgia lama masih dikekalkan hingga ke hari ini. Ia seolah – olah membawa anda mengembara ke zaman silam.

Restoran ini dibuka seawal jam 6.00 pagi dan tutup pada jam 5.00 petang. Ia tidak beroperasi pada sebelah malam.

Alamat: 1354-1356 Charoen Krung Rd, Khwaeng Bang Rak, Khet Bang Rak, Krung

#14. Sophia Restaurant

Restoran ini terletak di Suan Luang, Bangkok. Ia menyajikan menu hidangan Thailand yang menarik. Anda boleh mencuba menu terbaik mereka iaitu ayam goreng cili, salad, mee, nasi,ikan kukus dan banyak lagi.

Beef steak @ Sophia Restaurant

Imej via facebook

Pencuci mulut mereka sangat sedap iaitu aiskrim goreng yang cair di mulut. Restoran ini juga sering dijadikan pilihan masyarakat tempatan untuk mengadakan majlis – majlis keramaian.

Sekiranya tiada sebarang majlis diadakan, restoran ini akan menyediakan makanan secara buffet untuk makan tengahari. Malah, promosi makan malam juga sering diadakan buat para pelanggan yang menjamu selera.

Cucur @ Sophia Restaurant

Imej via facebook

Kemudahan tempat meletak kereta juga mencukupi buat pelanggannya. Suasana restoran yang cukup baik juga membenarkan pelangga menjamu selera dengan selesa. Waktu operasi restoran ini adalah mulai 10.30 pagi hingga jam 9.30 malam.

Alamat: 1681 Ramkamhaeng, Soi 5 Suanluang, Bangkok 10250

#15. Sara Restaurant

Restoran Sara ini terletak di dalam Nouvo City Hotel Bangkok. Ia bukan sekadar memiliki sijil pengesahan halal yang sah, malah anda boleh melihat sijil tersebut terpampang di pintu masuk restoran.

Anda boleh mencuba hidangan pad Thai (kuetiaw goreng) yang begitu berbeza dengan yang terdapat di Malaysia. Perbezaan ini yang membuatkan anda tidak sabar untuk mencubanya. Pad Thai udang antara hidangan istimewa di sini.

Tomyam @ Sara Restaurant

Imej via zlynn17

Selesai merasa pad Thai, apa kata cuba pula sate ala Sara Restaurant pula. Satenya dihidangkan dengan susunan menegak ibarat pagar yang mengelilingi. Di tengah – tengahnya pula diletakkan kuah tomato, namun kuah kacangnya diletak dalam mangkuk lain pula.

Sate dagingnya begitu lembut dan tidak susah untuk digigit. Ia juga dihidang bersama dengan roti nipis tidak seperti selalu yang dihidangkan bersama nasi himpit.

Daging Rebus @ Sara Restaurant

Imej via zlynn17

Tuna koftanya yang berasal dari India Selatan juga sedap sekali. Dihidangkan panas – panas bersama sos sungguh menyelerakan. Pencuci mulut Bua Loy Phuek juga pasti membuat anda teruja.

Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

Alamat : Sara Restaurant @ Nuovo City Hotel, No.2, Samsen Soi 2, Banglamphoo, Pranakorn, Bangkok 10200, Thailand

Kesimpulan

Sememangnya banyak makanan yang halal serta sedap di Bangkok ini. Jika sebelum ini ramai beranggapan sukar mendapatkan makanan halal di Bangkok, ternyata sangkaan itu tidak benar. Pastinya, percutian anda kali ini lebih menyeronokkan di samping makanan di Bangkok yang begitu menyelerakan.

Banyak lagi restoran halal yang boleh anda nikmati di Bangkok ini. Dengan begitu banyak makanan yang lazat di bandar yang menakjubkan ini, tidak ada sebab untuk anda tidak berkunjung ke Bangkok ini.

Penulis: Itawrah

Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    report this ad

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .